|
Pondok Sementara |
Tidak siapa tahu Tentera Darat(TD) telah mengadakan Latihan pada tahun 2002 di kawasan Jelai Lipis disekitar Taman Negara sambil untuk mengesan adakah wujud elemen-elemen subversif di kawasan tersebut. Sekitar tahun 1990an kita mendengar daripada orang kampung terdapat orang yang tidak dikenali masuk ke kawasan taman Negara mencari hasil hutan seperti gaharu atau benda lain yang kita tak tahu. Penduduk kampong yang memasuki kawasan tersebut menjumpai pondok rehat, kelongsor peluru makanan dalam tin, ubat-ubat dari negara jiran yang tidak digunakan oleh penduduk tempatan.
Menyedari kepentingan memerliara khazanah alam sebagai satu peninggalan dan warisan Negara Bn 165 Risik Td dan 21 Gerup Gerak Khas telah ditugaskan oleh TD untuk membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Perhutanan (PERHILTAN) melalui operasi Jelai yang bertanggungjawab mengesan dan menangkap Pendatang Haram Thailand (PHT) yang menceroboh rezab hutan Jelai., Taman Negara Pahang. Sebanyak lapan siri Operasi telah dilancarkan dan tertumpu di kawasan rezab hutan Jelai mulai bulan Mac 2002.
|
PHT di Merapoh |
Pada peringkat awal, operasi ini menumpukan kepada aktiviti latihan ketenteraan di kawasan tersebut di samping memberi perlindungan keselamatan kepada anggota PERHILITAN untuk menjalankan inventori hutan dan hidupan liar.
Hasil daaripada pemantauan yang dilaksanakan, batalion telah Berjaya mengenalpasti laluan masuk serta tanda-tanda pencerobohan yang dipercayai telah berlaku di kawasan operasi. Operasi ini Berjaya membantu PERHILITAN mengekang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mencerobohi taman Negara tersebut.
Rujuk:
Buku Kor Risik Diraja Transformasi dan Keunggulan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan