Halaman

Jumaat, 19 Julai 2019

Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus


Tarikh 20 Julai 3019

Masa : Selepas Maghrib 

Tempat : Masjid Sultan Ahmad Syah Sg, Koyan 

Masjid Sultan Ahmad Syah Sungai Koyan










Selasa, 16 Julai 2019

Arah Kiblat

Arah Kiblat 
Umat Islam di negara ini boleh menyemak dan menentukan semula arah kiblat berikutan fenomena Matahari Istiwa’ A’dzham petang ini jam 5.28 petang waktu Malaysia, matahari akan berada tepat di atas Kaabah

Pada waktu tersebut umat Islam berpeluang melakukan semakan arah kiblat bagi mana-mana ruang solat yang didirikan. Penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan memerhatikan objek tegak seperti tiang, tingkap ataupun pintu rumah yang disinari cahaya matahari dan perhatikan bayang objek tegak terhasil pada jam 5.28 petang, unjuran garisan bayang objek tegak tersebut perlu dibuat menghala ke matahari. Garisan tersebut menunjukkan arah kiblat yang sebenar.

Sabtu, 13 Julai 2019

Festival Durian Antarabangsa 2019

Festival ini merupakan julung kali diadakan yang bermatlamat untuk mempromosikan daerah Raub yang memang sudah terkenal dengan jolokan nama ‘Bandar Durian Musang King’, serta menjadi antara produk pelancongan negeri Pahang.   Majlis ini telah di rasmi oleh

YAB Dato Sei Wan Rosdy Wan Ismail Menteri Besar Pahang

Festival Durian Antarabangsa Raub 2019 menyediakan jamuan durian percuma kepada semua pengunjung. Sebanyak 3 tan durian pelbagai jenis disediakan pada waktu berikut:

Tarikh : 12 Julai  2019 (Jumaat)

Masa : Jam 8.00 - 10.00 Malam

Tempat : Dataran Bandar Raub

Sila hadir bersama keluarga dan rakan-rakan akan. Pelbagai aktiviti menarik lain turut disediakan.

Majlis Perasmian
Di Rasmi oleh Dato Sei Wan Rosdy Wan Ismail 



Jamuan Durian sebanyak 3 ton disediakan


Agihan pada 10.30 malam

Musang King Gred 'A' RM 40 sekilo

Khamis, 11 Julai 2019

Anak Felda

Oleh : Azanisham Samat
  
Dasar Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990 dan perkara pertama yang dimansuhkan oleh Mahathir adalah pembukaan Rancangan Felda dan pengambilan Peneroka Felda yang baru pada 1 Januari 1990...
Rumah Asal peneroka


Tanah-tanah Felda yang belum diterokai diserahkan kepada Felda Plantation untuk diuruskan sebagai sebuah estet besar - bukan lagi dibuka untuk peneroka-peneroka Melayu yang tidak bertanah di kawasan pendalaman.

KAMI anak-anak peneroka Felda yang lahir sebelum 1985 masih ingat bagaimana jerihnya mak ayah kami ketika harga sawit merudum sehinggakan baki pendapatan ayah kami hanya tinggal RM1 setelah tolak caruman, bayaran semula, hutang kantin Felda (D'mart) dan lain-lain...

Chef Wan jangan lupa, dia sendiri pernah menyatakan (kat majalah mana ntah) bahawa ayahnya menerima RM5 sebulan semasa era Mahathir menjadi Perdana Menteri Ke4... - Hari ini dibawah orang yang sama sebagai PM ke 7 - sejarah berulang!

Ramai peneroka meninggalkan Rancangan Felda - balik ke kampung menoreh getah - dan ramai yang berkerja sebagai Jaga (Security Guard) di bandar-bandar...

Mak Ayah aku pun sama - terpaksa balik ke kampung sementara pada tahun 1986 untuk menoreh getah sebab harga getah lebih menguntungkan pada masa tu...

Pengurusan Felda tak benarkan peneroka menjalankan aktiviti lain dalam kawasan ladang felda... Pernah berlaku, polisi pengurusan - tak benarkan peneroka lepaskan lembu dalam ladang - sampaikan peneroka terpaksa bawak balik lembu tambat kat rumah...

INGATLAH KITA ANAK-ANAK FELDA - umur berapa kita dah masuk ladang sawit - kutip buah relai? - Umur berapa kita dah kena meracun ladang, umur berapa kita jinjing baldi membaja setiap pokok menggunakan tempurung?

Ingat tak lagi kita menimba sungai dalam ladang untuk mencari ikan buat lauk hari itu? - lupakah kita akan pucuk-pucuk paku yang kita kutip dalam ladang untuk digoreng oleh emak kita? Sudahkah kita lupa bahawa baju raya kita tahun ini adalah baju raya abang kita tahun lepas? Sudah lupakah kita betapa kusamnya baju sekolah kita ketika itu?

Ketahuilah bahawa Felda bukan ditubuhkan semata-mata untuk memberikan tanah bagi membasmi kemiskinan orang-orang melayu sahaja... Tetapi ada sebab lain yang tak ramai orang sedar...

Felda juga ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan prasarana Pendidikan terbaik untuk orang-orang melayu! - Felda mana takder sekolah? Dari sekolah tadika kemas, sekolah agama rakyat sampailah sekolah menengah dibina di kawasan Felda - nikmat ini turut tempias kepada anak-anak di kampung2 tradisi berhampiran.

Jarak dari rumah aku di Felda ke sekolah rendah cuma sekitar 5 minit berjalan kaki - berbanding berjalan kaki 5km kalau aku bersekolah di kampung ayah aku....

Sekolah Menengah di Felda aku cuma 15 minit berjalan kaki - berbanding terpaksa menunggu keretapi subuh seawal 4 pagi di kampung ayah aku.... Nak ke stesen keretapi pulak dekat 10km.

Sedarlah diri kita (terutamanya untuk Chef Wan) - tanpa Felda, hari ini kita cuma mungkin seorang buruh kerja kampung atau penoreh getah.... Potensi anak-anak melayu diangkat setinggi-tingginya oleh UMNO menerusi Felda....

Semasa awal Kemerdekaan, paras kemiskinan orang Melayu adalah 70% berbanding hanya tinggal 2.2% pada tahun 2012 dan Paras Kemiskinan Tegar hanyalah 0.3%.. Sebelum DEB diperkenalkan hanya terdapat 225 orang profesional Melayu berbanding 42.5% pada tahun 2008...

Apa yang diperlukan oleh BANGSA Melayu, semuanya sudah ditunaikan oleh UMNO, dari sebangsat-bangsat manusia, kita kini sudah berdiri sama tinggi dengan bangsa lain - Andai kata UMNO diharamkan - Jasa UMNO tak mungkin haram dari ingatan!

Rumah Peneroka Sekarang

Ulasan

Tulisan ini telah mendapat 336 perkongsian di Facebook, mendapat pujian daripada pelayar laman sosial tersebut. 

Selasa, 9 Julai 2019

PANDANGAN DOKTOR MENGENAI DURIAN

Sejak seminggu dua ini, di hospital tempat saya bertugas, kami mendapati peningkatan kes-kes jantung (serangan jantung dan tekanan darah tidak terkawal), kencing manis (diabetis ketoacidosis dan paras gula tidak terkawal) yang sangat ketara. Saya sendiri selaku pegawai perubatan nefrologi (buah pinggang) menerima beberapa kes pesakit buah pinggang yang berkomplikasi sehingga ada yang terpaksa dihantar ke hospital besar, bahkan ada yang meninggal dunia. 

"Makcik nak makan durian..dah sembilan tahun sejak dia disahkan menghidapi penyakit buah pinggang, dia tak pernah sentuh durian. Jadi semalam dia minta kat anak dia..makan seulas sahaja.. sedar-sedar pagi ini dah keletihan, sesak nafas, sakit dada." ujar seorang gadis muda, sambil mengurut-urut dada ibunya yang laju.

Pesakit ini datang ke jabatan kecemasan dengan bacaan serum potassium setinggi 7.3. Rentak jantungnya (ECG) menunjukkan sinus arrest, dengan kadar denyutan jantung hanya 32 per minit. Hemodialisis kecemasan dilakukan, hanya menurunkan bacaan serum potassium untuk sementara sahaja sebelum kembali meningkat.

Beliau meninggal dunia akibat kegagalan jantung (cardiogenic shock).

POTASSIUM

Ada banyak jenis mineral dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Kalsium, fosfat, magnesium, potassium, sodium adalah diantaranya. Kesemua galian dan garam mineral ini, dikawal kandungan dan kuantitinya oleh buah pinggang kita. Tidak boleh terlalu kurang, dan tidak boleh terlalu lebih.

Potassium, adalah sejenis bahan galian dan unsur elemen yang penting bagi tubuh manusia. Ia bertanggungjawab ke atas fungsi otot untuk mengecut (contraction). Kekurangan potassium, dipanggil hypokalemia, contohnya disebabkan muntah atau cirit birit yang berterusan boleh menyebabkan seseorang menjadi lemah, sengal dan lenguh seluruh badan, cramping dan muscle ache (myalgia).

Terlebih potassium pula, dipanggil hyperkalemia, boleh membahayakan nyawa kerana ia mengganggu fungsi contraction otot jantung. Hyperkalemia, adalah sebuah medical emergency yang perlu dirawat SEGERA, kerana ia boleh menyebabkan cardiac arrhythmia bahkan asystole.

Bagi orang yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang, khususnya end stage yang bergantung kepada dialisis, mereka ini tidak lagi boleh menghasilkan air kencing. Tubuh badan mereka tidak lagi boleh mengeluarkan bahan-bahan kumuh yang antaranya terdiri daripada garam mineral dan zat yang berlebihan ini. Dalam kes ini, potassium.

Umum mengetahui, bahawa antara makanan yang paling banyak mengandungi potassium, adalah pisang. 100 gram pisang, mengandungi 358 mg potassium. Yang keduanya, adalah sayur bayam (spinach). 100 gram bayam mengandungi 558 mg potassium.

Namun tak ramai yang mengetahui, dua jenis buah-buahan tempatan kita sebenarnya mempunyai kandungan potassium yang tinggi. 100 gram durian mengandungi 436 mg potassium, iaitu lebih tinggi dari pisang. Begitu juga dengan nangka, 100 gram nangka mengandungi 448 mg potassium, lebih tinggi dari keduanya.

Atas sebab itulah, saya menggesa kepada anda yang mengenali sesiapa sahaja sama ada ahli keluarga, jiran mahupun rakan yang menghidapi penyakit kerosakan fungsi buah pinggang, khususnya yang bergantung kepada dialisis, agar BERPANTANG buah-buahan ini. Ia boleh meragut nyawa mereka.

bergantung kepada dialisis

BERPANTANG dalam erti kata mengurangkan atau kalau boleh, berhenti terus pun tak apa. Mungkin sekali sekala hanya dalam kuantiti yang sedikit, bukannya sekaligus. Secara kasarnya, pesakit buah pinggang tetap memerlukan dietary potassium yang mencukupi, iaitu sekitar 1500 ke 2000 mg sehari. Pendek kata jika pesakit mahu makan durian, maka kurangkan makanan high potassium lain seperti yang dinyatakan di atas.

Jangan pula tengahari sudah makan gulai nangka, malamnya hendak menjamah durian pula!

Saya kongsikan di sini, sebuah case study yang berlaku di sebuah hospital di tanah air.

Bahkan sebenarnya, KURMA yang kita selalu makan, mengandungi kandungan potassium yang jauh lebih tinggi. 100 gram kurma mengandungi 656 mg potassium, hampir dua kali ganda pisang.

Cumanya, kita lazimnya jarang mengambil kurma dalam kuantiti yang banyak mencecah 100 gram. Kita biasa makan ketika berbuka puasa dalam jumlah kiraan ganjil sahaja, kerana itu ia jarang memberi kesan kepada kita.

Namun awas, kerana mutakhir ini ada banyak produk yang memproses kurma. Ada yang dijadikan jus yang sudah tentu memekatkan konsentrasi potassium yang ada didalamnya. Ada yang menjadikannya cokelat, ada yang diproses dalam minuman seperti kopi dan sebagainya.

Tapi, kurma kan makanan Nabi? Makanan "sunnah"? Mustahil lah ia boleh bawa keburukan.

"Itula dengar sangat cakap doktor ni, doktor ni semua kan belajar ilmu dari yahudi, sampai tak reti nak bezakan mana sunnah. "

Dalam bidang toksikologi, kita ada sebuah prinsip asas yang dipanggil sola dosis facit venenum, bermaksud "the dose makes the poison."

Kita juga ada dalam bidang farmakologi, sebuah subbidang khas dipanggil farmakokinetik yang mengkaji tentang bagaimana tubuh badan manusia memproses setiap bahan khususnya ubat-ubatan.


Setiap tubuh badan manusia secara individu, mempunyai kapabiliti tersendiri memproses setiap bahan yang ada.

Bagi manusia yang sihat seperti kita, habiskan sebijik durian pun tak apa. Kerana buah pinggang kita sihat, ia boleh mengkumuhkan dan membuang potassium berlebihan.

Tetapi bagi pesakit ESRD, ini tidak boleh bagi mereka. Mereka tidak boleh mengkumuhkan potassium, sebab itulah hatta seulas durian pun boleh membahayakan nyawa mereka.

Begitu juga dengan pesakit ESRD dan kegagalan fungsi jantung. Mereka ini, PANTANG air berlebihan.

Air, benda yang bagus bagi manusia. Bahkan kita digalakkan meminum sehingga 4 litre air sehari.

Tetapi ini, tidak benar bagi pesakit ESRD dan CCF. Mereka ini, hanya dibenarkan meminum sekitar 500ml air sahaja. Sekiranya lebih, air ini tidak dapat dikumuh keluar dan akan berkumpul di kaki sembab, bahkan sehingga ke paru-paru menyebabkan sesak nafas.

Begitu juga contoh seterusnya, nasi untuk pesakit kencing manis. Benar, nasi tu makanan berkhasiat dan berzat. Namun sudah tentulah pesakit kencing manis, tidak boleh mentekedarah nasi seperti orang sihat.

Atas sebab itulah, saya mengambil kesempatan ini menyeru kepada kita semua, agar BERHATI-HATI dengan sesetengah pihak yang bermotifkan keuntungan menjual "bahan-bahan beracun."

Mereka ini mengambil kesempatan atas keterdesakan dan atas nama "ikhtiar" seorang pesakit, serta memanipulasi dan memomokkan dengan ketakutan ke atas "bahan kimia".

Bahkan ada yang sanggup menggunapakai nama agama. Arwah seorang ahli keluarga saya sendiri, antara yang terpedaya, mengamalkan "kopi habbatussauda" kerana terpengaruh dengan dakwaan penjualnya bahawa ia mampu menyembuhkan penyakit darah tinggi yang dihidapinya. Beliau dihasut dengan dakwaan ubat hospital tidak boleh menyembuhkan, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dsb, dan disuruh mengamalkan 'perubatan sunnah' iaitu habbatussauda. Kesudahannya, kombinasi darah tinggi yang tidak terkawal dan faktor pengambilan kaffein yang berterusan, beliau meninggal dunia akibat strok (angin ahmar).

Berhati-hatilah dengan apa sahaja yang dipanggil "natural" kerana apa yang "natural" bagi seorang, mungkin menjadi "pathological" bagi seorang yang lain.

Dapatkan nasihat doktor YANG MERAWAT ANDA, bukannya orang sebarangan, hatta saya sekalipun sering ditanya di FB "bolehkah saya ambil supplemen ini", saya tidak akan menjawabnya kerana saya tidak mempunyai maklumat mengenai kesihatan orang yang bertanya. Saya tidak tahu fungsi buah pinggang anda normal atau tidak, fungsi hati anda ok atau tidak, apa masalah kesihatan yang anda ada.

Akhir kata, orang yang bertanggungjawab atas kesihatan anda, first and foremost adalah diri anda sendiri. Justeru buatlah pilihan yang selamat dan letakkanlah kepercayaan kepada orang yang betul. Kerana in the end, yang akan menanggung kesannya, adalah anda sendiri.

Kredit : khirnor

Isnin, 8 Julai 2019

Cara menanam untuk sejukan pokok

Menyiram pokok adalah perkara paling asas dan sangat penting selepas menanam pokok. Tujuaanya supaya anak benih tidak kering dan mati.

Pokok yang baru tanam 100% bergantung pada AIR sebagai 'makanan' kerana akar tunjang masih pendek dan belum dapat menyerap nutrien pada pokok.

Peniraman pokok perlu dilakukan setiap pagi dan petang kecuali musim hujan bagi membekalkan air pada pokok, terutama anak benih yang BARU DITANAM sehingga pokok berusia 6 bulan keatas.

Ada pelbagai cara untuk dilakukan supaya anak benih tidak mati selepas ditanam seperti memasang sistem pengairan automatik atau Automatic Water Dripping System (AWDS) - sila baca disini lebih lanjut.

Selain itu, pokok perlu di pagar dengan net hitam supaya anak benih tidak layu selepas ditanam serta mengelakkan tanah cepat kering.

Cara lain ialah kaedah mulching atau sungkupan pokok. Daun-daun kering yang diletakkan disekeliling pokok boleh melembabkan tanah serta menyuburkan tanaman.

Bagi membantu mempercepatkan pertumbuhan akar dan pokok, anda boleh cuba kaedah ini iaitu meletakkan batu-batu kecil dalam paip PVC dan lubang tanaman.


Nak siram pun senang kan, air disalurkan terus ke akar, cara ini boleh elakkan pokok kering dan mati terutama musim kemarau.

Caranya, mula-mula buat satu lubang berukuran 1.5 kaki lebar dan 1.5kaki dalam, kemudian masukkan sebatang paip PVC berukuran 2 atau 3 inci, kalau xda paip buluh pun boleh, isikan batu kecil2 atau chipping kedalam lubang dan paip PVC tadi, kalau ada cocopeat / sabut kelapa atau POWERBANK POKOK lagi bagus, ia berfungsi sebagai 'span' yang menyimpan banyak air.

Masukkan benih pokok yang hendak di tanam, tak kira la anak benih pokok musang king ke, bunga dan sebagainya...

Timbus dengan tanah hingga penuh, pastikan tabur dengan baja subur NPK untuk mempercepatkan pertumbuhan pokok. Setiap pagi dan petang siram air melalui lubang paip PVC supaya air mudah mengalir ke bawah, tujuaanya untuk melembabkan tanah kat bawah, sekaligus akar cepat tumbuh.

Teknik ini memang terbukti berkesan bagi mengelakkan pokok mati kekeringan terutamanya musim kemarau. Biasanya jika kita menyiram, kadang-kadang air tak sampai ke bawah akar, ia boleh menyebabkan pokok cepat kering dan mati. Lagi satu ia boleh memberikan pengudaraan yang baik pada akar kat bawah serta memudahkan kita untuk membaja dengan baja cecair.

Kelebihan teknik ini:


1. Elakkan pokok kering ketika musim kemarau

2. Lembabkan tanah dan akar di bahagian bawah pokok

3. Memudahkan untuk letakkan baja cecair

4. Memperbaiki sistem pengudaraan pokok

5. Pempercepatkan pertumbuhan pokok

6. Pokok cepat berbuah dan subur

7. Senang nak menyiram