Merujuk perkara 43 dan berharap rakyat faham akan kuasa dan bijaksana YDPA.
Rakyat perlu memberi kepercayaan kepada YDPA untuk menyelesaikan kemulut politik yang sedang berlaku sekarang.
Akur pada keputusan Baginda.
Jadi lah rakyat yang mengikuti Rukun Negara.
Istana Negara Merujuk Perkara 43 (2)(a)
*Perkara 43*
Jemaah Menteri.
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.
*(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:
(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan*
(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen,
tetapi jika sesuatu pelantikan dibuat semasa Parlimen terbubar, seseorang yang menjadi ahli Dewan Rakyat yang lepas boleh dilantik tetapi tidak boleh terus memegang jawatan selepas permulaan penggal Parlimen yang berikutnya melainkan, jika dia telah dilantik menjadi Perdana Menteri, dia ialah ahli Dewan Rakyat yang baru itu, dan dalam apa-apa hal lain, dia ialah ahli sama ada bagi Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
(3) Jemaah Menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen.
(4) Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.
(5) Tertakluk kepada Fasal (4), Menteri-Menteri selain Perdana Menteri hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya.
(6) Sebelum seseorang Menteri menjalankan fungsi jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang di-Pertuan Agong sumpah jawatan dan sumpah setia dan juga sumpah simpan rahsia yang dinyatakan dalam Jadual Keenam.
(7) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara ini, seseorang yang menjadi warganegara melalui penaturalisasian atau melalui pendaftaran di bawah Perkara 17 tidak boleh dilantik menjadi Perdana Menteri.
(8) (Dimansuhkan).
(9) Parlimen hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saraan anggota-anggota Jemaah Menteri.
YDP Agong mempunyai kuasa untuk membuat pembubaran Parlimen walau TANPA permohonan dari Perdana Menteri berdasarkan *Perkara 55 (2)*, *Perkara 40 (2B)* & *Perkara 43 (4)* Perlembagaan Persekutuan.
*Rakyat semua perlu tahu bahawa YDP Agong sememangnya mempunyai kuasa pembubaran tanpa nasihat Perdana Menteri.*
Ada kat rumah saya buku ni,n tak pernah buka pun..." Mengandungi semua pindaan hingga 25 April 1993 |
Kepada Pengamal Media
Dalam pada kesibukkan pengamal media mendapatkan berita dan keputusan terkini diluar Istana pihak Istana Negara telah menghidangkan makan KFC pada hari pertama dan pada hari ini mereka bertemu sendiri dengan Yang Dipertuan Agong dan dijamu dengan makanan popular di negeri Pahang iaitu masak tempoyak ikan patin.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Ahmad Fadil Hj Shamsuddin |
01 Mac 2020
Tan Sri Muhyiddin dilantik menjadi Perdana Menteri ke -8. Majlis angkat sumpah akan diadakan di istana negara pada pukul 10 30 pagi.
As reported by Stanford Medical, It is in fact the SINGLE reason this country's women get to live 10 years longer and weigh on average 42 pounds lighter than we do.
BalasPadam(And by the way, it has totally NOTHING to do with genetics or some hard exercise and really, EVERYTHING to do with "HOW" they eat.)
P.S, I said "HOW", and not "what"...
TAP this link to determine if this short test can help you release your real weight loss potential