|
1940 - 1916 |
Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din,
meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada
jam 10.10 pagi tadi waktu Malaysia. Perkara ini disahkan Ketua Penerangan PAS,
Nasrudin Hassan, menerusi akaun rasmi Facebook miliknya sebentar tadi.
"Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima bahawa Tuan Guru
Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University
US. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta
menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal
A'lamin." Haron, 76, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak malam
ketika menjalani rawatan jantung di hospital berkenaan. Difahamkan, Haron
berlepas ke AS sejak beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut
berhubung masalah jantung yang dihidapinya. Allahyarham pernah menjalani
pembedahan pintasan jantung di hospital berkenaan pada 2 April 2012. Mac lalu,
beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada. - Al Fatihah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan