Halaman

Ahad, 30 Disember 2018

Statistik pendapatan penoreh Getah 2018


Harga lantai getah sekerap 2019 kerajaan tetapkan RM 2.50
Daripada statistik di bawah pembaca boleh merumus berbagai andaian dan pendapat berkenaan dengan kehidupan sebagai penoreh getah yang mempunyai keluasan 2 ke 6 ekar, adakah berbaloi dengan usaha mereka sama ada pemilik(tuan tanah) ataupun pengusaha(penoreh).



Resit penutup tahun 2018 
Harga Komoditi tahun 1997  Purata Sekerap RM 2.14 Sekilo



BMT 2018

Senarai Penerima Bantuan Musim Tengkujuh Tahun 2018 (BMT 2018) yang dilaksanakan oleh RISDA kini boleh disemak melalui pautan berikut :

http://webapp3.risda.gov.my

Statistik pendapatan Penoreh Getah 2019



Pokok sebanyak lebih kurang 300 pokok, bulan Mac tidak menoreh kerana meluruh,  menoreh selama 2 Jam setengah, penghasilan 2,453 kg bersamaan dengan RM 6, 013


Cara pengiraan Insentif Pengeluaran Getah 

300 kg sekrap
RM 0.50 Kadar
50 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) atau (DRC)

> 300 X RM 0.50 = RM 150

> RM 150 X 50/100 = RM 75

> IPG 300 kg bersamaan dengan RM 75


Selasa, 25 Disember 2018

SPM 85

Kenangan bersekolah siapa pun tak dapat melupakan terutama semasa sekolah menengah selama 5 tahun. Rasanya kita tidak ada masalah masa tu, bermain tidak dapat dipisahkan dari kita semua. Selepas sekolah kita semua membawa haluan masing-masing,  yang cerdik, bijak mereka berpeluang mendapat pekerjaan yang baik, yang tidak beberapa bijak mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kebolehan dan kemahiran mereka. Pada akhir  tahun ini umur kami semua sudah pun mencecah 50 tahun...rupanya sudah umur separuh abad bermakna kena kejar ibadat... rambut sudah beruban kepada mulai botak hihihi itu lah perjalanan  hidup sebagai manusia ataupun insan. Di sni saya ingin mengambil peluang mengucapkan ribuan terima kepada sahabat saya  saudara Zulkifli dan Isteri yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan majlis Reunion Koyan SPM 85 dengan jayanya.


Guru-Guru kami  1985
"aktiviti menunggu sebelum merentas desa..."

1984

  Reunion Koyan SPM 1985 bertempat di Tamu Hotel Kuala Lumpur pada 22 Dis 2018

Koyan 1 SPM 85

2018


"producer Koyan SPM 85.."

Ahad, 16 Disember 2018

Bersih Tanah Kebun

Pada sesiapa yang berada di kawasan Lipis,  yang ingin membersih kebun, buat Teres mengunakan Bulldozer boleh wasap di bawah. 



Tanah FELDA Akta GSA, 1960

Apa yang anda tahu tentang Akta GSA, 1960?
Lazimnya pihak pentadbir Felda di tanah-tanah rancangan menggunakan Akta GSA, kononnya bagi menghalang peneroka melaksanakan sebarang aktiviti yang tidak digemari agensi tersebut. Tatkala peneroka bertindak sesuatu, Akta GSA biasanya dijadikan alasan untuk mengugut atau menekan peneroka. Apakah mereka faham apa itu Akta GSA?

Di bawah ini diperturunkan definisi dan intipati akta tersebut (yang amat perlu difahami oleh semua peneroka) sebagaimana yang dipetik daripada kertas kerja peguam Wan Rohimi Wan Daud bertajuk: ‘Menongkah cabaran, mendepani zaman: Maruah Peneroka perlu dikembalikan’.

• 1960: Tun Razak mencadangkan GSA untuk panduan kerajaan negeri membangunkan sosio-ekonomi rakyat melalui pembangunan tanah.
Geran tanah FELDA pemilikan tak sempurna

• Tanah akan dibahagikan kepada rakyat untuk membasmi kemiskinan dan membangunkan negara.

• Peserta/ peneroka dibenarkan membayar kos pembangunan tanah secara beransur-ansur tanpa menjejaskan hak mendapatkan geran hak milik.

• Felda dilantik sebagai agensi pengelola rancangan sehingga peneroka mendapat hak milik tanah (geran).

• Kerajaan negeri masih mempunyai hak terhadap tanah malah menurut GSA pelantikan pengurus Felda mesti mendapat izin daripada kerajaan negeri.

• Felda juga disyaratkan mesti mendapatkan kelulusan kerajaan negeri sebelum boleh menggubal sebarang dasar/polisi undang-undang kecil berkaitan penyeliaan ladang dan peneroka.

• Namun Felda telah menggubal banyak peraturan perjanjian yang menindas peneroka.

• GSA tidak membenarkan Felda memiliki tanah yang diberikan oleh kerajaan negeri kerana Felda hanya dilantik sebagai pengurus dan pemberian tanah adalah untuk mewujudkan kawasan penempatan berkelompok yang didiami oleh peneroka atau secara pemilikan saham koperasi.

• Sebaliknya Felda telah mengambil tanah tersebut untuk diusahakan sendiri dengan menubuhkan Felda Plantation Sdn. Bhd. Tindakan itu menyebabkan kerugian kepada kerajaan negeri dan ramai rakyat hilang hak sebagai peneroka.

• Di bawah Akta GSA, hanya pentadbir tanah yang berhak memutuskan sama ada peneroka boleh dikeluarkan dari tanah rancangan tertakluk kepada bukti nyata pelanggaran Akta GSA atau menduduki tanah rancangan secara haram, sehingga dia mendapat hak milik. Sekiranya peneroka telah mendapat hak milik, maka dia tertakluk kepada Kanun Tanah Negara 1965 sama seperti tanah lain.

• Peneroka berhak mendapat geran atau hak milik tanah setelah menyelesaikan CAC. CAC ialah bayaran premium, upah ukur dan batu sempadan. Tindakan Felda melewat-lewatkan pemberian geran walaupun setelah peneroka melangsaikan hutang bayaran kembali adalah bertentangan dengan GSA. Malah GSA membenarkan pemberian hak milik kepada peneroka walaupun hutang Bayaran Kembali belum langsai.

“Felda hanyalah pengurus sementara sehingga peneroka mampu berdikari dan mendapat hak milik mereka. Felda tidak berhak menekan dan mengaut keuntungan daripada peneroka selama-lamanya” – Wan Rohimi