Halaman

Ahad, 13 Disember 2020

Bunga yang sukai kelulut tapi ditakuti oleh babi.

 


Bunga Tunera

Bunga Tunera atau Bunga Pukul Lapan (Turnera ulmifolia L.) yang juga dikenali dengan nama pokok bunga Lidah Kucing (bahasa Jawa) adalah spesies tumbuhan dari keluarga Passifloraceae yang didakwa boleh mengawal serangan babi hutan. Kini terdapat beberapa petani yang telah menanam bunga ini di kawasan strategik untuk elakkan kemasukkan babi hutan dari memasuki kawasan kebun dan merosakkan tanaman.

Diminati oleh lebah/kelulut.

Bunga tunera diminati oleh serangga terutama lebah dan kelulut untuk mendapatkan nektar dan debunga. Tumbuhan ini termasuk dalam tumbuhan yang sesuai ditanam di kawasan penternakan lebah dan kelulut. Seterusnya kalau anda sering memperhatikan ladang-ladang kelapa sawit di sepanjang laluan utama jalan raya di Malaysia, anda akan nampak bunga tunera ini ditanam ditepi jalan-jalan ladang utama ladang kelapa sawit. Ia sengaja ditanam oleh pihak estet kelapa sawit sebagai sumber makanan kepada sejenis ulat yang merosakkan kelapa sawit. 

Tumbuhan ini juga dilaporkan adalah natif dari negara tropika termasuk Mexico, Asia Tenggara dan juga Hindia Barat. Bunga Tunera selalunya ditanam di kawasan sekeliling rumah, ditaman-taman bunga atau kawasan riadah kerana kecantikan warna bunganya yang menarik. Dua jenis bunga tenera yang popular di Malaysia adah jenis Tunera Kuning dan jenis Tunera Putih. Dalam usaha kita hendak mengenali tanaman renek ini sebaiknya kita ingin tahu akan apakah tumbuhan ini, kelebihannya serta kegunaanya.

Cara Penjagaan Pokok Tunera.




Pokok bunga tunera ini merupakan tumbuhan jenis renek yang cepat membesar. Turnera selalunya didapati tumbuh meliar di tempat terbiar terutamanya tepi pantai dan kawasan tanah belukar. Bagaimana pun jika ditanam ia mudah dikenali dengan bentuk bunganya dan juga daunnya. Lazimnya bunga tunera akan mula untuk berkembang lebih kurang pada waktu 8 pagi dan menguncup semula selepas waktu tengah hari dan ia berlaku setiap hari sehingga bunga tersebut matang dan gugur.

Bunga tunera mempunyai sebanyak 5 kelopak bunga yang membentuk satu bulatan yang seni. Bunganya berwarna putih dengan dibahagian tengahnya ada sedikit kuning dan kehitaman (Sila anda lihat foto). Bagaimana pun ada spesies yang berwarna kuning muda dengan warna gelap coklat di bahagian tengah yang juga kontrast apabila dilihat dari jauh.

Jika diteliti mengenai komponen daunnya akan dilihat ia selalunya berbentuk bujur dan tepinya dilihat seakan bergigi. Daun yang berwarna hijau ini mempunyai permukaan helai daun agak licin dan rata.

Kaedah pembiakan bunga ini dilakukan dengan cara keratan batang atau pun keratan dibahagian hujung batang yang diletak dalam air. Kemudian keratan ranting tersebut yang berdaun akan diletak hormon penggalak akar. Seterusnya keratan tersebut perlu diletak dalam media nurseri seperti gunakan medium pasir sungai atau juga tanah.

Di kawasan nurseri ini semestinya bersaliran baik dan sedikit berpasir. Anak benih tunera boleh ditanam dengan jarak tanaman 1m x 1m mengikut kesesuaian kawasan dan tujuan penanaman dimana kawasan menerima sinaran cahaya yang agak banyak.

Pembajaan.

Pengairan awal perlu dilakukan dengan menyiram 2 kali sehari dan diberikan baja dengan kekerapan seminggu sekali bersama dengan baja asas seperti NPK15:15:15 bersama baja organik atau boleh diaplikasikan dengan baja foliar.

Apabila pokok sudah mula membesar sebaiknya dilakukan aktiviti mencantas terutama untuk cantasan pembentukan. Cantasan dilakukan juga terhadap pokok tunera yang terlalu tinggi agar nampak cantik jika ketinggiannya sama.

Cantasan ini dilakukan juga untuk menggalakkan pertumbuhan tunas dan ranting baru. Cantasan akan menggalakkan pokok tunera akan banyak mengeluarkan bunga dan akan membentuk pokok menjadi lebih kemas.

Pokok bunga Tunera Putih

Dapatkan : https://invl.io/clght7z

Kredit : Anim Agro Technology




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan