Halaman

Ahad, 14 April 2019

SUSAHNYA MEMOHON TANAH DI PAHANG

Oleh : Isma Nazom Bin Abdul Hamid

1. Siapa pernah memohon tanah di negeri Pahang tetapi tak pernah berjaya, angkat tangan.

2. Pemohon 06, ibu bapa 06, atuk nenek 06, zaman sebelum atuk nenek belum ada sistem 06, kalau tidak 06 juga ic moyang kita.



3. Seketika dahulu seorang rakyat Pahang layak memohon sejumlah 6 ekar, sekarang turun 3 ekar sahaja. Layak memohon tahu tak, bukan layak mendapat.

4. Bagi yang ada syarikat Sdn Bhd layak memohon sehingga 50 ekar. Tubuhkan Sdn Bhd memakan RM 5,000 juga. Kertas kerja kena cantik, main politik kena cekap, jika tidak buang masa, duit dan harapan.

5. Permohonan ada kaedahnya yang memaksa kita turun naik Pejabat Tanah Daerah. Ada bayaran tertentu yang mesti dijelaskan.

6. Lihat pelan lain cerita, beli plan cerita seterusnya, sekurang-kurangnya 3 orang pegawai kita kena jumpa sebelum permohonan boleh dimajukan.

7. Zaman dahulu permohonan direkod di dalam satu Buku Daftar saiz gergasi. Zaman sekarang masuk dalam pangkalan data komputer. Zaman dahulu selepas permohonan dibuat tunggulah dua bulan untuk dapat kad putih menandakan permohonan telah diproses. Tunggu punya tunggu kad putih pun tak sampai sampai.

8. Untuk tahu satu tanah itu kosong yakni milik kerajaan kena membuat penyelidikan dahulu dengan jiran tanah berdekatan, ketua kampung, Penghulu dan mungkin YB.

9. Dari zaman Buku Daftar gergasi sampai zaman super komputer, permohonan tinggal permohonan. Dari memohon 6 ekar sehingga turun 3 ekar, borang diisi jelas tidak menghasilkan apa-apa. Tubuhkan syarikat Sdn Bhd dan mohon lagi, setakat dipanggil temuduga kemudian senyap sepi bagai dilanggar garuda.


Mohon tahun 2008 surat tolak Nov 2021, Terbaik... dia balas juga dengan surat.

10. 3 ekar lepaslah untuk tapak rumah dan kebun sedikit. Kalau takde duit sendiri maka sampai mati tak bertanah. Nak membeli rumah di perumahan harganya bagi orang biasa, amatlah menyedihkan. Kalau ada tanah sendiri boleh juga diansur perlahan-lahan buat rumah sendiri. Nak beli rumah perumahan, puas berjawab dengan bank akhirnya pinjaman gagal. Tumpang mak ayah lagi gayanya.

11. Yang anehnya kelihatan beberapa golongan tertentu yang bukan berkod 06 dengan senang lulus permohonan. Begitu juga dengan syarikat Sdn Bhd beralamat luar Pahang. Apa lagi GLC negeri mahu pun GLC kebangsaan dapat beratus ribu ekar dengan premium kadar rendah. Kerta kerja dia orang mantap kot. Atau cara berkerja dengan ahli politik dan birokrat akrab kot. Birokrat ni kakitangan kerajaanlah dari yang teratas sampai yang terkebawah,

12. Apa lagi salahnya menjadi orang 06 ni agaknya. Bukan salah ibu mengandung. Ini bukan takdir. Ada sesuatu di dalam pentadbiran sana yang tidak diketahui oleh rakyat biasa.

13. Eloklah sesiapa yang pernah lulus memohon tanah di Pahang ini membuka satu kursus jangka pendek bertajuk Sijil Cara Memohon Tanah Sampai Lulus Negeri Pahang. Boleh kita pergi ramai-ramai ke kursus tersebut.

14. Negeri paling luas di Malaya tetapi penduduk asal ramai tak bertanah. Malas nak tulis statistik orang muda tak bertanah, tak berumah dan berkod 06 di sini.

15. Tak boleh ke dibuat satu skim di setiap daerah dibuka satu kawasan memilikki tapak rumah bagi semua kod 06 yang merempat di negeri sendiri. Bagilah dalam 8000 kaki persegi setiap keluarga, itu baru 1/8 ekar. Wujudkan database yang dah dapat atau dah ada tanah kedaung berpuluh ekar tak layak ambik borang online pun.

16. Tanah bidang kuasa negeri, takkanlah tak pernah wujud idea sebegini di kalangan Exco yang semuanya bijak pandai. Wakil rakyat kita pergi mana, tolonglah bincangkan dan suarakan kepada yang berkenaan.

17. Bukan memandai-mandai atau sengaja nak menyakitkan hati sesiapa. Ini realitinya, hakikatnya.

18. Doa sebelum pejam mata ialah semoga tanah 2 kaki darab 6 kaki dalam 6 kaki tak perlu memohon terlebih dahulu, mana tahu satu masa nanti sesiapa yang rasa dah nak mati sangat sila isi borang online untuk rizab kubur sendiri! Khalas.

2 kaki 6 kaki dalam

6 ulasan:

  1. KABAR BAIK!!!

    Nama saya Lady Mia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman agar sangat berhati-hati, karena ada penipuan di mana-mana, mereka akan mengirim dokumen perjanjian palsu kepada Anda dan mereka akan mengatakan tidak ada pembayaran di muka, tetapi mereka adalah penipu , karena mereka kemudian akan meminta pembayaran biaya lisensi dan biaya transfer, jadi berhati-hatilah terhadap Perusahaan Pinjaman yang curang itu.

    Perusahaan pinjaman yang nyata dan sah, tidak akan menuntut pembayaran konstan dan mereka tidak akan menunda pemrosesan transfer pinjaman, jadi harap bijak.

    Beberapa bulan yang lalu saya tegang secara finansial dan putus asa, saya telah ditipu oleh beberapa pemberi pinjaman online, saya hampir kehilangan harapan sampai Tuhan menggunakan teman saya yang merujuk saya ke pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ms. Cynthia, yang meminjamkan saya pinjaman tanpa jaminan sebesar Rp800,000,000 (800 juta) dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa konstan pembayaran atau tekanan dan tingkat bunga hanya 2%.

    Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya terapkan dikirim langsung ke rekening bank saya tanpa penundaan.

    Karena saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik jika dia membantu saya dengan pinjaman, sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa stres atau penipuan

    Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman apa pun, silakan hubungi dia melalui email nyata: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com dan atas karunia Allah, ia tidak akan pernah mengecewakan Anda dalam mendapatkan pinjaman jika Anda mematuhi perintahnya.

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: ladymia383@gmail.com dan Sety yang memperkenalkan dan memberi tahu saya tentang Ibu Cynthia, ini emailnya: arissetymin@gmail.com

    Yang akan saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran cicilan pinjaman saya yang akan saya kirim langsung ke rekening perusahaan setiap bulan.

    Sepatah kata cukup untuk orang bijak.

    BalasPadam
  2. Saya pun sama tumggu tunggu dah 10 tahun. Last dukacita x lulus..ade deka trumah sebualn ke dua bulan siap dpt tepi jalan..heran bin ajaib...ada lagi yg lebih ajaib..lagi byk cerita...mohon SPRM SIASAT PWJABAT TANAH..NI

    BalasPadam
  3. Org politik jgek hok sedap ,, time nk mngundi reti plok mncari suh undi,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul apa yg awak cakp..saya teramat kecewa dengan pjabat tanah kuala lipis..permohonan saya pada tahun 2003 ..bila saya pegi tanya status tanah dia cakap dlm proses..saya tunggu jawapan lagi..tahin femi tahun tunggu x ada berita apa pun tetiba tahun 2020 trgerak hati saya utk pegi lagi tanya mcam mana status jawapan yg saya terima teramat kecewa permohonan saya di tolak oleh pbn pada tahun 2016..13 tahun sy menunggu jawpan..adalah seorang mahluk Allah staff dlm pelupusan memberitahu saya ada prmohonan di atas nama org lain yg di pohon pada 2012 dan fail dia dah nak angkat ke msyuarat ..Allahuakhbar tuhan saja yg tahu perasaan sy masa tu..sblm ni kenpa x cakap prkara yg sbenar..tahun 2020 baru sy di beritahu ..tanah tu pemberian arwah ayah saya ..kenapa prmohonan sy di tolak sedangkan sy kelahiran phg 06..org yg mohon yg dapat tu 03..rasuah ke ape ni??semua org kg tahu delok belok tanah tu sape yg prtama uaahakan ..ayah saya..sblm dia meninggal dia bawa sy ke pjbt tanah lipis buat prmohonan atas nama sy
      .memang ada manusia yg brhati binatang x fikir keadaan saya ..sy teramat stress sesangat ..memang x adil..sy tidak akan halalkn..tu betul² yg arwah ayah sy bgi sy dan dia usahakan tanah tu masa zaman dulu lgi zaman hutan belukar masa tu arwah cakap.gajah² pun byk brkeliaran..masa tu jalan pun x brtar lagi ..hutan rimba..dia brpakat dgn kekawan dia untuk buka tanah tu tebas tebang semua hutan

      Padam
  4. Pasal tanah ni betul cakap Sanusi MB Kedah..."

    BalasPadam
  5. Betull. ssh nk lulus tanah pahang nii.

    BalasPadam

Ulasan