Hujan yang melanda di beberapa tempat di negara ini,
dijangka berterusan sehingga esok.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, beberapa tempat
telah menunjukkan amaran peringkat merah (hujan lebat) iaitu di negeri Johor
(Daerah Segamat, Kluang dan Mersing) dan Pahang (Daerah Rompin dan Pekan).
"Ianya dijangka berterusan sehingga Rabu, 25 Januari
2017," petik kenyataan itu hari ini.
Amaran peringkat jingga, (hujan sederhana kadangkala
lebat) yang sedang berlaku di negeri Sembilan (Daerah Jempol dan Tampin),
Melaka (Daerah Jasin), Johor (Daerah Tangkak , Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi,
Johor Bahru dan Kulai), Pahang (Daerah Bera dan Kuantan) dan Terengganu (Daerah
Kemaman) dijangka berterusan sehingga esok.
Sementara amaran hujan berterusan pula bagi Negeri
Sembilan (Daerah Jelebu, Kuala Pilah dan Rembau) dan Melaka (Daerah Alor Gajah
dan Melaka Tengah) dijangka berterusan sehingga awal pagi, esok.
Jalan kuala kenong putus hubungan
|
Lipis tak terkecuali |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan