Sekali lagi Kelab Kayuhan Basikal Sungai Koyan
atau lebih dikenali sebagai Koyan Cycling Team (KCT) telah mengadakan kayuhan
santai dan pecut sempena cuti tahun baru 2014. Ianya bermula pada pukul 0800 pagi di Dataran Koyan Satu menuju ke Betau dan 'U turn' sejauh 42 km
pergi/balik. Para perserta seramai 100 orang yang datang dari Bandar Kuala
Lipis, Felda Tersang dan Raub telah pun mengambil bahagian. Majlis penutup telah disumpurnakan oleh Dato’ Wan Rosdy bin
Wan Ismail Exco Kerajaan Negeri Pahang
merangkap ADUN Jelai. Dalam ucapan ringkas, beliau menyokong penuh usaha KCT menganjurkan
program tersebut diharapakan usaha ini dapat diteruskan mungkin dua atau tiga
kali setahun, selain dapat mencungkil bakat baru dalam sukan basikal ianya juga
dapat mengisi masa cuti yang terluang. Turut
hadir pemimpin setempat.
|
'group foto' bersama Dato'' Wan Rosdy |
|
para peserta |
|
Adik Idham dari KCT menjuarai acara pecut |
|
'Marshall' KCT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan