Halaman

Selasa, 29 Oktober 2019

India nak berhenti membeli sawit kita

Saya tidak pasti samada Kerajaan Pakatan Harapan sedar atau tidak bahawa netizen India sudah memulakan kempen #BoycottMalaysia di media sosial dan saluran YouTube mereka.

Jika isu ini berterusan, tentunya akan terdapat lambakan sawit yang menggunung jika India berhenti membeli sawit kita, sehingga 400 ribu tan sebulan!

Jika itu terjadi, bagaimana kerajaan nak menampung pendapatan 112,000 peneroka Felda di seluruh Malaysia yang kebanyakannya bergantung sepenuhnya pada hasil jualan sawit?

Kehilangan India sebagai pengimport sawit terbesar kita akan memberikan kesan yang dahsyat kepada peneroka Felda.

YAB PM dan Menteri Industri Utama mesti bertanggungjawab!

Mazlan Aliman sembunyi di mana sekarang?





#Dato’ Abdul Rahman Mohamed P079






Catatan dari seorang Guru 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan