Halaman

Ahad, 25 Disember 2016

Pasukan Home Guard Lubuk Kulit Lipis



Pasukan Home Guard Wanita

Walaupun Darurat diisytiharkan, namun komunis masih terus berleluasa dan ini memerlukan pasukan keselamatan yang ramai. Oleh itu, pentadbir British merombak pasukan polis sukarela dan mewujudkan Pasukan Home Guard pada Jun 1948 dan diletakkan di bawah kuasa Emergency (Home Guard) Relations 1951.

Pasukan Home Guard ini telah menjadi sayap kanan kepada pasukan tentera di dalam usaha mengekalkan kekuasaan dari terjatuh ke tangan komunis.

Pada penghujung tahun 1957, pasukan ini dikerah bersama-sama 10,000 orang tentera tetap bagi menjalankan operasi pembersihan anasir subversif secara besar-besaran.

Wanita juga angkat senjata menentang komunis, buktinya anda boleh lihat video di bawah. Walaupun hanya berlatih dengan berkain batik dan berbaju kebaya namun semangat mereka hebat!
 
Gambar : 'Home Guard'  Kampung Lubuk Kulit Lipis Pahang

KINI
Pada masa kini, kebajikan bekas anggota ‘Home Guard’ di letak dibawah Bahagian Hal Ehwal bekas Anggota Polis dan Penjara (HP). Bahagian ini juga bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan anggota polis dan penjara serta tanggungannya. Bahagian ini turut memberi bantuan berbentuk peruntukan di bawah Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP). Jenis-jenis bantuan TAWP terdiri daripada Khairat kematian, Bantuan Pergerakan, Bantuan Perubatan/anggota Palsu, Bantuan Pendidikan, Bantuan Bencana Alam dan Sumbungan Saguhati Khas kepada Bekas-bekas Anggota Polis dan Penjara Yang Berkhidmat Semasa Zaman Darurat.

Tabung juga diwujudkan bagi memberi Saguhati Khas kepasa bekas-bekas polis yang berkidmat semasa zaman darurat di Semenanjung (1948-1962) dan Sabah/Sarawak (1962-1972) 10 jenis anggota polis yang berkhidmat pada zaman darurat adalah Home Guard, Special Constabulary, Extra Police Constable (PFFR) dan Borneo Army Sarawak Constabulary (BASC).

Surat Penghargaan Abdul Wahab bin Tukang Kassim



Rujuk:
Buletin KDN 2010

1 ulasan:

  1. KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


    BalasPadam

Ulasan