Kenangan bersekolah siapa pun tak dapat melupakan terutama semasa sekolah menengah selama 5 tahun. Rasanya kita tidak ada masalah masa tu, bermain tidak dapat dipisahkan dari kita semua. Selepas sekolah kita semua membawa haluan masing-masing, yang cerdik, bijak mereka berpeluang mendapat pekerjaan yang baik, yang tidak beberapa bijak mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kebolehan dan kemahiran mereka. Pada akhir tahun ini umur kami semua sudah pun mencecah 50 tahun...rupanya sudah umur separuh abad bermakna kena kejar ibadat... rambut sudah beruban kepada mulai botak hihihi itu lah perjalanan hidup sebagai manusia ataupun insan. Di sni saya ingin mengambil peluang mengucapkan ribuan terima kepada sahabat saya saudara Zulkifli dan Isteri yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan majlis Reunion Koyan SPM 85 dengan jayanya.
|
Guru-Guru kami 1985 |
|
"aktiviti menunggu sebelum merentas desa..." |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan