Ketua jurulatih Pahang, Zainal Abidin
Hassan berpuas hati dengan anak didiknya yang berjaya mempersembahan aksi
cemerlang untuk menjulang Piala FA 2014 malam ini.
Beliau berkata dua gol kemenangan tersebut amat penting bagi membolehkan
skuad Tok Gajah sekali lagi muncul sebagai johan piala berprestij itu selepas
kali pertama memenanginya pada tahun 2006.
Pahang muncul juara Piala FA 2014 selepas mencatat kemenangan 2-1 ke
atas pasukan be
rstatus kelab, Felda United FC di Stadium Shah Alam malam ini.
ramalan Berita Harian 7 jun 2014 -tepat sekali |
Zainal mengakui
bahawa pasukan Tok Gajah "lambat panas" apabila ketinggalan 0-1 pada
aksi 30 minit pertama.
"Saya memang akui mereka (pemainnya) tidak bermain permainan biasa
apabila banyak membuat hantaran jauh sehingga membolehkan Felda United
mendahului permainan," katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu.
Beliau bagaimanapun berbangga apabila pemain simpanan yang dibawa masuk
pada minit ke-69, Mohd Faizol Hussain, mengembalikan harapan Pahang untuk
menjulang Piala FA apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-79.
Katanya, ini membuktikan semua pemain bermain baik dan setiap pemain
memberi kerjasama sehingga membolehkan mereka sekali lagi menjulang Piala FA.
"Kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang baik dan saya akui
Felda memang pasukan yang layak bermain di Liga Super pada musim akan
datang," katanya.
Sementara itu, bagi pengendali The Fighters, Irfan Bakti Abu Salim,
beliau melihat beberapa pemainnya membuat kesilapan sama lewat babak kedua
sehingga membuka ruang untuk Pahang menjaringkan dua gol.
"Saya memang kecewa apabila kesilapan mudah yang sama ini akhirnya
memakan diri apabila kita terlepas peluang menjulang piala buat kali
pertama," katanya.
Katanya,
secara keseluruhan permainan skuad The Fighters bagaimanapun baik dengan
kawalan bola yang kemas sepanjang perlawanan. – Bernama, 8 Jun, 2014
Tahniah Pahang!!
BalasPadam