Perjalanan menuju ke daerah Sik
dari Lipis melalui Lebuh Raya Timur Barat (Gerik-Jeli) ada sebuah tugu pengorbanan dalam kenangan
untuk memperingati pembinaan lebuhraya tersebut . Lebuh Raya sepanjang 123 Km ini telah dibuka
kepada lalu lintas pada 1 Julai 1982.
Banyak nyawa telah terkorban semasa kerja pembinaan dilaksanakan mulai
tahun 1970. Ada terkorban semasa
kemalangan di dalam kerja pembinaan dan ada yang diserang oleh penganas
komunis.
Di Lokasi tugu ini, 63 buah mesin
jentolak tanah telah diletupkan oleh penganas komunis pada 23 Mei 1974. Di sini juga perkerjaan JKR telah terkorban
dan beberapa lagi cedera dalam serangan penganas pada 27 Ogos 1974. Beberapa serangan lain juga pernah berlaku
disepanjang lebuh raya tersebut.
Tentera JKR memain peranan membina lebuh raya tersebut |
pembinaan Lebuh Raya Timur Barat |
Selamat sampai ke Kampung Caruk Kemuning, Bendang menghijau menyambut kami
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan