KUALA LIPIS. 28 Febuari 2018 bersamaan 12 Jamadilakhir
1439 Hijrah – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota
Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
menzahirkan rasa dukacita melihat perpecahan yang berlaku dalam kalangan
rakyat.
Malah lebih mendukacitakan dan menambah rasa terkilan
baginda, apabila ada yang mempergunakan agama Islam bagi kepentingan individu.
“Ikhlas dari hati saya rasa sedih dengan segala yang
berlaku…ini kerana beberapa insiden yang berlaku sebelum ini memperlihatkan
sikap rakyat yang sewenangnya menidakkan peranan institusi raja, mempersendakan
pemimpin serta bergaduh sesama sendiri sehingga menimbulkan ketegangan.
“Saya ingin mengingatkan rakyat di negeri ini agar
sentiasa bersatu dan menjaga ukhwah sesama kita. Kekalkan kesetiaan tidak
berbelah bahagi yang telah lama diamalkan sejak zaman nenek moyang kita yang
membuktikan perpaduan utuh dalam kalangan rakyat,” titah baginda pada Majlis
Ramah Mesra bersama penduduk Kampung Bukit Kota dan Kampung Bukit Betong, di sini hari ini.
Dalam sebak, baginda turut berjanji akan sentiasa membela
rakyat sebagai mengenangkan jasa rakyat yang sentiasa mendokong terhadap
institusi diraja di negeri ini.
“Saya juga akan terus membela agama Islam di negeri ini
agar ia terus dimuliakan dan menjadi pegangan kita semua. Fahami makna
persaudaraan antara kita..saya tidak mahu ada lagi persengketaan.
“Satu lagi isu dalam politik..mengundi adalah hak
masing-masing tapi jangan disebabkan berbeza fahaman politik, silaturahim kita
terlerai begitu sahaja dan menjadikan permusuhan sebagai satu pilihan,” titah
baginda.
di Merapoh |
Hadir sama, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang,
Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob, Yang DiPertua MUIP, YDH Orang Kaya
Indera Pahlawan, Dato’ Sri Haji Abdul Wahid Wan Hassan, YB Pengerusi
Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail,
YB Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri dan Dato’ Sri
Ir. Haji Mohd Soffi Bin Tan Sri Abd. Razak.
Turut memuliakan keberangkatan Pemangku Raja Pahang dan
Tengku Puan Pahang, YB Ahli Parlimen Lipis, Dato’ Haji Abdul Rahman dan pegawai-pegawai kanan negeri dan daerah Lipis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan