Mohd Sani Royan |
Siapa kata China DAP musuh Melayu? Benarkah DAP anti Melayu? Mengapa DAP ambil Melayu menjadi ahli? Demi selamatkan Negara dari ’Sanction’/sekatan ekonomi antarabangsa Melayu UMNO dan ISLAM PAS perlu sokong PH/DAP dalam PRK CH (Cameron Highlands). Dan Sejauh manakah Bahayanya jika BN/Najib kembali berkuasa?
Saya terpanggil untuk mengulas fenomena serangan UMNO terhadap DAP kerana UMNO tahu DAP adalah ancaman kepada hegemoninya sejak sekian lama. Kini jelas kesepakatan DAP , PKR, PPBM dan Amanah (PAN), telah melumpuhkan UMNO dan menghancurkan kekuasaannya yang dinikmati lebih 60 tahun yang lalu. Jadi adakah benar-benar DAP adalah memusuhi Melayu? Atau hanya memusuhi UMNO Kleptocracy dengan tingkahlakunya yang menyeleweng dalam mengendalikan politik domestic negara tercinta ini.
JIka benar DAP memusuhi Melayu mengapa pula mereka menerima keahlian dari kaum Melayu? Kebanyakkan mereka pula adalah terdiri dari intelek Melayu. Tidakkah DAP juga sanggup berkongsi kuasa bersama parti dominan Melayu seperti Amanah dan PKR dan suatu ketika dahulu PAS? Apa yang menjadi persoalan yang lebih besar adalah mengapa orang kuat dan penyokong DAP tegar seperti Robert Kuok dan Vincent Tan membantu kerajaan PH yang rata-rata adalah parti dominan Melayu malah lebih besar dari BN yang hanya di dominasi oleh satu parti Melayu iaitu UMNO dan BN sebenarnya di dominasikan oleh parti-parti bukan Melayu seperti MCA, MIC dan Gerakan yang rata-rata adalah bukan parti Melayu.
Robert Kuok yang kita tahu pernah memulakan perniagaan perkapalan MISC yang bertaraf MNC (Multi-national Corperation) atau TNC (Trans-national Corp) diwaktu orang Melayu masih belum mampu untuk memimpin sebuah Syarikat bertaraf dunia dan kemudiannya menyerahkan pengurusan MISC kepada orang Bumiputra Melayu dengan bimbingan kerajaan Melayu dan bukankah itu suatu petunjuk jelas bahawa China DAP ini yang kerap difitnah oleh UMNO adalah parti yang bukan anti-Melayu malahan DAP yang dikatakan jahat inilah yang membantu Melayu dalam perniagaan.
Maka di PRK Cameron Highlands (CH) yang kini mencalonkan Manogaran dari parti DAP untuk menjadi calon bagi PH tidak patut di hina dan difitnah oleh UMNO dan PAS sehingga menjatuhkan maruah dan imej DAP dikalangan Masyarakat Melayu Islam (UMNO dan PAS) di sekitar CH. Adakah wajar Pemimpin PAS dan UMNO menggunakan Hadith mengatakan Islam tidak boleh mengundi Kafir sedangkan mengundi Manogaran juga adalah mengundi ketuanya Tun Dr Mahathir PM seorang Melayu dan Islam? Dari segi ethikanya UMNO dan PAS telah menyalahgunakan agama untuk kepentingan politik mereka sedangkan taktik muslihat yang mengancam dan menakutkan pengundi seperti ini tidak pernah diajar oleh Nabi ya Kareem. UMNO dan PAS seharusnya tidak menjadi Desperado menyalahgunakan Alquran dan Hadith dalam kempennya. Berselindung dibelakang Agama Islam adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral dan beretika dan membawa bahana dosa yang amat ditakuti / pedih azabnya.
Najib disambut pempinan PAS setempat |
Seperkara lagi yang mungkin berlaku di PRK CH ini adalah ‘’Kidnap’’ atau kuarantin Tok Batin di Pos Betau dan lain-lain Pos berhampiran Pos Pantos (Namun Tok Batin Pos Pantos sahaja yang mudah di dekati) contoh kg adalah di Kg Kerayong 1 dan 2, Kg Tual, Kg Jerangok dan berbelas-belas Kampong orang asal yang tidak diketahui kemana perginya Tok Batin mereka beberapa hari yang sudah. Adakah benar dakwaan YB Fuziah Salleh ini? Mungkinkah ini suatu kebetulan?
Mungkin BN boleh membuli orang asal di CH, atau mereka boleh mengelirukan mereka namun perbuatan mereka ini adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang syumul. BN gagal menerapkan budaya dan amalan penerapan nilai Islam dalam menguruskan ‘’good governance’’ amal makruf nahi mungkar. Maka seharusnya BN tidak layak lagi memimpin negeri Pahang Darul Makmur dan seharusnya menyerahkan Negeri Pahang kepada PH demi untuk kesinambungan pemerintahan Melayu Islam yang cemerlang. Orang asal Pos Pantos sendiri mengatakan bahawa ‘Apa yang mereka dapat setelah 60 tahun bersama BN? Malah mereka telah dihalau dari Pos Lanai ke Pos Pantos. Mereka tidak di benarkan bercucuk tanam di pantos malahan untuk menanam padi mereka terpaksa mengharungi sungai dengan modal minyak bot 5 gelen untuk ke Lanai mencari rezeki sesuap nasi. Mereka bukan malas tetapi tidak dibenarkan bercucuk tanam di pos pantos kerana dikatakan tanah keliling sudah menjadi milik orang. Mengapakan begitu kejam Kerajaan BN menganiaya mereka? Benarkah ini semua?
sambutan ke atas Najib |
Suatu perkara yang menakutkan di PRK CH ini adalah ancaman dari usaha bekas ketua Kleptocracy terbesar negara dan Dunia. DSNajib dilihat begitu aktif walaupon telah dikaitkan dalam banyak baggage penipuan dan penyamunan asset negara. Percubaannya untuk menjadi PM kali kedua seperti Tun M dan kembali berkuasa menjadikan PRK CH bahaya kepada negeri Pahang dan Negara Malaysia. Kemenangan BN akan merangsang kepada kembalinya kuasa Kleptocracy yang tidak disukai oleh kuasa dunia, maka yang jelasnya kuasa dunia seperti AS, Jepun, UK, German dan lain-lain major power besar kemungkinan akan mengambil tindakan ‘’sanction’’/sekatan ekonomi terhadap negara ini. ‘’Sanction’’ akan hanya memberi kesan yang sangat buruk terhadap rakyat miskin dan sederhana. Lihat saja hasil ‘’sanction’’ terhadap Syria, Yemen, yang kesannya puluhan ribu bayi mati kelaparan dan kurang nutrian dan kurang ubat-ubatan tidak kira mangsanya Melayu, China, India, dan Orang Asli. Masihkah kita mahu pemimpin sebegini?
Sebagai Veteren Pejuang Negara dan juga Penggerak Veteren Tentera (GVET) saya menyeru semua tentera dan bekas tentera temasuk Komando Polis VAT69 DAN Gerak Khas , serta kaum Melayu peneroka Felda, kaum orang Asli dan orang asal marilah bersama kami memberi undi dan kemenangan kepada PH/Harapan yang Bersih di PRK CH. Insyallah secebis pangkah anda akan menyelamatkan negara kita dari ‘’Sanction’’ antarabangsa yang bakal memberi kesan yang amat dahsyat kepada negara dan rakyat keseluruhannya. Semoga Alah melindungi kita semua. Amin.
Pertembungan antara Parti Najib hanya cari sempati |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan