Halaman

Selasa, 17 November 2020

Penyakit luruhan daun Getah (Pestalotiopsis)


Penyakit Luruhan Daun Pestalotiopsis Pada Pokok Getah

Serangan penyakit luruhan daun Pestalotiopsis telah mula dikesan pada November 2017 di Kampung Pancajaya Segamat Johor. Sehingga kini, serangan penyakit ini telah dilaporkan dikesan di semua negeri termasuk juga Indonesia kecuali Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Faktor perebakan penyakit ini adalah disebabkan oleh faktor persekitaran yang sesuai, mudah terkena pokok getah dan virulen kulat Pestalotiopsis tersebut. 

Sebab perebakan Serangan Kulat Pestalotiopsis 
  • Taburan hujan yang tinggi
  • Kelembapkan udara yang tinggi
  • Pembajaan berjadual tidak diamalkan.
  • Pengawalan rumpai tidak teratur.
  • Pengawalan penyakit tidak diamalkan.
  • Pertumbuhan kulat yang optima disebabkan faktor persekitaran yang sesuai.
Kulat ini menjangkiti daun, tangkai, dahan dan buah pokok getah di mana jangkitan serangan lebih tertumpu pada bahagian daun berbanding bahagian yang lain. Serangan yang ringan dan sederhana boleh menyebabkan keguguran daun sehingga 50 peratus. Sementara itu jangkitan parah dan berulang akan menyebabkan keguguran daun getah matang sehingga 90 – 100 peratus

Pengecaman Penyakit Luruhan Daun Pesta/otiopsis

Daun luruh bukan pada waktunya.

Gambarajah di atas adalah simptom yang biasanya kelihatan apabila daun pokok getah matang yang diserang oleh kulat Pestalotiopsis. Simptom serangan pada daun getah adalah dalam pelbagai bentuk dan saiz seperti dalam dalam Gambarajah 2. Kesan serius serangan akan mengakibatkan luruhan daun seperti dalam Gambarajah 3.

Pencegahan peringkat awal jangkitan serangan penyakit daun Pestalotiopsis.

Amalan pertanian yang baik ini adalah disyorkan untuk memastikan tanaman pokok getah dalam keadaan yang kuat dan sihat.

Amalan tersebut ialah:

Pembajaan mengikut jadual

Pembajaan pokok getah mengikut pengesyoran. Kawalan rumpai mengikut pengesyoran.
Kawalan penyakit mengikut pengesyoran. Kawalan makhluk perosak mengikut pengesyoran.

Pengawalan serangan penyakit.

Rawatan bagi serangan penyakit daun ini boleh dilakukan dengan penyemburan racun kulat dengan menggunakan peralatan seperti Gambarajah 4. Penyemburan ini bertujuan untuk mengurangkan dan 

Menghapuskan jangkitan kulat

Pada daun yang baharu. Kajian mendapati racun-racun kulat yang tertera di Jadual di bawah boleh menghalang pertumbuhan dan membunuh kulat Pestalotiopsis. Kadar dan kekerapan penyemburan racun-racun tersebut boleh dirujuk pada Jadual di bawah:


Anggaran kos penyemburan per hektar.

Bagi tujuan pengawalan penyakit luruhan daun Pestaloptiopsis, kebun kecil boleh memilih salah satu dari racun-racun yang disenaraikan dalam Jadual di bawah:

 

Bahan Aktif

Contoh Nama Dagangan

Kepekatan

Pengesoran kadar racun

Kepekatan bahan kimia %

1

Propiconazole

Tilt

25.2

4.0ml/liter

0.10 %

2

Benomyl

Benlate

50.0

4.0 g/liter

0.20%

3

Chlorothalonil

Daconil 2787

50.0

4.0g/liter

0.2%

4

Mancozeb

Dithane M45

80.0

3.2g/liter

0.26%

S

Propineb

Anthracol

70.0

2.0g/liter

0.16%


Bagi kawalan penyakit ini di lapangan, penyemburan perlulah dilakukan pada:

Daun yang gugur di atas tanah dengan menggunakan penyembur galas (knapsack sprayer).
Kanopi daun pada pokok getah dengan menggunakan  penyembur semburan kabus (mist blower sprayer atau Cannon sprayer). Contoh penyembur semburan kabus yang disandang adalah seperti di Video di atas.

Bagi memastikan kawalan yang lebih berkesan, penyemburan racun kulat tidak boleh dilakukan pada waktu hujan lebat dan disyorkan dilakukan pada awal pagi atau lewat petang.



Mengunakan pam racun enjin Stihl..."







2 ulasan:

  1. Saya fikir kalau daun bulan Dis 2020 ni botak, bulan Feb 2021 botak lagi penurun susu getah turn menjunam..."

    BalasPadam
  2. terbaik tuan..sharing is caring, kalau free bole datang ke plot pemerhatian saya di hulu langat, video di atas mudah utk org faham 💪

    BalasPadam

Ulasan