Halaman

Ahad, 30 Ogos 2020

Tabung COVID-19 dilanjut.

 



Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Dan yang kedua adalah , Tabung COVID-19 yang diurus oleh NADMA juga akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. 

Tabung covid 19 ini adalah pembayaran RM100 sehari sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded).

 Bantuan khas ini hanya akan diberikan sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan Covid-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang. Tarikh tutup untuk bantuan khas ini adalah pada 31 Ogos 2020 , tetapi sekarang telah dilanjutkan sehingga 31 disember 2020. 

Cara mohon bantuan ini adalah muat turn semua document ini , anda boleh download semua document ini kat bawah sini dan hantar ke Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) alamat ini.


link website NADMA



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan