Halaman

Ahad, 7 Oktober 2018

Pembajaan Melalui Daun (baja Foliar)


10 soalan panas tentang keraguannya

Dalam air hujan terdapat nutrient yang diperlukan oleh tanaman.  Di atas permukaan lautan dan pantai, terhasil begitu banyak buih –buih air yang berterbangan diudara, begitu juga di tepi pantai, hentaman –hentaman ombak pada batu-batu di pesisir pantai menghasilkan begitu banyak buih-buih air yang berterbangan di udara, partikal-partikal ini dinamakan “aerosols” , kemudian partikel ini bergabung dengan debu-debu yang berterbangan dari daratan, menjadi partikel nutrient yang kemudiannya naik dan berkumpul di atmosfera dan menjadi awan yang terkumpul kemudian menjadi hujan menimpa bumi, kemudian mencurah ke helaian daun tanaman. Boleh dikatakan setiap luas permukaan daun terkena air hujan yang mencurah ini, kemudian pula mengalir kesetiap ranting – ranting yang bercabangan dan kemudiannya turun ke batang.  Jika pokoknya sawit, disimpannya nutrient bersama  air hujan pada sisa –sisa pelepah yang masih terlekat pada batang menjadi simpanan makanan yang diperlukan. Lihat sahaja struktuk daun-daun yang diciptakan, cukup bersedia menerima dan memerangkap air.  Lihat padi, ada struktur bulu-bulu berupa seperti bulu roma kita pada daunnya, menegak dan condong ke sisi, bersedia menerima hujan dan memerangkap sedikit air  pada roma-romanya.


Walaubagaimanapun, pencemaran udara yang telah kita buat, menyebabkan air hujan kini sedikit berasid, namun fenomena air hujan ini, menjadi satu bukti  jelas bahawa  pembajaan  melalui daun adalah kaedah sebenar yang diperlukan tanaman, tinggal sahaja cara melasaksanakannya, mungkin peralatan, kaedah, atau formulasi baja yang diolah masih tidak bersesuain lagi.

Pembajaan melalui Daun (foliar), dengan cara semburan pada daun adalah teknik baru berbanding dengan teknik pembajaan melalui tanah, yang mempunyai sejarah yang cukup panjang. Kaedah ini menjadi satu kaedah yang luarbiasa dan banyak salah faham timbul, kerana dikatakan seolah-olah kaedah yang menyalahi hukum alam dan dianggap satu kepercayaan karut. Sekumpulan saintis di NTS  telah melakukan beberapa kajian ke atas aplikasi pembajaan foliar dan beberapa penemuan yang menakjubkan ditemui mereka.

Disini saya senaraikan jawapan mereka dengan 10  soalan yang biasa ditanya tentang Aplikasi pembajaan foliar.

1) Bolehkah pokok menyerap nutrient melalui daun  tanpa melalui sistem akar?

Jawapan kepada soalan penting ini telah dikaji dan ditemui pada tahun 1950s oleh H.B. Tukey & S.H. Wittwer dari Michigan State University, USA.  Mereka menyembur pokok dengan radioaktif potassium (K) dan phosphorus (P) dan dengan menggunakan sejenis alat Geiger, mereka mengira dan mengukur kadar serapan, nutrient pada pokok.  Mereka menemui nutrient bergerak dengan kadar 0.3 m/h (dalam masa satu jam)  ke semua bahagian pokok.


2) Adakah baja cecair foliar sebenar-benarnya  terus diserap oleh pokok melalui daun atau dari  tanah melalui semburan yang jatuh ke tanah atau melalui baja semburan yang terlekat pada daun yang kemudiannya masuk ke tanah  kerana  hujan?

Baja Urea telah digunakan dengan semburan  foliar pada daun sebagai percubaan ke atas tanaman pisang, Kopi dan juga apel. Dan keputusannya lebih 65% Urea diserap dalam masa 25 minit, dengan majoritinya diserap pada daun yang lebih muda dan juga bahagian bawah daun. Jumlah masa serapan pada pisang ialah 30 jam, dan pada kopi dan tanaman koko ialah dalam  masa 24 jam, dan bahagian bawah daun muda pokok apel menyerap nutrient lebih baik dari daun tua pokok apel.  Ujian ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa nutrient diserap secara terus oleh daun. Cuma kaedah foliar  pada dasarnya, lebih popular digunakan sebagai baja tambahan top dressing dan sebagai salah satu kaedah alternatif.

3)Bagaimana aplikasi foliar menyerap nutrient?

Daun mengandungi lubang transcuticular ( lubang yang terletak diantara struktur sel) dan juga liang stomata, nutrient yang di sembur masuk melalui liang-liang tersebut. Lubang transcuticular ada di bahagian atas dan bawah daun, terbuka sentiasa, jadi nutrient akan  masuk melalui liang  ini. Liang Stomata lebih banyak wujud pada bahagian bawah daun, yang terbuka pada awal pagi atau lewat petang , yang mana jika kita sembur pada waktu ini adalah sangat berkesan  ia lebih efektif melalui daun berbanding akar. Rumput pastura dan juga pokok tebu, mempunyai stomata atas dan bawah daun, jadi tak perlu sembur satu bahagian bawah sahaja.

4) Adakah hanya di daun sahaja pokok menyerap nutrient?

Tidak, eksperiment yang pertama dilakukan oleh Tukey dan Wittwer, menunjukkan tunas, ranting, batang, bunga dan buah menujukkan penyerapan nutrient berlaku.Contohnya penyemburan boron pada jenis pokok daun luruh seperti Cheri dapat menghasilan pembentukan bunga yang bagus dan banyak ( dan kaedah ini penting dalam industri penanaman cheri).

5) Adakah penggunaan agent perekat boleh meningkatkan lagi kecekapan pembajaan foliar?






Ya, idea yang bagus untuk meningkatkan lagi kecekapan pengambilan nutrient, dan ia memberi kentungan kepada kaedah foliar ini.

6) Adakah pembajaan foliar hanya sekadar baja tambahan atau sampingan, atau boleh mengantikan cara pembajaan secara tradisi melalui akar?

Pembajaan melalui foliar adalah sangat sempurna bagi merawat kesan kekurangan mikro element dari masalah tanah, contohnya pada kawasan tanah gambut, pemberian mikro nutrient terus pada daun adalah salah satu “short-cut” yang paling baik. Begitu juga pembajaan unsur utama seperti calcium disembur terus kepada buah, bila ia perlukan, walaupun dalam keadaan kadar serapan yang perlahan. Pembajaan boron secara foliar pada tomato sebelum berbunga, menghasilkan pertambahan hasil buah yang banyak, dan ini terhasil dari kualiti bunga yang terbentuk.

7) Apakah kelemahan aplikasi pembajaan foliar ini?

Aplikasi foliar ini tidak melibatkan masa dan peralatan seperti sistem fertigasi. Walaubagaimanapun, ada beberapa kes yang menyebabkan pengurangan pengambilan mineral lain melaui tanah secara antagonis (antagonis ialah pengurangan ketersediaan unsur disebabkan tindakan nutrient lain). Di atas kelemahan yang kecil ini, menjadikan  ianya satu faktor yang pembajaan melalui tanah atau fertigasi adalah lebih bagus walaupun banyak melibatkan kos sebelumnya.  Inilah masanya kita menggunakan kaedah aplikasi foliar, nilai penyerapan nutrient yang cekap melalui kaedah ini adalah berbaloi berbanding kos dan masa dari kaedah yang lama. Begitu juga masalah dengan nilai NPK dengan pekatan yang tinggi berpotensi menyebabkan kesan terbakar pada pokok disebabkan kandungan garam dan asid yang tinggi, masalah ini menyebabkan kaedah foliar ini memerlukan kekerapan semburan yang tinggi berbanding kaedah baja melalui akar dan tanah.


8) Bolehkah aplikasi foliar ini mengantikan  nutrient berbanding aplikasi pembajaan melalui tanah?

Kajian keatas beberapa pokok jenis citrus dari California mencadangkan bahawa kaedah foliar ini tidak mustahil. Dari perspektif sains tanah, keseimbangan mineral di dalam tanah adalah kritikal, terutamannya nisbah kalsium dan magnesium, yang ditentukan dengan kandungan oksigen yang ada dalam tanah. Begitu juga masa “counterproductive ” peringkat – peringkat pusingan tumbesaran tanaman, contohnya mineral ferum tidak boleh diberi pada peringkat berbunga pada mana-mana tanaman.

Ada beperapa nutrient yang kurang tahap mobilinya, contoh yang menarik ialah unsur boron (B), Tahap mobilitinya adalah berbeza mengikut jenis pokok juga. Jika di dalam Sap pokok mengandungi gula seperti sorbitol dan mannitol, boron akan merekat dengan jenis gula tersebut dan bergerak secara bebas didalam pokok.

Pokok jenis citrus(limau) mengandungi jenis gula sukrosa yang tinggi, sukrosa ini tidak merekat dengan boron, dan factor ini menyebabkan boron tidak bebas bergerak di dalam pokok jenis citrus, dalam situasi sebegini kaedah aplikasi foliar adalah yang terbaik untuk membekalkan nutrisi jenis boron pada pokok.  Membekalkan pokok jenis citrus ( limau) dengan rumpai laut (Seaweed) juga adalah bagus kerana  seaweed kaya dengan sumber mannitol.  Asid Fulvic juga perlu di tambah dengan cara semburan secara  foliar , penggunaannya mampu meningkatkan pengambilan nutrient sehingga 30% dengan mengaktifkan  sel membran  menjadi cepat.

9) Adakah penggunaaan Aplikasi pembajaan foliar mempunyai kesan sampingan?

Apabila nutrient dibekalkan pada daun dengak aplikasi foliar,  menyebabkan  pokok memerlukan lebih gula dan nutrient –nutrient lain pada zon akar. Perkara ini menyebabkan aktiviti mikrobal pada zon akar meningkat.  Dimana pada masa yang sama  ia meningkatkan pengambilan nutrient oleh pokok  melalui tanah. Proses ini hampir dikenal pasti  boleh berlaku pada semua jenis pokok dan tanaman, dan inilah manfaat paling besar yang diperolehi dalam kajian mereka. Aplikasi  foliar ini juga boleh  meningkatkan ketumpatan chlorophyll dan juga  proses fotosintesis dengan membekalkan mikrob berfaedah dan dengan cara ini juga, pengambilan nutrient menjadi cekap.

10)Adakah Sistem hidroponik memerlukan keperluan khusus untuk pembajaan aplikasi foliar?

Di dalam sistem tanpa tanah seperti hidroponik interaksi nutrient hanya berlaku pada zon akar sahaja, menyebabkan sesetengah nutrient susah untuk pokok menyerap  mineral disebabkan oleh ikatan antagonism antara nutrient. Kekurangan ferum banyak berlaku pada tanaman, ini disebabkan oleh tekanan suhu rendah. Begitu juga dengan isu lebihan pemberian Nitrate dalam sistem hidroponik, biasanya hanya dua jenis jenis nitrogen digunakan dalam dua bahagian pekatan hidroponik, kesimpulanya kaedah foliar boleh menjadi kaedah tambahan sampingan dalam pembekalan nutrient ini .  Nitrogen dalam bentuk ammonia boleh diberi secara aplikasi foliar untuk membekalkan nutrient yang seimbang.

Haznel
Create From The Creator

Rujukan:
-Al-Quran Surah Al-hijr ayat 22, Al-Baqoroh ayat 265, SURAH AL AN’AAM ayat 99, SURAH AR RA’D ayat 4, SURAH AL KAHFI ayat 32, SURAH AL MU’MINUUN Ayat 17 Hingga 20, SURAH AL NAML ayat 60.
-www.miracleofthequran.com
-Washington State University (USA)  http://www.tfrec.wsu.edu/Horticulture/nutspray.html
http://www.nutri-tech.com.au.



Dapatkan Foliar Ezigrow 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan