Kerajaan memperuntukan sebanyak RM315 juta (Belanjawan 2021) untuk bina 3,000 unit RMR. Kalau nak tahu, dalam 13 tahun, SPNB berjaya bina 34,709 unit rumah!. Katakan korang layak, admin memang suggest untuk apply. Ni apa patut korang tahu…!
Syarat Permohonan.
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tak lebih dari RM5,000
- Pemohon & pasangan takde rumah sendiri/atau ada rumah usang/tak sempurna
- Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan. Kalau pemohon bukan tuan tanah, kena ada kebenaran
- Keluasan tanah tak kurang daripada 3,600kps (ikut rekabentuk)
- Depends peruntukan kewangan
Apa ciri-ciri program RMR korang kena tahu?
Permohonan online kat laman web SPNB
Permohonan 'On line'
Hanya boleh bina rumah satu tingkat, tiga bilik tidur dan dua bilik air (tak boleh lebih!)
Pihak SPNB akan uruskan & kutip pembayaran pinjaman, korang boleh buat kat kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui sistem JomPay
Dokumen pinjaman dan sekuriti akan diuruskan oleh firma guaman yang berdaftar dengan SPNB
Pelaksanaan projek pulak akan dilakukan oleh Kontraktor G1-G5 yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan merupakan pembekal utama produk
Caj pengurusan pinjaman sebanyak 2%
Kalau pemohon meninggal dunia dan ada insurans; pinjaman akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans. Kalau takde insurans pulak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris akan takeover pembayaran bulanan.
Cuma, pelaksanaan produk ni dijalankan ikut kategori kawasan seperti berikut:
PERKARA |
SEMENANJUNG MALAYSIA |
PULAU @ SEMENANJUNG MALAYSIA |
SABAH/SARAWAK/LABUAN |
Kerluasan rumah (tertakhluk pada reka bentuk) |
1,000kps |
850kps |
750kps |
Kelulusan tanah |
3,600kps |
3,400kps |
3,200kps |
Harga (RM) |
75,000 |
85,000 |
75,000 - 106,500 |
Jumlah pinjaman (RM) |
55,000 |
65,000 |
55,000 - 86,500 |
Jumlah anggaran ansuran bulanan (RM) |
300 |
352 |
300 - 471 |
PERK |
Apa cara untuk mohon RMR?
Permohonan RMR boleh dibuat dengan cara-cara berikut:
Layari laman web Rumah Mesra Rakyat (RMR)
Klik permohonan dan buat permohonan baru. Isi borang pendaftaran dengan lengkap
Kata laluan akan dihantar kat pemohon
Guna LoginID (emel) dan kata laluan yang korang dapat untuk buat permohonan RMR
Isi maklumat ke dalam sistem
Klik ‘Selesai Pendaftaran Borang’ dan ‘Cetak Borang’
Hantar borang sekali dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
Dokumen-dokumen yang perlu majukan :
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua*
- Surat akuan sumpah/surat pengesahan tak milik rumah atau milik rumah usang*
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
- Surat Pengesahan pendapatan/tak milik rumah/milik rumah usang (kena ada pengesahan dari Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A!)
- SPNB berhak untuk request dokumen tambahan (ikut keperluan dari semasa ke semasa)
Kena tahu jugak tanggungjawab korang (pemohon) yang tak diuruskan oleh pihak SPNB
INGAT: SPNB hanya bertanggungjawab dalam proses bina rumah je. Hal-hal lain cam sediakan tapak bina, penyambung api & elektrik tu semua pemohon kena uruskan. Kiranya, SPNB hanya tolong hal construction je - bina rumah ikut spesifikasi yang dah ditetapkan.
Senang paham, ni memang tanggungjawab pemohon sendiri - SPNB tak tahu:
- Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon (yang tak dipersetujui!).
- Isi & lengkapkan borang permohonan
- Sediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan (ikut spesifikasi!)
- Buat penyambungan bekalan utama ke bangunan
- Buat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu)
- Kalau korang perlu maklumat ekstra, boleh ke cawangan SPNB terdekat atau contact di:
Hantar ke alamat: Syarikat Perumahan Negara Berhad, Tingkat 8, Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Call di talian: 03-2618 5555/03-2618 5556 (Talian Am)
Hantarkan aduan ke: aduan@spnb.com.my/603-2681 0170
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan