Halaman

Rabu, 5 Ogos 2020

Program Kembara Eksesais Makmur



KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini selamat berangkat tiba dari puncak Gunung Tahan, setelah menempuh pendakian selama 4 hari di dalam Program Kembara Eksesais Makmur. 
Program kembara ini adalah cetusan ilham Kebawah Duli Pemangku Raja sendiri, untuk menyaksikan dan menghayati keindahan bumi bertuah Pahang Darul Makmur. 

Bersama-sama dengan Kebawah Duli Pemangku Raja di dalam Kembara ini adalah pegawai dan kakitangan Istana Abdulaziz dan pegawai serta anggota Batalion ke-12, Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize).

Sesungguhnya, rodong-rodong Pahang sekaliannya amat berbangga mempunyai seorang Pemangku Raja yang begitu cintakan negeri dan ingin menjelajah setiap inci dan pelusuk bumi bertuah Darul Makmur ini.
Daulat Tuanku.

Kredit: House of Pahang






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan