Halaman

Jumaat, 14 Februari 2020

'Paratrooper' terjun


Cerita dari Lipis Tentera

Lama tak tengok Paratrooper terjun  'freefall'..."


Sambutan Hari Tentera Darat Ke-87
Dari Airstrip Kota Belud Sabah 


Sempena sambutan Hari Darat ke-87

KOTA BELUD, 15 Feb 2020 – Sempena sambutan Hari Tentera Darat Ke-87 tahun 2020, Tentera Darat Malaysia (TDM) telah mengadakan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) sempena Hari Tentera Darat Ke-87 buat julung kalinya di Negeri Sabah bertempat di Lapang Sasar Kota Belud, Kem Paradise, Sabah. Latihan ini bertujuan untuk mempamerkan keupayaan ketumbukan Divisyen Kelima Infantri Malaysia melaksanakan kuasa tembakan.

LKT Tentera Darat pada tahun ini dibahagikan kepada dua segmen iaitu Segmen Dinamik (sistem persenjataan tembakan langsung) dan Segmen Tembakan Tidak Langsung. Segmen Dinamik adalah keupayaan aturgerak kenderaan tempur, aplikasi dan keberkesanan sistem persenjataan Tentera Darat dan impak ke atas sasaran, manakala Segmen Tembakan Tidak Langsung adalah kuasa tembakan mortar dan artileri serta impak ke atas sasaran.

Antara aktiviti semasa pelaksanaan Segmen Dinamik adalah Tembakan Agusta A109 LOH (Gattling Gun), Persenjataan Kompeni (M4, Minimi, M203, GPMG), Persenjataan Bantuan Kompeni (RPG-7, Mortar 60 mm), Tembakan Senjata Batalion (HMG, AGL), Tembakan LIPAN BARA dan BUSHMASTER, Tembakan GEMPITA. Manakala, Segmen Tembakan Tidak Langsung dilaksanakan secara tembakan berkumpulan seperti Meriam 105 mm dan mortar 81 mm.

Secara keseluruhannya, LKT ini telah memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota LLP yang terlibat berkenaan pengaplikasian kuasa tembakan yang efisien merangkumi persenjataan kecil hingga ke senjata berkaliber besar dan mempertingkatkan kompetensi serta melatih anggota untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan dengan cemerlang.

Latihan yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin telah dihadiri lebih 500 pengunjung tempatan dari Kota Belud untuk sama-sama menyaksikan LKT ini. Lebih menarik lagi, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah juga berkesempatan untuk menembak Meriam 105 mm ke arah sasaran.




Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah turut menyempurnakan acara Penyerahan Cokmar menandakan tamat aktiviti persinggahan di Kota Belud kepada Mejar Saidi bin Mokhtar selaku Ketua Konvoi untuk meneruskan perjalanan Konvoi Kumpulan Tempur Tentera Darat ke destinasi terakhir di Kota Kinabalu.

Latihan ini turut dihadiri oleh Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Pesuruhjaya Polis Sabah, YDH CP Dato’ Zaini bin Jass, Panglima 5 Divisyen, Mej Jen Dato' Mohammad Khir bin Abdullah, serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.

Terdahulu, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah hadir ke Airstrip Kota Belud, Kem Paradise, Sabah bagi menyaksikan pertunjukan Payung Terjun dari pasukan 21 Grup Gerak Khas (GGK) dan VAT 69 PDRM yang melakukan penerjunan dari pesawat EC 725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pasukan penerjun bebas ini berkekuatan 1 Pegawai dan 15 anggota yang diketuai oleh Lt Kol Zulkinine bin Yunus, Pegawai Memerintah 11 RGK.

Dalam acara tersebut, pemimpin dan agensi yang hadir juga turut diberi peluang untuk menembak menggunakan senjata Pistol Glock 9mm, M4 Carbine 5.56mm, Minimi 5.56mm, GPMG 7.62mm dan Sniper 7.62 mm. Objektif sesi ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan yang terjalin antara Tentera bersama pemimpin dan agensi.

Sementara itu, aktiviti-aktiviti berbentuk pameran dan demonstrasi turut diadakan di Kem Paradise, Kota Belud bermula 13 hingga 15 Februari 2020. Antara pameran yang dilaksanakan adalah Promosi Kerjaya, Pengambilan Perajurit Muda lelaki dan Pendaftaran Askar Wataniah, Pertunjukkan Payung Terjun, Pameran Ikhtiar Hidup, Pertunjukan Tempur Tanpa Senjata (TTS) Pemeriksaan Kesihatan dan Pergigian percuma, Pameran Senjata Kecil/Bantuan dan Demonstrasi Misi Tembakan Artileri.

Agensi lain yang turut terlibat membuat pameran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Tenaga Kerja, Persatuan Veteran Kota Belud, i-Suri dan PDRM. Pihak PDRM turut membantu menggunakan pesawat Cesna 208 Pasukan Gerakan Udara untuk aktiviti penerjunan bebas. Kerjasama baik antara agensi dengan Tentera Darat jelas terjalin sepanjang pameran ini berlangsung.

Diakhir majlis, media yang hadir diberi peluang untuk menembak dalam acara jatuh piring menggunakan pistol Glock 9mm dan M4 Carbine 5.56mm. Ia secara tidak langsung memberi pendedahan dan pengalaman kepada para media yang hadir. Dalam acara ini, mini pertandingan berkonsepkan liga diadakan iaitu kumpulan media menentang kumpulan Jeneral dan Kolonel.

Kredit FB Tentera Darat

1 ulasan:

  1. Look at the way my partner Wesley Virgin's tale begins with this shocking and controversial VIDEO.

    As a matter of fact, Wesley was in the army-and shortly after leaving-he unveiled hidden, "MIND CONTROL" secrets that the CIA and others used to get whatever they want.

    These are the EXACT same secrets many celebrities (notably those who "became famous out of nothing") and elite business people used to become rich and successful.

    You've heard that you use only 10% of your brain.

    Mostly, that's because the majority of your brainpower is UNCONSCIOUS.

    Maybe that thought has even occurred IN YOUR very own mind... as it did in my good friend Wesley Virgin's mind about 7 years back, while driving an unlicensed, beat-up bucket of a vehicle with a suspended driver's license and with $3 on his banking card.

    "I'm very frustrated with living check to check! When will I get my big break?"

    You took part in those conversations, ain't it right?

    Your very own success story is going to be written. You just need to take a leap of faith in YOURSELF.

    CLICK HERE TO LEARN WESLEY'S SECRETS

    BalasPadam

Ulasan