Tahukah anda bahawa Perumahan Program Rakyat PPR boleh dimohon secar online? Manakala permohonan secara online ini boleh dipohon melalui Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN).
Untuk pengetahuan anda, PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah dan dikendalikan oleh Jabatan Perumahan Negara.
2 Kategori Projek PPR
Terdapat 2 jenis kategori Projek PPR iaitu :
- PPR Disewa : Bertujuan untuk diberi sewa kepada golongan sasaran (golongan yang berpendapatan rendah dan setinggan) pada kadar RM124.00 sebulan
- PPR Dimiliki : Bertujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR dimiliki dijual pada harga RM35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42000 seunit di Sabah dan Sarawak
Ciri-ciri Rumah PPR
Rumah yang dibina menggunakan spesifikasi perancangan dan reka bentuk perumahan kos rendah yang ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa (CIS3:2005)
Jika PPR berada di kawasan bandar-bandar besar :
Jenis rumah bertingkat antara 5 hinhga 18 tingkat
Jika PPR berada di kawasan pinggir bandar : Jenis rumah teres.
Keluasan : Tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
- Binaan - 3 Bilik Tidur , 1 Ruang Tamu, Ruang Dapur, 2 Bilik Air.
- Pihak KPKT juga menyediakan kemudahan asas kepada penghuni seperti :
- Dewan Komuniti / Ruang Orang Ramai
- Surau / Ruang Solat
- Gerai Makan / Ruang Niaga
- Tadika
- Keumdahan OKU
- Taman Permainan / Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
Syarat Permohonan Rumah PPR Disewa & Dimiliki
Berikut adalah syarat untuk memohon rumah PPR Disewa dan Dimiliki :
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 Tahun Ke Atas
- Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan
- Pemohon belum memiliki rumah
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
- Senarai Semak Projek PPR
SENARAI SEMAK PROJEK DIMILIKI PPR
SENARAI SEMAK PROJEK DISEWA PPR
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan melalui SPRN, klik pautan dibawah :
Mohon Rumah PPR
Anda akan mendapat emel untuk verifikasi dan klik pautan yang diberikan.
Login seperti biasa akaun anda
Anda akan lihat paparan seperti dibawah
Pilih YA setelah siap mengisi maklumat anda.
Kemudian anda akan dibawa ke bahagian maklumat projek, dokumen sokongan dan pengesahan.
Klik disini untuk PANDUAN PERMOHONAN RUMAH PPR yang lebih lengkap.
Maklumat Lanjut Mengenai Rumah PPR
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai permohonan rumah PPR , anda boleh klik pautan berikut :
Portal Rasmi : TEDUH
Emel : TEDUH KPKT
Helpdesk : TEDUH ADUAN / MAKLUM BALAS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan