PERINGATAN BUAT PENGUASA ISLAM SERTA PARA PENGAMPUNYA YANG LUPA SEJARAH....
Kerajaan Bani ‘Abbasiyyah selepas pemerintahan Bani Umaiyyah yang diasaskan oleh Abu ‘Abbas as-Saffah bertahan selama 508 tahun, dari tahun 750 hingga 1258 Masihi. Namun dalam tempoh 400 tahun terakhir, pemerintahannya hanya tinggal pada nama sahaja. Ia menjadi lemah dan terus merosot, akhirnya tumbang digempur oleh tentera Mongol dibawah pimpinan Hulagu Khan, cucu Genghiz Khan yang kejam pada tahun 1258 Masihi.
Para khalifah ‘Abbasiyyah pada zaman terakhir pemerintahan, mereka lebih mementingkan kepentingan peribadi serta kehidupan yang mewah tanpa mempedulikan rakyat dibawah pemerintahan mereka. Penyebab utama kejatuhannya berpunca dari kelemahan Khalifah al-Mu’tasim Billah sendiri. Beliau hanya mendengar nasihat dari pengampu kerajaan, sedangkan pengampu tersebut mempunyai seribu satu muslihat untuk menjatuhkan pemerintahannya.
Walaupun mempunyai kemahiran dalam bidang al-Quran dan as-Sunnah, tetapi Khalifah al-Mu’tasim Billah merupakan seorang yang kurang cerdik. Semua nasihat Ketua Tentera kerajaan ‘Abbasiyyah bernama Rukunuddin Ad-Daudar ditolak, dan sebaliknya amat mempercayai memanda Wazir, juga penasihatnya yang bernama Umayiduddin Muhammad Al-Aqami, dari puak Syiah.
Umayiduddin mencadangkan kepada khalifah supaya diadakan hubungan perpaduan dengan Hulagu Khan, walhal ketika itu tentera Hulagu Khan sudah bersiap sedia untuk melakukan serangan terhadap pusat pemerintahan kerajaan ‘Abbasiyyah di Kota Baghdad. Sebagai habuan, Umayiduddin dijanjikan jawatan raja oleh Hulagu Khan jika tenteranya berjaya menguasai Baghdad. Dengan segala kecerdikan yang ada, Umayiduddin memperdayakan Khalifah sehingga tentera Mongol berjaya masuk ke kota Baghdad tanpa sebarang kepayahan.
Pada tahun 1258 Masihi Baghdad telah jatuh ke tangan bangsa Mongol. Kejatuhan ini bukan sahaja mengakhiri kekuasaan Khilafah Bani ‘Abbasiyyah di sana, tetapi juga menjadi petanda awal kemunduran politik dan peradaban Islam, kerana Baghdad merupakan pusat kebudayaan dan peradaban Islam yang sangat kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan ketika itu, sebelum ianya dimusnahkan oleh tentera Mongol.
Dalam kejadian itu, digambarkan Hulagu Khan menyerang Baghdad dengan pasukan tentera yang sangat besar berjumlah kira-kira seramai 200 000 orang yang tidak mampu ditentang oleh tentera ‘Abbasiyyah, lalu lari berkurung di dalam kota. Tentera Mongol terus mengepung kota Baghdad selama 10 hari. Akhirnya, kota Baghdad jatuh.
Tentera Mongol memasuki kota Baghdad dan membunuh sesiapa sahaja yang mereka temui. Segala peradaban Islam yang terbina di Baghdad ratusan tahun telah dihancurkan. Segala kitab yang dihasilkan oleh sarjana2 Islam telah dikumpulkan dan dibuang ke dalam Sungai Dujlah sehingga airnya menjadi hitam (kerana dakwat daripada tulisan kitab-kitab itu). Saya dapat bayangkan jika ribuan khazanah kitab2 Islam ini tidak musnah, tentunya wajah tamadun Islam hari ini berbeza.
Setelah terkepung, dan atas nasihat Wazir, khalifah keluar bersama beberapa orang pengikut dengan membawa mutiara, permata dan hadiah2 berharga untuk diserahkan kepada Hulagu Khan. Keberangkatan khalifah juga disusul para pembesar istana terdiri dari ahli fiqh dan orang2 ternama serta keluarganya. Hadiah2 itu dibahagi2kan Hulagu kepada para panglimanya, selepas itu khalifah dan lain2, termasuk wazir sendiri, dibunuh dengan leher dipancung secara bergilir2. Mayat Khalifah terakhir Kerajaan 'Abbasiyyah diheret oleh kuda mengelilingi Kota Baghdad.
Pada zaman awal pemerintahan Kerajaan ‘Abbasiyyah merupakan sebuah kerajaan yang kaya. Dana yang masuk lebih besar dari yang keluar sehingga Bait al-Mal penuh dengan harta. Sumber pendapatan Kerajaan ‘Abbasiyyah adalah daripada hasil kutipan cukai wilayah dan pertanian. Kemudiannya merosot disebabkan berlakunya rusuhan rakyat sehingga para pedagang tidak lagi berkunjung ke Baghdad. Dana yang tersimpan di Baitulmal juga berkurangan berpunca daripada kehidupan para khalifah yang semakin mewah dan mementingkan diri sendiri.
Era kerajaan ‘Abbasiyyah merupakan era keemasan dan kegemilangan Islam. Ketika itu kedaulatan umat Islam sampai ke kemuncak kemuliaan, baik dari segi kekayaan, kemajuan atau kekuasaan. Ketika ini juga telah lahir pelbagai cabang ilmu yang penting yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Selain itu, sumbangan umat Islam untuk peradaban dunia juga hasil cetusan minda para cendikiawan besar dan hebat yang lahir ketika era kerajaan ‘Abbasiyyah.
Namun begitu, terdapat pengajaran penting yang perlu diberi perhatian dalam kita menghayati dan menyelusuri sejarah sepanjang tertegaknya kerajaan ‘Abbasiyyah yang telah menguasai dunia berabad-abad lamanya. Pengajarannya ialah umat Islam jangan mudah terlena dengan kekuasaan yang dimiliki, kerana apabila leka dibuai mimpi indah dan hidup dalam keadaan bermegah-megah akan menyebabkan kita tersasar dari ajaran Allah SWT yang telah disampaikan melalui utusannya Nabi Muhammad SAW.
Pun begitu, menurut sunnatullah, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitulah juga yang terjadi kepada sebuah kerajaan yang agung seperti kerajaan Bani ‘Abbasiyyah. Hanya dengan beberapa isu kontroversi, kerajaan ini berakhir dengan serangan tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan pada tahun 656 H bersamaan 1258 M.
Sejarah ini sepatutnya menjadi pemacu kepada umat Islam kembali bangkit untuk mencapai kembali kegemilangan Islam seperti yang pernah diraih ketika era kerajaan ‘Abbasiyyah.
SEKADAR PERINGATAN KEPADA YANG MASIH SAYANG KEPADA KEWUJUDAN TAMADUN BANGSA, NEGARA DAN AGAMA ISLAM....
Tatar |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan