Halaman

Rabu, 10 Mac 2021

Mengerau di Sungai Tembeling



Mengerau ialah menangkap Ikan menggunakan jala dan jermai. Proses mengerau terbahagi kepada berapa bahagian. Pertama menebang pokok bemban atau buluh. Buluh atau bemban dibelah untuk pacak di dasar sungai yang cetek. Proses memacak bemban atau buluh dipanggil mencacar. Mencacar kebiasaannya dibuat di bahagian sungai yang cetek. Pemilihan lokasi yang strategik sangat penting agar aktiviti mengerau atau mengambat ikan ini berjaya.

Mengerau ikan ini memerlukan dua pasukan. Pasukan mengejar atau dan pasukan menangkap. Pasukan menangkap ikan terlebih dahulu pergi ke lokasi untuk menyiapkan kerja di bahagian mereka manakala pasukan mengejar memulakan tugas mereka apabila mendapat lampu hijau dari pasukan menangkap.

Pasukan mengejar terdiri daripada penyelam penyelam dan pemukul air. Penyelam penyelam berada di bahagian hadapan manakala pemukul air berada di belakang. Penyelam dan pemukul air mengempur ikan ikan supaya bergerak menuju ke jermai dan terperangkan di sana.

Pasukan menangkap terdiri dari penjaga jermai dan penjala penjala ikan. Penjaga jermai memastikan ikan yang menerjah jermai ditangkap dan dimatikan. Manakala penebar penebar jala bertindak apabila akan berpatah balik.

Hasil tangkap dibahagi sama rata bagi dewasa dan kanak kanak mendapat lebih sedikit. Tujuan mengerau dibuatkan bagi mengeratkan silaturrahim antara penduduk penduduk kampung. Ia juga dapat merehatkan minda dan mengembalikan mood positif kepada masyarakat setempat.

Acara mengerau akan dijadikan acara tahunan bagi Kampung Bantal pada masa akan datang. Walaubagaimanapun acara ini dikaji dari setiap aspek sebelum penganjuran dijalankan.

Kredit FB : Kampung Bantal Media

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan