Kementerian Pertahanan sedang mengkaji semula kadar pencen anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bersara sebelum tahun 2004 bagi memastikan mereka menerima bayaran pencen sewajarnya.
Menterinya, Mohamad Sabu berkata, kajian itu dilakukan selepas kementeriannya mendapati terdapat jurang perbezaan ketara dalam bayaran pencen bagi anggota yang bersara sebelum 2004 dengan anggota yang bersara selepas itu.
Menterinya, Mohamad Sabu berkata, kajian itu dilakukan selepas kementeriannya mendapati terdapat jurang perbezaan ketara dalam bayaran pencen bagi anggota yang bersara sebelum 2004 dengan anggota yang bersara selepas itu.
Veteren ATM |
“Kita akan lihat isu ini bersama Jabatan Perkhidmatan Awam kerana rungutan secara umumnya diterima daripada pesara yang berpangkat tinggi yang mendapat bayaran pencen hampir sama dengan jumlah yang diterima oleh anggota berpangkat rendah yang berpencen selepas itu.
“Pelarasan akan dilakukan lebih kurang dua peratus supaya perbezaan nilai akhir pencen yang mereka terima tidak terlalu ketara," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang ingin tahu usaha Kementerian Pertahanan dalam membela nasib anggota tentera berpencen pada tahun 90-an sehingga 2004.
Mohamad turut memaklumkan Dewan Rakyat bahawa kementeriannya akan berusaha memberi ganjaran berbentuk pencen selain bantuan RM500 secara one-off tahun ini kepada anggota ATM yang bakal menerima Pingat Jasa Malaysia (PGM) pada 3 November ini. - Astro Awani
Borang Permohonan PJM
- Borang permohonan ini HENDAKLAH dikepilkan bersama salinan fotostat Buku Perakuan Perkhidmatan (BAT D 86 / BAT D 92 / BAT D 84 / Pengesahan Perkhidmatan). Potong yg tidak berkenaa,
- Photostat Kad Pesara, My Kad dan gambar terbaru ukuran passport untuk dilekatkan bersama borang permohonan
- Hantar kepada JHEV negeri masing-masing.
Muat Turun
Borang Permohonan Pingat Jasa Malaysia
ELAUN PINGAT JASA MALAYSIA (PJM)
Pembayaran Elaun PJM One-Off akan dibayar kepada Semua Penerima Yang Layak . Cirix Penerima Yang Layak:
1. Penerima PJM yang Ada Sijil .
Pingat PJM |
2. Penerima PJM yang Tiada Sijil .
3. Layak PJM Tapi belum menerima PJM .
Diminta Semua Veteran yang layak PJM untuk hadir ke Pejabat JHEV untuk update data PJM.
Tujuan kemaskini data adalah untuk Pembayaran 'One Off' dan Sijil PJM .
Sijil akan dikeluarkan secara berperingkat bergantung pada kelulusan kewangan.
Keperluan Untuk Kemaskini Data.
Veteran Berpencen
1. Buku merah.
Tidak Berpencen
1. Buku merah
Bonus RM 250 untuk Veteran Tidak Berpencen dan Balu Veteran Tidak Berpencen
Bagi Veteran Tidak Berpencen dan Balu Tidak Berpencen tidak perlu kemaskini data KECUALI:
- GAGAL BHN 2019
- TIDAK MEMOHON BHN 2019
- BHN MASIH BELUM MENDAPAT JAWAPAN
Sila hadir ke Pejabat JHEV untuk update data dan bawa bersama Buku Merah dan Salinan Buku Bank yang aktif.
Balu Veteran Tidak Berpencen
- Buku merah / kuning
- Salinan buku bank yang aktif
- Salinan sijil mati
- Salinan ic suami
- Salinan sijil nikah
- Salinan ic balu
Tarikh tutup Permohonan pada 1 Dis 2019 .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan