tempat menarik |
Penduduk
di empat daerah iaitu Baling, Alor Gajah, Pekan dan Raub merekodkan kadar
kebahagiaan tertinggi di negara ini, manakala penduduk di 90 kawasan lagi
mencapai tahap sederhana pada tahun lalu.
Penilaian
yang dibuat menerusi Kajian Indeks Kebahagiaan Negara 2013 itu menunjukkan
kebahagiaan penduduk di Majlis Daerah Baling mencecah 84.62 peratus, diikuti
Majlis Perbandaran Alor Gajah (81.54 peratus), manakala Majlis Daerah Pekan dan
Raub masing-masing mencatatkan 80 peratus.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata indeks ini dapat mengenal
pasti hasrat dan aspirasi rakyat secara langsung terhadap pembangunan.
"Soal kebahagiaan tidak lagi terhad kepada menerima manfaat pembangunan sahaja, tetapi penglibatan setiap rakyat dalam proses pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi melalui konsep pemerkasaan, perwakilan dan perundingan bersama penduduk," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelaksanaan
indeks berkenaan sebagai sebahagian daripada Jaringan Petunjuk Pembangunan
Mampan Bandar-Luar Bandar Malaysia (MURNINets) yang merangkumi 151 pihak
berkuasa tempatan (PBT) di negara ini. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan