Halaman

Ahad, 20 Disember 2020

Pokok Tumbang Jalan Bukit Fraser Raub.

Dihempap 😠 pokok tumbang

Kerja-kerja pembersihan

Sebuah kereta yang dalam perjalanan ke arah Bukit Fraser dihempap sebatang pokok yang tumbang di Jalan Tranum-Bukit Fraser di sini hari ini.

Bagaimanapun pemandu kereta berkenaan yang berumur 27 tahun terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Malah mangsa bernasib baik apabila batu besar tidak terjatuh akibat terhalang oleh batang pokok yang tumbang.

Ketua Polis daerah, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan kereta berkenaan berjaya dialihkan pada pukul 10.45 pagi 19 Dis 2020



"Kedua-dua arah jalan terhalang dimana hanya pengguna jalan raya yang mahu ke Bukit Fraser melalui jalan dari Kuala Kubu sahaja yang boleh lalu.

"Bagi pengguna jalan raya yang mahu ke Bukit Fraser atau ke Kuala Kubu dari arah Raub serta yang mahu ke Raub dari Kuala Kubu adalah terhalang,"katanya di sini, hari ini.

Menurutnya pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 8.45 pagi disusuli pihak bomba pada pukul 8.50 pagi.

Sementara itu, Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, ketika tujuh anggota sampai ke tempat kejadian tiada mangsa di dalam kereta berkenaan.

"Pihak bomba tidak memotong pokok berkenaan kerana pokok dan batu dari atas bukit akan jatuh bersama dan operasi diserahkan kepada pihak Roadcare untuk tindakan lanjut,"ujarnya.

Foto:JBPM

Kredit: FB PahangStory



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan