Halaman

Khamis, 11 Julai 2019

Anak Felda

Oleh : Azanisham Samat
  
Dasar Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990 dan perkara pertama yang dimansuhkan oleh Mahathir adalah pembukaan Rancangan Felda dan pengambilan Peneroka Felda yang baru pada 1 Januari 1990...
Rumah Asal peneroka


Tanah-tanah Felda yang belum diterokai diserahkan kepada Felda Plantation untuk diuruskan sebagai sebuah estet besar - bukan lagi dibuka untuk peneroka-peneroka Melayu yang tidak bertanah di kawasan pendalaman.

KAMI anak-anak peneroka Felda yang lahir sebelum 1985 masih ingat bagaimana jerihnya mak ayah kami ketika harga sawit merudum sehinggakan baki pendapatan ayah kami hanya tinggal RM1 setelah tolak caruman, bayaran semula, hutang kantin Felda (D'mart) dan lain-lain...

Chef Wan jangan lupa, dia sendiri pernah menyatakan (kat majalah mana ntah) bahawa ayahnya menerima RM5 sebulan semasa era Mahathir menjadi Perdana Menteri Ke4... - Hari ini dibawah orang yang sama sebagai PM ke 7 - sejarah berulang!

Ramai peneroka meninggalkan Rancangan Felda - balik ke kampung menoreh getah - dan ramai yang berkerja sebagai Jaga (Security Guard) di bandar-bandar...

Mak Ayah aku pun sama - terpaksa balik ke kampung sementara pada tahun 1986 untuk menoreh getah sebab harga getah lebih menguntungkan pada masa tu...

Pengurusan Felda tak benarkan peneroka menjalankan aktiviti lain dalam kawasan ladang felda... Pernah berlaku, polisi pengurusan - tak benarkan peneroka lepaskan lembu dalam ladang - sampaikan peneroka terpaksa bawak balik lembu tambat kat rumah...

INGATLAH KITA ANAK-ANAK FELDA - umur berapa kita dah masuk ladang sawit - kutip buah relai? - Umur berapa kita dah kena meracun ladang, umur berapa kita jinjing baldi membaja setiap pokok menggunakan tempurung?

Ingat tak lagi kita menimba sungai dalam ladang untuk mencari ikan buat lauk hari itu? - lupakah kita akan pucuk-pucuk paku yang kita kutip dalam ladang untuk digoreng oleh emak kita? Sudahkah kita lupa bahawa baju raya kita tahun ini adalah baju raya abang kita tahun lepas? Sudah lupakah kita betapa kusamnya baju sekolah kita ketika itu?

Ketahuilah bahawa Felda bukan ditubuhkan semata-mata untuk memberikan tanah bagi membasmi kemiskinan orang-orang melayu sahaja... Tetapi ada sebab lain yang tak ramai orang sedar...

Felda juga ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan prasarana Pendidikan terbaik untuk orang-orang melayu! - Felda mana takder sekolah? Dari sekolah tadika kemas, sekolah agama rakyat sampailah sekolah menengah dibina di kawasan Felda - nikmat ini turut tempias kepada anak-anak di kampung2 tradisi berhampiran.

Jarak dari rumah aku di Felda ke sekolah rendah cuma sekitar 5 minit berjalan kaki - berbanding berjalan kaki 5km kalau aku bersekolah di kampung ayah aku....

Sekolah Menengah di Felda aku cuma 15 minit berjalan kaki - berbanding terpaksa menunggu keretapi subuh seawal 4 pagi di kampung ayah aku.... Nak ke stesen keretapi pulak dekat 10km.

Sedarlah diri kita (terutamanya untuk Chef Wan) - tanpa Felda, hari ini kita cuma mungkin seorang buruh kerja kampung atau penoreh getah.... Potensi anak-anak melayu diangkat setinggi-tingginya oleh UMNO menerusi Felda....

Semasa awal Kemerdekaan, paras kemiskinan orang Melayu adalah 70% berbanding hanya tinggal 2.2% pada tahun 2012 dan Paras Kemiskinan Tegar hanyalah 0.3%.. Sebelum DEB diperkenalkan hanya terdapat 225 orang profesional Melayu berbanding 42.5% pada tahun 2008...

Apa yang diperlukan oleh BANGSA Melayu, semuanya sudah ditunaikan oleh UMNO, dari sebangsat-bangsat manusia, kita kini sudah berdiri sama tinggi dengan bangsa lain - Andai kata UMNO diharamkan - Jasa UMNO tak mungkin haram dari ingatan!

Rumah Peneroka Sekarang

Ulasan

Tulisan ini telah mendapat 336 perkongsian di Facebook, mendapat pujian daripada pelayar laman sosial tersebut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan