Halaman

Jumaat, 26 Mac 2021

Suka duka penghidupan Bekas Angkatan Tentera Malaysia.


Salam Hormat dan Selamat Sejahtera dari saya untuk Saudara saudari bekas anggota tentera (ATM). Saya mengambil kesempatan di atas peluang dan ruang yang ada bagi saya membariskan pandangan dan pendapat saya mengenai keadaan bekas anggota ATM. Dalam membariskan HIDUPAN atau KEHIDUPAN bekas anggota tentera boleh dibahagikan dalam dua keadaan. Keadaan pertama semasa dalam perkhidmatan tentera dan yang kedua selepas tamat perkhidmatan tentera (sebagai seorang awam).

Setiap anggota tentera akan menjalani latihan selama 6 bulan di pusat latihan. Ini setelah seseorang awam melepasi temuduga yang agak satu benda yang mendatangkan ‘shock’ dengan temuduga bertulis, peperiksaan bertulis dan pemeriksaan fizikal dan mental. Ramai yang ditolak kerana tidak mencukupi keupayaan dalam temuduga tersebut. Selepas itu bermulalah seorang awam yang tidak mengenali intipati dan ragam untuk mendapat taraf sebagai seorang amggota tentera yang terlatih.

Kesukaran kepayahan dan keperitan menjalani latihan lazimnya dianggap sebagai seorang yang didera. Perkara ini berlarutan dari hari pertama hingga keakhir tempoh latihan. Usahlah kita pergi jauh dengan cerita-cerita di pusat latihan kerana ini dilakukan pada setiap hari dalam hidup. Hidup sebagai seorang rekrut. Adalah kesukaran yang diterima oleh dua pihak. Pihak pelatih dan jurulatih. Dari seorang awam jurulatih-jurulatih terpaksa membentuk untuk melahir seorang yang telah menjadi seorang anggota tentera. Sezaman dengan saya dalam rekrut pada tahun 1967 pendapatan kami tidak seberapa. Keadaan pertama iaitu menjadi seorang anggota tentera yang terlatih selepas tamat latihan. Disini kami rasai bemula nasibnya seorang anggota tentera. Kita bukan mengharungi satu keadaan corak hidup yang berlainan. Kita menghadapi masa masa yang dijadualkan untuk melaksanakan satu satu tugasan khas. Setiap waktu nilaian dengan panggilan menggunakan bugler (dengan bunyian yang tersendiri). Kita mempelajari untuk memahami setiap panggilan. Ini berlarutan hinggalah hari kita menamatkan perkhidmatan. Hidup sebagai anggota tentera (disini mulanya keadaan pertama) kita melalui hidup sebagai seorang tentera. Soal gaji pendapatan bulanan sebanyak RM135.00 sebulan dibayar dalam 2 fasa. Saudara saudara kiralah berapa pendapatan kita. Setelah kita mula hidup dengan sebagai seorang anggota kita hidup dengan berpakaian tentera sebilang masa. Kesukaran hidup dalam tentera tak dapat disenaraikan hanya Allah dan mereka yang terlibat sahaja yang mengetahui. Adakah bahu kita menjerit, kaki kita melaung, nafas kita kehilangan ditengah jalan, kehausan kita tidak dipedulikan. Ini adalah perkara yang lumrah harian. Banyak lagi kesukaran yang kita alami dariapada segi perkhidmatan iaitu welfare dan pendapatan kita tak seimbang dengan keperluan hidup kita. Seseorang tentera lazimnya berjiwa besar dengan pendapat tak seberapa berkeinginan untuk memperuntukan sebahagian dari gajinya untuk ibubapa dan satu kemestian kepada isteri jika sudah berkahwin. Tatkala itu kenaikan gaji tahunan tidak melebih RM15.00. Bayangkanlah bagaimana kehidupan sebagai seorang prebet (tidak berpangkat-jika berpangkat dipanggil LLP dengan pangkat yang disandang).

Keadaan kedua setelah melalui pelbagai bagai karenah dan kehendak aturan dan peraturan tentera kita telah menjalani satu tempoh perkhidmatan samaada 5 tahun, 7 tahun, 8 tahun, 10 tahun, 12 tahun, 15 tahun dan ke 21 tahun. Seseorang yang sampai tempoh perkhidmatannya mengikut kontrak yang ditandatangani atau yang dimohon akan berakhirlah perkhidmatan seseorang. Umur kemasukan ke perkhidmatan tentera seawal awalnya adalah 18 tahun. Kebiasaannya umur kemasukan adalah diantara 21 ke 23 bahawa seseorang baru merelakan dirinya untuk bersama sama anggota tentera. Dari mula perkhidmatan berapa banyak simpanan wang yang boleh dibuat dalam tempoh 5 tahun. Maka setiap anggota tentera bercita-cita untuk berkahwin. Bagaimana dengan keadaan persiapannya. Bayangkanlah. Perkahwinan satu keperluan dalam hidup dan setiap manusia bercita cita untuk mendirikan rumah tangga walaupun keupayaan dikira tidak mencukupi. Ini terpulang kepada kebijaksanaan pasangan yg mendirikan rumah tangga. Untuk menambahkan pendapatan dalam perkhidmatan tentera cara untuk menaikkan taraf hidup atau pendapatan dengan kenaikkan pangkat. Bermula dari satu tahap kenaikan akan berterusan atas perfomance dan kekosongan yang ada. Di zaman saya tidak dirasai erti kemewahan atau lebihan dalam pusingan pendapatan apa yang telah diperkatakan. Perkara ini berterusan menyebabkan anggota anggota menamatkan perkhidmatan tanpa menunggu tempoh persaraan ia ini setelah 21 tahun perkhidmatan baru berkelayakan menerima pencen.

Setelah bersara disini terletaknya kepahitan, kepayahan dan kejemuan dalam menghadapi kehidupan yang menunggu kecerahanan yang tak tau bila tibanya. Disini anak anggota tentera baru terlibat dengan alam persekolahan. Mereka yang menamatkan perkhidmatan dalam usia yang muda, betugas dalam tempoh 5 tahun terpaksa berusaha dengan cara yang mana sekalipun untuk mendapatkan pekerjaan. Tanpa mengira jaminan pekerjaan untuk membolehkan mereka menampung hidup dengan menggunakan wang ganjaran yang ada dalam simpanan. Ini adalah sebahagian daripada bekas bekas anggota ATM yang memilih pekerjaan makan gaji selebihnya balik ke kerja asal sebagai nelayan, penoreh getah, petani, pengusaha pengusaha kecil dan berbagai bagai pekerjaan yang halal. Hidup mereka yang menamatkan perkhidmatan lazimnya peratusan yang berjaya tidak melebihi 39% yang lain lain menghadapi kehidupan yg tidak memenuhi kejayaan.

Ramai diantara mereka melaungkan ketinggalan dan tersisih dalam usaha mereka untuk mencari pekerjaaan. Bezanya zaman saya hingga ke tahun 90an keadaan berubah. Peningkatan taraf hidup bekas bekas anggota ATM nampak ada kecerahan. Tatkala itu pihak bertanggungjawab terhadap pihak pihak tentera mengerakkan supaya jabatan veteran menjalankan tanggungjawab dan peranannya mengendalikan masalah masalah tentang kebajikan bekas bekas anggota tentera. Usaha usaha ini telah menampakan ada kesungguhan pihak veteran melaksana fungsi dan peranannya dihargai. Setiap orang mengharapkan dihormati dan diucapkan setiap kerja yang mereka jalankan walaupun kerja kerja tersebut dibayar gaji. Kesukaran dan ketinggalan dalam hidup amat dirasai oleh bekas tentera secara realitinya. Mereka terpaksa berhempas pulas melawan dengan arus ekonomi yang tidak menentu dan saban masa harga barang mengetuk pintu rumah tanpa memberi salam. Yang berkebun dan ke laut mengharapkan restu Allah SWT atas usaha dan doa mereka. Ini tidak dapat dielakkan secara nyata, rata rata mereka meminjam kemudahan membeli rumah seawal usianya 30 tahun. Ini bererti merak terus membayar pinjaman perumahan walaupun telah bersara. Ini bagi mereka yang meminjam dengan pihak kerajaan. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak berpencen meminjam membayar pinjaman mereka selepas tamat perkhidmatan. Kehidupan atau penghidupan bekas bekas anggota tentera agak sukar dan kritikal bagi setengah setengah anggota tentera yang mengalami kecacatan sama ada dalam aktif servis dan lain lain lain kecacatan yang dialami secara sementara ataupun kekal. Siapakah yang akan terus membantu mereka dalam menyara hidup sebuah keluarga. Jawapan pada masalah ini Jabatan Veteran mesti mengandakan usaha bagi menjawab semua masalah masalah bekas bekas anggota ATM. Kita tak mahu Veteran hanya bercakap dan tidak bergerak hanya menunggu sebiji buah durian yang tak tahu bila tempoh jatuhnya. Kita mesti harus menyokong Persatuan Bekas Perajurit untuk menaikan taraf hidup mereka ibarat melepaskan tali layang layang tanpa mengikat simpul di pangkalnya. Vateran dan menteri yg terlibat dengannya mesti berusaha sebaik mungkin untuk kesejahteraan bekas bekas perajurit. Veteran harus berterima kasih pada Menteri Pertahanan Kanan yg telah membawa sedikit kejayaan serta kecerahan atas untung nasib bekas bekas anggota tentera.

Pada lazimnya kita berterima kasih bekas bekas tentera walaupun dalam keadaan susah dan daif adalah tetap berpakaian kemas dan berdisiplin. Ini adalah satu satunya kelengkapan dan bahan bahan untuk keperluan pelayaran mereka kehujung tanjung yang begitu jauh. Samada bekalan cukup atau tidak mereka terpaksa berusaha dengan apa cara sekalipun tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan seorang lagi bersifat seorang perwira yang mungkin tidak ada penghargaan atau pengiktirafan sebagai seorang bekas tentera. Doa kami semoga bekas bekas anggota tentera ATM tidak lagi menetap di rumah rumah haram dan meneroka tanah tanah haran kerana ini akan mengecewakan mereka jika diusir oleh pihak berkuasa. Disini akan timbul tomahan dan tuduhan bahawa pihak kerajaan tidak bertanggungjawab atas jasa jasa mereka menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

Doa kami semoga Allah selamatkan bekas bekas tentera dan diletakkan di taraf sifar daif dan miskin pada mereka. Wassalam. Amin. Syukran Ya Allah Syukran Ya Allah Syukran Ya Allah.

Kredit FB Said Mohamed


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan