Adakah anda tahu bahawa di zaman ini lebih ramai org memiliki kucing berbanding anjing? Tahukah anda apa misi dan tugas seekor kucing …???
Saya akan merungkai beberapa tips rahsia seekor kucing yang belum anda ketahui...
Semua kucing mempunyai kuasa, secara harian untuk menyingkirkan energi negatif dari tubuh kita.
Sebaik sahaja kita tidur, kucing akan menyerap energi ini. Jika ada lebih ramai orang dalam satu keluarga, dan hanya ada seekor kucing, kucing juga mampu menyerap semua lebihan energy negatif dari semua orang ini...”
Apabila mereka tidur, badan kucing akan melepaskan energi negatif yang telah mereka serap dari kita tadi. Jika kita terlebih stress, kucing akan mengambil lebih masa untuk melepaskan energi ini dan energi negatif ini akan menjadi lemak dalam badan kucing sehingga ia dilepaskan. Kita akan berfikir bahawa mereka gemuk, disebabkan makanan yang kita berikan..!
"Bagus untuk mempunyai lebih dari seeokor kucing di rumah, supaya beban untuk menyerap energi negatif dapat dibahagi sama rata antara mereka."
Kucing juga akan melindungi kita di malam hari, agar tiada mahkluk halus yang tidak diperlukan memasuki rumah semasa kita tidur...
"Sebab itu mereka suka tidur di atas katil dengan kita. Dan jika mereka fikir kita baik-baik sahaja, mereka tidak akan tidur dengan kita di malam itu."
Sekiranya ada sesuatu yang pelik berlaku disekeliling kita, mereka akan terus melompat ke atas katil utk melindungi kita...
Jika ada orang yang berkunjung ke rumah kita, dan kucing merasakan bahawa ada ancaman atau benda buruk, kucing akan mengelilingi kita untuk melindungi kita. Kita harus la berwaspada. Sekiranya mereka berlari mendapatkan orang itu, mencium mereka dan ingin dibelai, kita tahu bahawa boleh berehat.
Jika anda tiada kucing, dan ada kucing jalanan memasuki rumah anda, peliharalah kucing tersebut, kerana anda sesungguhnya memerlukan kucing pada saat itu...
'Hurm, kucing jalanan sedia membantu anda…!. Berterimakasih lah kerana rumah anda telah dipilih oleh sikucing untuk tujuan ini. Jika anda tidak boleh memelihara kucing jalanan tadi, cari la tempat yang sesuai untuk nya.
Kucing biasanya datang kepada kita secara fizikal tanpa sebab-sebab yang diketahui, dan di dalam mimpi kita dapat melihat sebab kenapa kucing itu muncul seketika. Berkemungkinan ada hutang karma yang harus dibayar kembali kepada kita. Mereka mesti melindungi anda.
"Oleh kerana itu jangan takut atau menakutkan kucing." Kerana ia pasti kembali kepada anda untuk memenuhi tanggungjawabnya....kucing menyembuhkan kita."
Kucing adalah makhluk yang comel, kasih mereka kepada kita sangat jujur dan melebihi segalanya, cuma mereka punya cara yang berbeza untuk menzahirkan kasih mereka.
"Mereka adalah sahabat teragung dan terbaik antara semua-semua sahabat..."
*Manusia yang alergi pada kucing secara emosinya adalah gagal untuk mencintai seseorang secara mendalam, kerana mereka sering melindungi perasaan sebenar meraka."
- Translated by : #MyOwnPetShop
- Ctto. Taken from : Maktub
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan