Sekarang kita lihat di sini sana , riuh rendah bersemangat menanam durian . Kebun getah , kebun sawit , hutan belukar , pakat- pakat di tebang , dibersihkan dan digantikan dengan pokok durian termahal di dunia.
Ada yang lebih berani terus beli tanah berekar ingin berladang Si Musang king dan Si Duri Hitam.
Bagi yang baru berjinak- jinak , beberapa perkara perlu dipertimbangankan sebelum memulakan tanaman durian.
Setiap apa yang kita ingin lakukan mestilah bermula dengan MINAT yang mendalam. Tanpa minat kita akan cepat putus asa akhirnya menemui kegagalan.
Kita juga perlu tahu apakah MATLAMAT kita tanam durian . Untuk komersial ?, cuba- cuba ?, makan sendiri ? keluarga atau sekadar mengisi masa lapang ?
Selain daripada minat yang mendalam dan matlamat , kita perlu mencari ilmu yang betul , cara penanaman , teknik cantuman , mengenal jenis durian yang sesuai ditanam di tanah kebun , pengairan, pembajaan , pemangkasan , pengawalan penyakit dan lain- lain perkara.selain daripada rajin hadir kursus- kursus dianjurkan jabatan atau swasta, mesti juga tidak malu dan rajin bertanya pada mereka yang telah lama serta berjaya dalam penanaman durian.
Sanggup melabur banyak masa , tenaga dan wang kalau nak berladang dan berkebun . Durian klon mana pun Kebanyakannya memang sejenis tanaman yang cerewet banyak sakitnya perlu dipelajari . Terlalu banyak air pun boleh mati , kurang sangat air sudah tentu mati dan bermacam lagi penyakit durian. Macam jugak manusia.
Kita juga tidak boleh kedekut wang untuk beli pelbagai jenis racun serangga, kulat- kulat macam- macam jenis . Boleh rujuk dengan mereka yang arif berkaitan penyakit durian. Juga segala macam perkara berkaitan kesuburan pokok , baja butir, baja air, organic, kesuburan tanah, jika inginkan hasilnya nanti buah lebat bergayutan di dahan dan ranting.
Juga sistem pengairan air, takungan air, beruntung mereka yang ada sungai atau parit di dalam tanah . Jimat sedikit kos.
Begitu juga kos untuk pembinaan pagar perlu diambil kira . Terutama ladang komersial. Saya pernah ke ladang seluas 200 ekar , kos pagar sahaja hampir juta . Susah juga kalau kebun tidak berpagar ... macam-macam haiwan jinak dan liar rajin ziarah ke kebun. Cik Bi -Ck Bi rajin cabut pokok yang di tanam dan merotor tanah yang lapang , habis dipunggah sekali dengan tanaman kita. Kenalah banyak bersabar kena keluar duit lagi beli anak pokok…!!!!
Sedikit perkongsian petang Jumaat.. banyak lagi hal berkaitan durian yang akan dikongsi oleh sahabat- sahabat lain.
#Menanam durian perlu kesabaran yang tinggi , kalau tidak boleh sabar lebih baik tanam pokok lain yang cepat berbuah.
Potensi Eksport Durian
Menurut Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Malaysia menghasilkan 300,000 tan durian setahun yang mana 23 peratus adalah Musang King. Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menunjukkan eksport durian ke China meningkat secara purata sebanyak 35 peratus setiap tahun. Anggaran nilai perdagangan pula sebanyak RM4.5 bilion pada 2017 meningkat RM1 bilion berbanding sedekad lalu.
Jalan Sungai Chalit Sungai Ruan Raub Pahang |
Maka, durian pertama dijangka akan dieksport ke China dalam masa terdekat pada musim durian ini juga!
Syarikat lain masih boleh mendaftar dengan DoA Jabatan Pertanian Malaysia untuk mendapat peluang perniagaan pada masa depan.
Kerajaan ingin mengingatkan syarikat-syarikat ini agar memastikan kualiti durian yang bakal dieksport ke China. Buat masa ini, rakyat China masih belum mengenali durian Malaysia secara meluas. Mereka lebih biasa dengan durian dari Thailand. Maka kita harus memastikan kualiti yang paling baik supaya first impression pembeli adalah yang terbaik dan mereka ada keyakinan berpanjangan terhadap durian Malaysia.
Kedua, syarikat-syarikat ini dinasihatkan untuk mengikuti protokol yang ditetapkan secara serius. Saya yakin yang terpilih ini tahu tentang tanggungjawab yang dipikul untuk membawa nama baik negara dan nama harum durian kita. Saya yakin mereka tidak akan cuba jalan pintas dan cuba menipu. Jikalau berlaku penipuan, Kerajaan tidak akan teragak-agak bertindak ke atas syarikat yang langari protokol. Industri durian adalah jauh lebih penting daripada sesebuah syarikat.
Dengan adanya pasaran China yang besar, saya ucapkan tahniah kepada semua pengusaha durian baik petani, pengilang, logistik dan Semua yang terlibat. Kerajaan menjaka ia akan meningkatkan pendapatan industri ini. Ini sejajar dengan hala tuju Kerajaan Pakatan Harapan yang ingin meningkatkan pendapatan para petani dan golongan luar bandar.
Tak cukup modal kekang usahawan Bumiputera
Raja Buah |
PENGEKSPORTAN SULUNG BUAH DURIAN SEJUK BEKU MALAYSIA KE
CHINA
Majlis pada hari ini adalah bertujuan untuk melancarkan
pengeksportan sulung buah durian sejuk beku dalam bentuk biji dari Malaysia ke
China. Ia merupakan detik yang bersejarah dalam industri pertanian negara.
Protokol pengeksportan durian sejuk beku dalam bentuk
biji ini telah ditandatangani pada 20 Ogos 2018 di antara YB Dato' Salahuddin
Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dengan Menteri General
Administration of Customs People’s Republic of China (GACC), Nie Yuefeng;
dengan disaksikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad dan Perdana Menteri China, Li Keqiang di the Great Hall of The People,
Beijing, China.
Susulan itu, pegawai-pegawai kementerian telah meneruskan
rundingan untuk memuktamadkan Standard Operating Procedure (SOP) yang ketat
termasuk lawatan pemeriksaan oleh GACC di premis dan ladang durian terpilih
pada 22 hingga 26 April 2019 yang lalu. Hasilnya, kebenaran untuk mengeksport
durian sejuk beku dalam bentuk biji (whole fruit) telah diberikan kepada
kumpulan pertama iaitu lima (5) buah syarikat iaitu (i) Exofruits Industry Sdn.
Bhd., (ii) JL Food Industries Sdn. Bhd., (iii) PHG Ever Fresh Food (M) Sdn.
Bhd., (iv) Top Fruits Sdn. Bhd. dan (v) KAMI Food Services Sdn. Bhd.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)
berharap agar lebih banyak syarikat akan mendapat kelulusan mengeksport pada
masa yang terdekat ini. Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada syarikat
yang berminat agar merujuk dan mendaftar dengan Jabatan Pertanian (DOA) bagi
memastikan mereka akan turut mendapat peluang untuk mengeksport ke China. Bagi
memastikan kelangsungan industri ini dalam jangka masa panjang, pengusaha
adalah diminta agar memainkan peranan untuk menjaga nama baik industri durian
negara. Ladang-ladang perlu diurus berdasarkan Sistem Amalan Baik Pertanian
seperti MyGAP dan keaslian buah-buah yang diekport mesti dijamin tulin.
Usaha Malaysia untuk menembusi pasaran China bagi buah
durian telah dimulakan sejak tahun 2007 lagi. Hasil rundingan di antara
Kerajaan kedua-dua buah negara, Malaysia akhirnya telah berjaya mengeksport
durian sejuk beku dalam bentuk ulas dan pes bermula pada Mei 2011. Nilai
eksport pada tahun 2018 dalam bentuk ini adalah RM9.445 juta (235.62 tan
metrik)
Dengan pengeksportan sulung buah durian sejuk beku dalam
bentuk biji pada hari ini, akan bermulalah satu fenomena baharu di negara
China. Kementerian menjangkakan sekurangkurangnya 1,000 tan metrik durian
khususnya varieti premium akan menembusi pasaran China pada setiap bulan.
Nilaian kepada sumbangan eksport negara dijangka kira-kira RM0.5 billion
setahun. Anggaran lebih tepat akan dapat disediakan apabila ianya mula memasuki
pasaran China dan respons dari pengguna diperolehi kelak.
Kementerian yakin jumlah pengeluaran akan mencukupi bagi
memenuhi pasaran tempatan, pasaran luar negara sedia ada dan yang terbaharu
dari pasaran besar China. Susulan daripada bermulanya rundingan dengan pihak
China beberapa tahun yang lalu, Kementerian telah menjadikan durian sebagai
salah satu industri di bawah Sumber Kekayaan Baharu. Berbagai insiatif dan
program telah dilaksanakan seperti penanaman semula dan pemulihan ladang di
bawah bimbingan DOA. Pada masa yang sama juga, pembukaan ladang-ladang secara
komersial telah giat dimulakan. Hasilnya, jumlah pengeluaran durian telah
meningkat kepada 341,000 tan metrik durian pada tahun 2018 berbanding 211,000
tan metrik pada tahun 2017 (peningkatan sebanyak 61.9%) dan dijangka akan terus
meningkat pada tahun-tahun akan datang khususnya varieti premier seperti Musang
King (D197) dan Black Thorn (D200).
Sebagai salah satu sumber kekayaan baharu negara,
industri durian akan memberikan pulangan yang lumayan kepada
pengusaha-pengusaha yang sekaligus menjadikan durian sebagai komoditi eksport
utama negara pada masa hadapan. Pengusaha juga perlu lebih kreatif dan inovatif
untuk mempelbagaikan produk berasaskan durian bagi menghasilkan produk hiliran.
Di samping itu, pengusaha digalakkan untuk merebut peluang sempena program
Tahun Melawat Malaysia 2020 dengan menawarkan agropelancongan berasaskan durian
iaitu Duriotourism. Selain daripada menikmati durian premium Malaysia di negara
masing-masing, mereka juga boleh mendapatkan pengalaman di dusun-dusun durian
melalui program Duriotourism yang akan dilancarkan kelak.
Kementerian ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
di atas semua usaha dan komitmen yang tinggi daripada pelbagai pihak baik di
pihak Kerajaan kedua-dua buah negara mahupun pemain industri.
YB MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI KEMENTERIAN
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI 17 JUN 2019
#myDOA #OurFoodOurFuture
YB Dato' Salahuddin Ayub
YB Tuan @SSim Tze Tzin 沈志勤
YBhg Dato' Mohd Sallehhuddin
YBhg Dato' Jamal Harizan
YBhg Dato' Anim Hosnan
YBhg Tuan Haji Mohd Nasir Warris
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
Semoga bermanfaat 👍🏻👍🏻
BalasPadam