Halaman

Rabu, 7 Mac 2018

Konspirasi Pemborong Sabotaj Terbesar PRU14


Anda tahu apa 'rehearsal' terbesar yang telah dan sedang dijalankan dalam menjadikan kempen PRU14 akan datang sebagai konspirasi paling licik dalam sejarah menjatuhkan kerajaan?

Pastinya serangan kartel dan taiko yang menguasai pengedaran barangan pengguna terutama beras, minyak masak, ikan, gula, gas dan barangan basah.


Anda tahu apa yang akan membunuh prestasi kerajaan yang bertungkus-lumus memulihkan ekonomi negara?

Pastinya, ketika semua angka pencapaian terbaik ekonomi mutakhir yang menjadi petunjuk prestasi ekonomi negara, dimusnahkan oleh kemarahan awam berikutan kenaikan harga barangan yang mendadak ketika kempen PRU14 bermula.

Serangan dahsyat bagi membunuh semua hujah prestasi ekonomi yang diajukan kerajaan. Serangan kenaikan harga barangan keperluan akan juga akan memusnahkah hujah-hujah berasaskan angka prestasi ekonomi yang bakal dibentangkan.

Apa ertinya pencapaian pertumbuhan ekonomi negara 2017 yang dibentangkan kalau pun berjaya mencapai kadar antara 5.2 hingga mencecah 5.7 peratus?

Apa ertinya, kalau pun kedudukan ringgit berjaya melepasi paras piskologi di bawah paras RM3.80 berbanding USD1?

Apa relevan indek BSKL sekali pun untuk pertama kali dalam sejarah mampu melangkahi paras 1,900 mata?

Semua angka-angka ekonomi ini tidak akan bermakna lagi. Apa ertinya angka, kalau pada detik kempen PRU14, harga ikan kembong di pasar mencapai RM20 sekilo?

Rakyat akan menolak semua angka ekonomi yang baik, kalau minyak masak melambung tinggi. Pengguna akan penasaran mendengar segala hujah positif mengenai prestasi ekonomi, ketika harga ayam sudah melepasi RM12 sekilo.

Ingat! Ini senjata konspirasi pemborong untuk menjatuhkan kerajaan pada 30 hari terakhir, bermula setelah Parlimen dibubarkan dan detik genting kempen bermula. Isu harga barang akan menjadi senjata konspirasi jahat ini bagi menjahanamkan kerajaan.

Ini sebenarnya senjata sulit paling berkesan pada PRU14. Terutama apabila konspirasi jahat ini menjadikan kos sara hidup sampai ke puncak kemarahan rakyat hingga ke hari terakhir berkempen sebelum rakyat membuang undi.

Isu utama bukan lagi 1MDB! Isu utama bukan lagi harga minyak petrol mahu pun diesel. Isu ekonomi bukan lagi soal pelaburan lebih RM100 bilion dari China yang dianggap menjual negara.

Malah, pada detik akhir kempen, isu penentu undi rakyat bukan lagi soal harga rumah, tambang pengangkutan awam atau yuran pendidikan tinggi.

Isu yang akan menjatuhkan kerajaan ialah harga barangan. Kartel pro pembangkang telah menguji serangan ini secara berkesan sejak lebih setahun lalu.

Harga ikan kembong telah melambung dan melepasi paras munasabah sejak sekian lama tanpa pernah menunjukkan tanda-tanda akan kembali ke harga antara RM8 ke RM10 sekilo.

Bekalan minyak masak pernah berkurangan dengan teruk di pasaran secra drastik tanpa sebarang sebab yang munasabah. Gula pernah menyusut di rak jualan hingga rakyat panik.

Percayalah, perang terbesar yang bakal dilacarkan kartel pro pembangkang dalam menjatuhkan kerajaan ialah dengan menahan dan mengurangkan bekalan barangan harian pada minggu pertama sebaik saja parlimen dibubarkan.

Ketika rakyat mengeluh, dan fitnah mula dilancarkan dengan menuduh kerajaan yang sedia ada gagal menangani isu harga barang, api kemarahan rakyat akan mula dibakar.

Kemelut harga barang akan mendominasi mood berkempen, dan akan menyebabkan semua kempen mengenai angka prestasi ekonomi negara selama ini akan dianggap tidak relevan.

Tahukah anda, isu kos sara hidup yang sedang diperkatakan sekarang hanyalah senjata iklan peringkat pertama. Serangan sebenar isu kos sara hidup hanya akan mencapai puncaknya ialah apabila pemborong berkonspirasi dengan pembangkang untuk menjadikan hari pembuangan undi sebagai hari protes besar-besaran mengenai isu kos sara hidup.

Seorang yang rapat dengan rangkaian kedai harga murah milik agensi kerajaan memberitahu, terdapat pemborong yang memaklumkan, harga setin susu pekat manis boleh diturunkan secara diskaun sebanyak 5 sen pada Februari tahun ini.

Namun, tiap tin susu pekat manisa dijangka mengalami lonjakkan harga antara 20 hingga 50 sen pada April sekiranya Parlimen dibubarkan?

Pasti tiada bukti solid boleh dikemukakan sebagai hujah mengenai isu rancangan menaikkan harga barang. Namun, ia bukan sesuatu yang di luar jangkaan.

Cuma, jentera kerajaan dan pegawai yang menjalankan tanggungjawab mengawal harga barangan keperluan harian, jangan sesekali mengabaikan amaran mengenai teori konspirasi ini.

Jangan sesekali berkata: “Kita sebenarnya tidak berhadapan dengan sebarang isu mengenai kos sara hidup!”

Ingat! Penafian mengenai isu kos sara hidup ini diungkap sendiri oleh seorang pegawai tertinggi agensi kerajaan yang diamanahkan mengendalikan rangkaian kedai rakyat harga murah! Ini pandangan yang diungkapkan pada minggu lalu!

Banyak malapetaka akan menimpa undi kerajaan sekiranya ketua-ketua agensi berkaitan tanggung jawab menangani isu kos sara hidup terus bersikap denial begini!

Ketika konspirasi pemborong mula menunjukkan sentimen pro pembangkang, dan ketua-ketua agensi kelihatan seperti mabuk ketum, jangan sesekali menyimpan harapan, bahawa: “Angka-angka ekonomi yang baik bakal menjadi senjata memenangi hati pengundi!”

Realitinya, sejak setahun ini, sudah boleh dihidu bahawa wujud konspirasi yang berkuasa melonjakkan harga barang di pasaran tanpa dapat dikawal kerajaan.

Ini realiti!

Percayalah. Serangan awal sejak lebih setahun lalu, hanyalah rehearsal. Serangan hebat yang berskala besar hanya akan bermula sebaik saja parlimen dibubarkan!

Konspirator sudah menyerang secara halus dan mereka yakin pasaran pengguna boleh menjadi medan utama menjatuhkan kerajaan.

Jadi berwaspadalah! Bom terbesar hanya akan diledakkan menjelang detik akhir hari pengundian!

Sumber: Mynewshub



Khamis, 1 Mac 2018

Sebab politik jangan kita berpecah belah

KUALA LIPIS. 28 Febuari 2018 bersamaan 12 Jamadilakhir 1439 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menzahirkan rasa dukacita melihat perpecahan yang berlaku dalam kalangan rakyat.

Malah lebih mendukacitakan dan menambah rasa terkilan baginda, apabila ada yang mempergunakan agama Islam bagi kepentingan individu.


“Ikhlas dari hati saya rasa sedih dengan segala yang berlaku…ini kerana beberapa insiden yang berlaku sebelum ini memperlihatkan sikap rakyat yang sewenangnya menidakkan peranan institusi raja, mempersendakan pemimpin serta bergaduh sesama sendiri sehingga menimbulkan ketegangan.

“Saya ingin mengingatkan rakyat di negeri ini agar sentiasa bersatu dan menjaga ukhwah sesama kita. Kekalkan kesetiaan tidak berbelah bahagi yang telah lama diamalkan sejak zaman nenek moyang kita yang membuktikan perpaduan utuh dalam kalangan rakyat,” titah baginda pada Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Kampung Bukit Kota dan Kampung Bukit Betong,  di sini hari ini.

Dalam sebak, baginda turut berjanji akan sentiasa membela rakyat sebagai mengenangkan jasa rakyat yang sentiasa mendokong terhadap institusi diraja di negeri ini.

“Saya juga akan terus membela agama Islam di negeri ini agar ia terus dimuliakan dan menjadi pegangan kita semua. Fahami makna persaudaraan antara kita..saya tidak mahu ada lagi persengketaan.

“Satu lagi isu dalam politik..mengundi adalah hak masing-masing tapi jangan disebabkan berbeza fahaman politik, silaturahim kita terlerai begitu sahaja dan menjadikan permusuhan sebagai satu pilihan,” titah baginda.
di Merapoh


Hadir sama, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob, Yang DiPertua MUIP, YDH Orang Kaya Indera Pahlawan, Dato’ Sri Haji Abdul Wahid Wan Hassan, YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, YB Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri dan Dato’ Sri Ir. Haji Mohd Soffi Bin Tan Sri Abd. Razak.


Turut memuliakan keberangkatan Pemangku Raja Pahang dan Tengku Puan Pahang, YB Ahli Parlimen Lipis, Dato’ Haji Abdul Rahman  dan pegawai-pegawai kanan negeri dan daerah Lipis.