Halaman

Ahad, 11 April 2021

desamall@Lipis


Alhamdulillah hari ini secara rasminya desamall@Lipis telah saya lancarkan. Pada peringkat awal saya berhasrat untuk mengadakan mini karnival dan menjemput semua usahawan IKS memeriahkan karnival, tetapi memandangkan pandemik Covid-19 masih belum berakhir, maka pelancaran desamall@Lipis terpaksa saya lakukan dalam skala yang kecil dan sederhana.

Besar harapan saya agar produk luar bandar ini mendapat sambutan dan sokongan sebaiknya dari semua pihak. Alhamdulillah setakat ini produk tempatan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan, terutama oleh orang Lipis sendiri, yang sentiasa menyokong produk orang Lepih. Tahniah saya ucapkan.

Jadi hari ini saya ingin memberi cabaran kepada semua kampung khususnya dalam Parlimen Lipis supaya dapat wujudkan “1 produk 1 kampung”. Saya harapkan sekurangnya setiap kampung ada produk tersendiri yg boleh dipasarkan ke peringkat yg lebih tinggi kerana desamall juga mempunyai platform e-dagang yang mana ia akan dipasarkan ke pasaran global melalui shoppe, lazada dan sebagainya.

Saya juga ingin rakamkan setinggi penghargaan terima kasih kpd YB Menteri Dato’ Dr Latiff, KSU Dato’ Dr. Ahmad Jailani, TKSUD Dato’ Che Murad Sayang, seluruh warga EK, dan seluruh warga kerja KPLB yang terlibat.

InsyaAllah semoga semua usaha murni ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Bersama kita doakan supaya produk luar bandar ini terus mendapat sambutan yang baik.

Kalau bukan kita, siapa lagi?

Salam Luar Bandar Sejahtera.

Kredit FB : Abdul Rahman Mohamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan