Halaman

Selasa, 21 Januari 2014

Catatan Kewangan

Kegiatan manusia perlu dicatat. Jika ianya tidak dicatat di atas kertas atau media lain ianya pasti akan dicatat oleh otak kita dan disimpan oleh otak kita.

Catatan yang dibuat oleh otak kita adalah catatan semula jadi pemberian Allah. Otak kita mencatat segala yang kita lihat atau dengar atau yang kita mengalami melalui pancaindra kita.

Kegiatan kewangan kita juga perlu dicatat. Dibuat secara semula jadi oleh otak kita atau secara sengaja buat oleh tindakan kita. Yang dibuat secara sengaja buat ini sangat menarik kerana tak semua manusia suka berbuat demikian. Bagi kebanyakan manusia ianya tak memberi faedah yang menguntungkan dan hanya membuang masa.


Kegiatan kewangan adalah segala kegiatan yang ada sangkut paut dengan wang kita. Bekerja dan menerima gaji atas kerja tersebut adalah satu contoh kegiatan kewangan. Tak kiralah kerja apa asalkan ianya mendatangkan pendapatan (wang). Menggunakan wang untuk membeli barangan dan perkhidmatan adalah juga kegiatan kewangan.


Bagi kebanyakan manusia kegiatan kewangan ini tak perlu mereka catatkan. Yang perlu bagi mereka ialah mendapatkan wang dan kemudiannya menggunakannya. Kalau ada lebihan ianya disimpan untuk masa akan datang. Kalau tak cukup mereka berhutang, misalnya.


Tapi mereka tak perasan yang segala kegiatan kewangan mereka direkod atau dicatat oleh pehak yang berurusan dengan mereka. Misalnya apabila mereka menerima gaji majikan mereka akan mengeluarkan slip gaji (selalunya ada dikeluarkan). Jika tak ada slip gaji majikan pasti ada catatan tentang bayaran gaji tersebut. Sekurang-kurangnya rekod ini dapat digunakan untuk tujuan semakan di masa hadapan atau perakaunan syarikat atau tujuan kiraan cukai perniagaan atau sebagainya.


Apabila kita membeli barangan adalah menjadi kebiasaan sekarang ini kita akan diberi satu cetakan resit atas pembelian tersebut. Mungkin pada kita resit tersebut tak ada faedahnya pada kita. Tetapi pada pihak penjual ianya adalah berguna.


Tambah pula dengan sistem yang canggih pada masa ini cetakan resit boleh menghasilkan rekod jualan harian secara otomatik. Penjual tak perlu lagi membuat pengiraan hasil jualan hariannya lagi. Segalanya akan dikira oleh sistem. Penjual hanya perlu mengemaskinikan segala urusniaganya untuk mengetahui hasil jualannya.


Ada manusia yang sangat rajin mencatat segala pendapatannya dan segala perbelanjaannya. Mereka inilah manusia yang bijak merancang kehidupannya. Tujuannya mencatat segala pendapatan dan perbelanjaannya ialah supaya ia akan tahu status kewangannya dan dapat merancang masa depannya. Lebih elok lagi jika mereka berupaya membuat belanjawan peribadi mereka dan dengan itu dapat menggunakan hasil pendapatan mereka secara terkawal dan dengan hemah.


Biasanya orang sebeginilah yang selalu dapat menyimpan wang atau yang banyak menambahkan aset harta mereka dan dengan itu dapat menjalani penghidupan yang selesa tanpa apa-apa bebanan atau kesulitan kewangan.

Boleh Download 'Personal Budget Planner' untuk kegunaan tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan