Halaman

Sabtu, 29 Jun 2019

Bas Terbalik

Dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik. 
Pemandu bas ekspres parah apabila bas dipandunya terbabas sebelum terbalik di Jalan Chegar Perah, dekat Kuala Lipis, hari ini. Lima penumpang bas ekspres itu cedera manakala 18 yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian 6 petang itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan berkata, bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lipis menghala ke Gua Musang, Kelantan. Katanya, lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan mengenai kemalangan itu.

“Sebaik tiba, pegawai dan anggota kami melakukan kerja menyelamatkan mangsa dengan mengeluarkan mereka dari bas ekspres itu.

“Berdasarkan maklumat awal, bas itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Klinik Kesihatan Merapoh, dekat sini, bagi mendapatkan rawatan susulan manakala pemandu bas yang parah dihantar ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata, orang awam turut membantu menghantar mangsa ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, maklumat lengkap mengenai identiti semua mangsa masih belum diperoleh pihaknya dan kes itu sudah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. - metro

Penyatuan Ummah

Pada hari-hari  akhir Syawal  29 Jun 2019 dua parti terbesar orang melayu bersama-sama mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Adilfitri di Peringkat Parlimen Lipis di Halaman Bangunan UMNO Bahagian Lipis.

Sudah tiba masanya orang Melayu dan Islam membuktikan bahawa pemerintahan Melayu-Islam berkemampuan mengurus Malaysia yang beraneka budaya serta agama, selain memberikan penyelesaian kepada krisis jati diri Melayu-Islam yang kian parah akibat globalisasi dan modenisasi.






Pencetus Penyatuan Ummah



Isnin, 24 Jun 2019

Taklimat Pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG)

Penganjur Majlis PUGBM
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) merupakan skim bantuan oleh pihak kerajaan kepada pekebun-pekebun kecil ketika kejatuhan harga getah. Dalam Bajet 2019 pihak kerajaan telah bersetuju menaikan kadar pengaktifkan IPG dari RM 2.20 kepada RM 2.50 mulai Januari 2019. Di atas pemintaan dan kepentingan masyarakat pekebun-pekebun kecil khususnya kawasan Lipis dan daerah-daerah sekitarnya, pihak Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia(PUGBM) akan mengaturkan satu majlis taklimat berkaitan IPG yang akan disampaikan oleh pihak Lembaga Getah Malaysia(LGM). Kami berharap usaha ini akan memberi manafaat kepada penduduk setempat. Majlis ini di taklimat oleh LGM di rasmi Datuk Seri Shamsul Iskandar Hj, Akil Timbalan Menteri Industri Utama, pada:

Tarikh : 27 Jun 2019

Masa : 2.00 – 5.00 petang

Tempat : Dewan SMK Panglima Garang Abdul Samad Kg. Tanjung Lalang Budu 27310 Lipis Pahang


Sehubungan dengan itu, diharap pekebun-pekebun kecil sekitar hadir untuk mendengar sisi taklimat tersebut.



YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Hj. Mohd Akin
Timbalan Menteri Industri Utama
Berjumpa bertemu penduduk kampung.







Cara pengiraan Insentif Pengeluaran Getah 

300 kg sekrap
RM 0.50 Kadar pengaktifan yang diumum bulan itu
50 peratus Kandungan Getah Kering (KGK) atau (DRC)

> 300 X RM 0.50 = RM 150

> RM 150 X 50/100 = RM 75.00

> IPG 300 kg bersamaan dengan RM 75.00




IPG Januari 2020 diaktifkan RM 0.25 kg

11 Feb 2020 Insentif Pengeluaran Getah (IPG) akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.

Lembaga Getah Malaysia berkata, pada bulan Januari 2020, harga purata peringkat ladang bagi cuplump adalah sebanyak RM2.25 sekilogram di Semenanjung, Sabah (RM 1.95) dan Sarawak (RM 2.05).

Menurutnya, IPG teraktif bagi bulan Januari 2020 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dengan bayaran di Semenanjung RM 0.25 sekilogram, Sabah (RM 0.55) dan Sarawak (RM 0.45).

Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran bulan Januari 2020 mulai 1 hingga 29 Februari 2020




Jumaat, 21 Jun 2019

Anak Lipis harumkan negara


Anugerah Kepimpinan Belia Dunia 2019

Anak jati Pahang kelahiran Kampung Berchang, Kuala Lipis, Hishamuddin Abdul Rahman telah menerima anugerah peringkat antarabangsa sekali gus mengharumkan nama negara pada progra Global Youth Leadership Awards 2019 dekat National Assembly Hall, Kathmandu, Nepal baru-baru ini.

Hishamuddin, 47, telah menerima Anugerah Kepimpinan Belia Dunia 2019 bersama 27 yang lain telah menerima anugerah daripada bekas Perdana Menteri Nepal, Hon Jhala Nath Khanal.

Beliau merupakan Naib Presiden 1 Malaysian Corruption Watch dan kini sedang bertugas sebagai pensyarah akademik di Jabatan Bahasa Inggeris, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. Pahang.

“Program sebegini dilihat berkesan untuk memberi motivasi kepada pelajar luar bandar agar tidak tercicir dan gagal dalam pendidikan seterusnya dapat membantu keluarga keluar daripada kemiskinan,”katanya.

Sumber: Sinar Harian

Rabu, 19 Jun 2019

Rumah Rakit


Pertemuan Sungai Lipis dengan Sungai Jelai
Sejarah rumah rakit Sungai Jelai Kuala .Lipis menberi kenangan nostalgia bahawa kehidupan sekarang bukan lahir dari keadaan yang senang bak kata org tua-tua sakarang Api berpetik, air berpulas, celik mata semua terhidang. Saya salah seorang yang menempuh segala kesusahan dari zaman jepun masuk malaya, darurat, tragedi 13 may, komunis. Bersyukur lah ank muda yang dapat hidup dalam keadaan negara aman damai. 

Saya harap anak muda jangan lupa sejarah.


Rumah Rakit
Inilah Jeti Sungai Jelai tempat persingahan bot-bot orang kampung menbawa hasil dikampung untuk dijual di bandar Lipis. Susahnya orang dulu-dulu  untuk menbesarkan anak dan keluarga.

Di hadapan Jelai Street 

Gambar rakit sungai jelai ini saya ambil dangan phone untuk simpanan bila saya jumpa dalam album kawan. Rakit ini terletak betul-betul depan kedai jelai street, Untuktk pengetahuan Semua Rakit yang ada moto bot itu lah. Rakit Pejabat Dearah dan tanah Lipis untnk urusan dgn orang kampung

Kenangan ini tidak pernah aku lupa...

tangga batu Kuala Lipis
Gambar ini katanya diambil tahun 60an sebelum banjir 1971.  Medan Tangga disinilah lahirnya Pulut Rendang Arwah Tuan Hj Mahmud. Lepas tu turun ke Arwah Hj Malik, lapas tu turun ke Jamil Pulut. Sebab dari Arwah Hj Mahmud lagi Jamil Pulut dah berkerja.

Kredit : Lee Cine

"Aki-aki kita dengan kereta masa tu..."

Penyakit Orang Kita..



Penyakit Orang Kita...!!! - Ustaz Amran Bollywood

Isnin, 17 Jun 2019

Loghat pahang wehhh..."



loghat pahang bukn senang nmpok lewehhh bukan sedey wehhh...moh kite loghat pahang wehhh

Sabtu, 15 Jun 2019

Cabaran dan Potensi Penanam Durian



Sekarang kita lihat di sini sana , riuh rendah bersemangat menanam durian . Kebun getah , kebun sawit , hutan belukar , pakat- pakat di tebang , dibersihkan dan digantikan dengan pokok durian termahal di dunia.

Ada yang lebih berani terus beli tanah berekar ingin berladang Si Musang king dan Si Duri Hitam.

Bagi yang baru berjinak- jinak , beberapa perkara perlu dipertimbangankan sebelum memulakan tanaman durian.

Setiap apa yang kita ingin lakukan mestilah bermula dengan MINAT yang mendalam. Tanpa minat kita akan cepat putus asa akhirnya menemui kegagalan.

Kita juga perlu tahu apakah MATLAMAT kita tanam durian . Untuk komersial ?, cuba- cuba ?, makan sendiri ? keluarga atau sekadar mengisi masa lapang ?

Selain daripada minat yang mendalam dan matlamat , kita perlu mencari ilmu yang betul , cara penanaman , teknik cantuman , mengenal jenis durian yang sesuai ditanam di tanah kebun , pengairan, pembajaan , pemangkasan , pengawalan penyakit dan lain- lain perkara.selain daripada rajin hadir kursus- kursus dianjurkan jabatan atau swasta, mesti juga tidak malu dan rajin bertanya pada mereka yang telah lama serta berjaya dalam penanaman durian.

Sanggup melabur banyak masa , tenaga dan wang kalau nak berladang dan berkebun . Durian klon mana pun Kebanyakannya memang sejenis tanaman yang cerewet banyak sakitnya perlu dipelajari . Terlalu banyak air pun boleh mati , kurang sangat air sudah tentu mati dan bermacam lagi penyakit durian. Macam jugak manusia.

Kita juga tidak boleh kedekut wang untuk beli pelbagai jenis racun serangga, kulat- kulat macam- macam jenis . Boleh rujuk dengan mereka yang arif berkaitan penyakit durian. Juga segala macam perkara berkaitan kesuburan pokok , baja butir, baja air, organic, kesuburan tanah, jika inginkan hasilnya nanti buah lebat bergayutan di dahan dan ranting.

Juga sistem pengairan air, takungan air, beruntung mereka yang ada sungai atau parit di dalam tanah . Jimat sedikit kos.

Begitu juga kos untuk pembinaan pagar perlu diambil kira . Terutama ladang komersial. Saya pernah ke ladang seluas 200 ekar , kos pagar sahaja hampir juta . Susah juga kalau kebun tidak berpagar ... macam-macam haiwan jinak dan liar rajin ziarah ke kebun. Cik Bi -Ck Bi rajin cabut pokok yang di tanam dan merotor tanah yang lapang , habis dipunggah sekali dengan tanaman kita. Kenalah banyak bersabar kena keluar duit lagi beli anak pokok…!!!!

Sedikit perkongsian petang Jumaat.. banyak lagi hal berkaitan durian yang akan dikongsi oleh sahabat- sahabat lain.

#Menanam durian perlu kesabaran yang tinggi , kalau tidak boleh sabar lebih baik tanam pokok lain yang cepat berbuah.

Potensi Eksport Durian

Menurut Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Malaysia menghasilkan 300,000 tan durian setahun yang mana 23 peratus adalah Musang King. Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menunjukkan eksport durian ke China meningkat secara purata sebanyak 35 peratus setiap tahun. Anggaran nilai perdagangan pula sebanyak RM4.5 bilion pada 2017 meningkat RM1 bilion berbanding sedekad lalu.



Lima  Syarikat akan membawa nama harum Durian Malaysia ke negara China


Jalan Sungai Chalit Sungai Ruan Raub Pahang

Hari ini, GACC Negara China telah mengumumkan syarikat-syarikat yang dibenarkan untuk mengeksport durian ke China. Tahniah kepada mereka. Ini satu berita baik untuk Malaysia.

Maka, durian pertama dijangka akan dieksport ke China dalam masa terdekat pada musim durian ini juga!

Syarikat lain masih boleh mendaftar dengan DoA Jabatan Pertanian Malaysia untuk mendapat peluang perniagaan pada masa depan.

Kerajaan ingin mengingatkan syarikat-syarikat ini agar memastikan kualiti durian yang bakal dieksport ke China. Buat masa ini, rakyat China masih belum mengenali durian Malaysia secara meluas. Mereka lebih biasa dengan durian dari Thailand. Maka kita harus memastikan kualiti yang paling baik supaya first impression pembeli adalah yang terbaik dan mereka ada keyakinan berpanjangan terhadap durian Malaysia.

Kedua, syarikat-syarikat ini dinasihatkan untuk mengikuti protokol yang ditetapkan secara serius. Saya yakin yang terpilih ini tahu tentang tanggungjawab yang dipikul untuk membawa nama baik negara dan nama harum durian kita. Saya yakin mereka tidak akan cuba jalan pintas dan cuba menipu. Jikalau berlaku penipuan, Kerajaan tidak akan teragak-agak bertindak ke atas syarikat yang langari protokol. Industri durian adalah jauh lebih penting daripada sesebuah syarikat.

Dengan adanya pasaran China yang besar, saya ucapkan tahniah kepada semua pengusaha durian baik petani, pengilang, logistik dan Semua yang terlibat. Kerajaan menjaka ia akan meningkatkan pendapatan industri ini. Ini sejajar dengan hala tuju Kerajaan Pakatan Harapan yang ingin meningkatkan pendapatan para petani dan golongan luar bandar.

Tak cukup modal kekang usahawan Bumiputera


Raja Buah

KENYATAAN MEDIA

PENGEKSPORTAN SULUNG BUAH DURIAN SEJUK BEKU MALAYSIA KE CHINA

Majlis pada hari ini adalah bertujuan untuk melancarkan pengeksportan sulung buah durian sejuk beku dalam bentuk biji dari Malaysia ke China. Ia merupakan detik yang bersejarah dalam industri pertanian negara.

Protokol pengeksportan durian sejuk beku dalam bentuk biji ini telah ditandatangani pada 20 Ogos 2018 di antara YB Dato' Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dengan Menteri General Administration of Customs People’s Republic of China (GACC), Nie Yuefeng; dengan disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan Perdana Menteri China, Li Keqiang di the Great Hall of The People, Beijing, China.

Susulan itu, pegawai-pegawai kementerian telah meneruskan rundingan untuk memuktamadkan Standard Operating Procedure (SOP) yang ketat termasuk lawatan pemeriksaan oleh GACC di premis dan ladang durian terpilih pada 22 hingga 26 April 2019 yang lalu. Hasilnya, kebenaran untuk mengeksport durian sejuk beku dalam bentuk biji (whole fruit) telah diberikan kepada kumpulan pertama iaitu lima (5) buah syarikat iaitu (i) Exofruits Industry Sdn. Bhd., (ii) JL Food Industries Sdn. Bhd., (iii) PHG Ever Fresh Food (M) Sdn. Bhd., (iv) Top Fruits Sdn. Bhd. dan (v) KAMI Food Services Sdn. Bhd.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) berharap agar lebih banyak syarikat akan mendapat kelulusan mengeksport pada masa yang terdekat ini. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada syarikat yang berminat agar merujuk dan mendaftar dengan Jabatan Pertanian (DOA) bagi memastikan mereka akan turut mendapat peluang untuk mengeksport ke China. Bagi memastikan kelangsungan industri ini dalam jangka masa panjang, pengusaha adalah diminta agar memainkan peranan untuk menjaga nama baik industri durian negara. Ladang-ladang perlu diurus berdasarkan Sistem Amalan Baik Pertanian seperti MyGAP dan keaslian buah-buah yang diekport mesti dijamin tulin.

Usaha Malaysia untuk menembusi pasaran China bagi buah durian telah dimulakan sejak tahun 2007 lagi. Hasil rundingan di antara Kerajaan kedua-dua buah negara, Malaysia akhirnya telah berjaya mengeksport durian sejuk beku dalam bentuk ulas dan pes bermula pada Mei 2011. Nilai eksport pada tahun 2018 dalam bentuk ini adalah RM9.445 juta (235.62 tan metrik)

Dengan pengeksportan sulung buah durian sejuk beku dalam bentuk biji pada hari ini, akan bermulalah satu fenomena baharu di negara China. Kementerian menjangkakan sekurangkurangnya 1,000 tan metrik durian khususnya varieti premium akan menembusi pasaran China pada setiap bulan. Nilaian kepada sumbangan eksport negara dijangka kira-kira RM0.5 billion setahun. Anggaran lebih tepat akan dapat disediakan apabila ianya mula memasuki pasaran China dan respons dari pengguna diperolehi kelak.

Kementerian yakin jumlah pengeluaran akan mencukupi bagi memenuhi pasaran tempatan, pasaran luar negara sedia ada dan yang terbaharu dari pasaran besar China. Susulan daripada bermulanya rundingan dengan pihak China beberapa tahun yang lalu, Kementerian telah menjadikan durian sebagai salah satu industri di bawah Sumber Kekayaan Baharu. Berbagai insiatif dan program telah dilaksanakan seperti penanaman semula dan pemulihan ladang di bawah bimbingan DOA. Pada masa yang sama juga, pembukaan ladang-ladang secara komersial telah giat dimulakan. Hasilnya, jumlah pengeluaran durian telah meningkat kepada 341,000 tan metrik durian pada tahun 2018 berbanding 211,000 tan metrik pada tahun 2017 (peningkatan sebanyak 61.9%) dan dijangka akan terus meningkat pada tahun-tahun akan datang khususnya varieti premier seperti Musang King (D197) dan Black Thorn (D200).

Sebagai salah satu sumber kekayaan baharu negara, industri durian akan memberikan pulangan yang lumayan kepada pengusaha-pengusaha yang sekaligus menjadikan durian sebagai komoditi eksport utama negara pada masa hadapan. Pengusaha juga perlu lebih kreatif dan inovatif untuk mempelbagaikan produk berasaskan durian bagi menghasilkan produk hiliran. Di samping itu, pengusaha digalakkan untuk merebut peluang sempena program Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan menawarkan agropelancongan berasaskan durian iaitu Duriotourism. Selain daripada menikmati durian premium Malaysia di negara masing-masing, mereka juga boleh mendapatkan pengalaman di dusun-dusun durian melalui program Duriotourism yang akan dilancarkan kelak.

Kementerian ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas semua usaha dan komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak baik di pihak Kerajaan kedua-dua buah negara mahupun pemain industri.

YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI 17 JUN 2019

#myDOA #OurFoodOurFuture

YB Dato' Salahuddin Ayub
YB Tuan @SSim Tze Tzin 沈志勤
YBhg Dato' Mohd Sallehhuddin
YBhg Dato' Jamal Harizan
YBhg Dato' Anim Hosnan
YBhg Tuan Haji Mohd Nasir Warris
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Khamis, 13 Jun 2019

Kami Budak Melayu Riau

Daik, Pulau Lingga - Kepulauan Riau

Pulau Pandan Jauh ke tengah.
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikegang juga..." pantun dari Riau

Menjelajah Kepulauan Lingga Usaha hamba ingin memperkenalkan dan memberi matlumat tentang Daik ,Lingga. Bukan hanya kenal pada namanya. Namun kenal pada Adat, Budaya, Kerajaan Melayu - Bugis Johor - Pahang - Riau - Lingga yang terkenal dan luas semasa ketika dahulu.

Semoga diberi manfaat dan menikmati slide ini.

Kredit: Tauhid Muhd



Perjanjian Inggeris Belanda 1824 memecahkan rumpun melayu ini, Pahang di bawah naungan  Kesultanan Johor Riau membebaskan diri de facto  semasa Bendehara Tun Ali dan Johor memerintah sendiri de facto semasa Temenggung Tun Daeng Ibrahim.

Selasa, 11 Jun 2019

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI MAI HEIK SENGOI DUN JELAI

Pada hari ini, saya berkesempatan untuk menziarahi dan beramah mesra bersama masyarakat Orang Asli di Pos Betau.

Turut hadir pada majlis ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri, Dato' Abdul Aziz Mat Kiram, dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, YB Ramli Mohd. Nor serta pemimpin masyarakat setempat.

Penganjuran majlis ini menjadi platform penting bagi meningkat dan merapatkan lagi hubungan antara pemimpin dengan masyarakat Orang Asli di sini.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini. 







Sekadar  Hiburan

Sabtu, 8 Jun 2019

Hari Keluarga Tukang Usop bin Lebih

Hari Keluarga 2019
Bertempat di Dewan Seberguna Kampung Kuala Lambor, Lubuk Kulit keluarga Tukang Usop bin Lebih telah berkumpul pada hari Raya Ke-3, tarikh 7 Jun 2019(jumaat) jam selepas solat jumaat, Majlis ini diadakan buat julung kali dan merupakan acara perintis dan mungkin diadakan pada masa akan datang. Kita sebagai ahli keluarga mengalu-alukan kedatangan dua individu anak kepada Tukang Usop bin Menteri Lebih iaitu Azizah bt Usop dan Samat bin Usop yang masih ada lagi. 

Kehadiran VIP Dato' Fatah bin Abdullah Presiden Angkasa dan Datuk Sofi Wahab Exco Kerajaan Negeri Melaka sekeluarga menyerikan lagi majlis tersebut. Dikesempatan ini juga kami keluarga mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak penganjur, terutama Cu Naseri bin Mat Ali dan Pak Lang Tahir, Pak Lang Mit bersama anak beranak Long Enang yang berusaha gigih menyediakan khemah, kerusi meja, makanan Kambing Bakar dan Nasi Arab. 

Samat Bin Usop

Azizah bt Usob bersama Samat bin Usop

Ringkasan Salasilah



Tukang Usop bin Lebih telah berkahwin dengan Som bt Mandak Yassin(terember Tok Linggi) mendapat anak iaitu Saudah, Zarinah, Melah, Teh, Pesah, Maimunah, Mat, Samad dan berkahwin pula dengan Razmah bt. Kesah mendapat anak Azizah dan Salleh. 

Salahsilah 'Som' dari terember 'Tok Linggi' Relong
Hiburan

Sekadar hiburan di majlis tersebut oleh bapa saudara Mohamad Awang Teh dengan anak-anak saudaranya.

Sabtu, 1 Jun 2019

Ingatan Kenangan Abadi

Pada pertengahan tahun ini, kita dikejutkan dengan pemergian individu-individu ternama yang meninggalkan kita semua, mereka adalah adalah insan-insan hebat yang banyak berjasa pada masyarakat, bangsa dan Negara, Daripada Sultan, Pemimpin Politik, Ulamak, Usahawan terkenal, Professor , Artist, Ahli Sukan, Aktivis Masyarakat hingga kepada Ketua Kampung(tok 4). “Harimau Mati meninggalkan Belang, Manusia mati Meninggalkan Jasa”.

Insan-insan tersebut adalah seperti berikut:

Mior Ahmat Zaudi. 66 Pelakon Mior Ahmat Zaudi berusia 66 tahun menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6 pagi Selasa 1 Jan 2019 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat masalah jantung dan pendarahan dalam otak

Zailaludin bin Zainol .55
YH Dato’ Zailaludin bin Zainol 55 , Setiausaha UMNO Bahagian Cameron Highlands telah kembali ke rahmatulah tengahari ini pada 26 Feb 2019 di Hospital Kajang disebabkan serangan jantung. Beliau merupakan Pegawai Khas MB Pahang. 1964 - 2019

Wafa Abdul Kadir, 53 Pelakon popular 1990-an, Wafa Abdul Kadir, 53, meninggal dunia awal pagi jam 1.10, 17 Mac 2019 di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor kerana penyakit kanser peritoneal.

Tengku Puan Zanariah 79 Bonda tiri Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad mangkat pada jam 8.10 pagi Isnin 18 Mac 2019 pada usia 79 tahun.


Al Fatihah

Mohd Rafi bin Abdullah. 55
Arwah dilahirkan pada 01 Ogos 1964 merupakan Ketua Kampung (Tok 4) Sungai Koyan 1, telah menghembuskan nafas terakhirnya di rumah beliau di No 143 Felda Sungai Koyan 1 pada 29 April 2019 jam 7.00 pagi,

Datuk Seri Abu Hassan Din. 73
Hari ini 1 Mei 2019 kita dikejutkan dengan pemergian pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz, Arwah meninggal dunia di rumahnya apabila rebah selapas selesai menunaikan solat subuh..

Anuar Abu Bakar, 48
Lagenda bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Shah Alam (HSA), 9 malam tadi 6 Mei 2019.

SM Mohamed Idris. 93
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris meninggal dunia di Hospital Gleneagles, Pulau Pinang sebentar tadi jam 4.45 petang 17 Mei 2019.

Al Fatihah

Faziani Rohban Ahmad, 40 Usahawan kosmetik, Faziani Rohban Ahmad, 40, meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand pada 11.00 pagi Sabtu 18 Mei 2019.

Sultan Ahmad Shah mangkat. 89 Sultan Pahang kelima, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada jam 8.50 , 22 Mei 2019.

Tan Sri Dr Khoo Kay Kim. 82
Tokoh sejarawan negara, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini. Beliau berusia 82 tahun meninggal dunia pada 25 Mei 2019 pukul 10.13 pagi…RIP.

Datuk Dahlan Zainuddin, 78
Penyanyi popular era 70-an, Datuk Dahlan Zainuddin, 78, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada 28 Mei 2019 jam 9.48 petang.

Al Fatihah pada yang beragama Islam
Pada yang beragama Islam kita doakan mereka ditempatkan bersama-sama orang yang imam…Amin…”. Kata Imam al-Ghazali, "Yang singkat itu waktu, yang menipu itu dunia, yang dekat itu adalah kematian, yang besar itu adalah hawa nafsu, yang berat itu amanah, yang sulit itu adalah ikhlas, yang mudah itu adalah berbuat dosa, yang susah itu adalah bersabar, yang sering dilupa adalah bersyukur…"

Tinggal Kenangan