Halaman

Khamis, 6 Mei 2021

Kerjasama Antara Rakyat & Kerajaan Penting Bagi Membendung Penularan Covid-19

1.  Melihat perkembangan kes jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat, Kerajaan Negeri Pahang berkemungkinan terpaksa melaksanakan peraturan yang lebih ketat bagi membendung penularan wabak ini. 

2.  Dimaklumkan terdapat peningkatan kes sejak dua minggu yang lalu di zon merah, seperti Bentong, Kuantan, Temerloh dan Raub

3.  Pada tarikh 3 Mei 2021, jumlah kes jangkitan adalah sebanyak 354, namun pada 4 Mei 2021 di Daerah Kuantan sahaja jumlah kes terkumpul adalah sebanyak 1,470 kes dengan 143 kes aktif yang datangnya dari 9 kluster berbeza. 

4.  Jumlah saringan yang belum dimuktamadkan adalah sebanyak 647 kes dengan 1,942 orang telah diarahkan untuk dikuarantin di rumah. 

5.  Majlis Keselamatan Negara pula telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Tanah Putih Baru bagi mengekang penularan wabak yang semakin meruncing. 

6.  Bagi Mukim Gali dan Tras, Raub, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkemungkinan akan dikenakan kerana kedua-dua kawasan ini menunjukkan peningkatan kes yang amat ketara. 

7.  Saya memahami pada ketika kita di ambang sambutan Aidilfitri, sudah tentu kita tidak mahu mana-mana perintah sekatan diadakan, namun begitu kita tidak boleh memandang remeh jumlah jangkitan wabak yang secara jelas sedang meningkat dengan drastik. 

8.  Saya menyeru agar anak-anak Pahang sekalian untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dan pihak berkuasa untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab untuk melindungi diri sendiri dan komuniti sekitar agar kadar jangkitan ini dapat diturunkan. 

9.  Kepada penduduk di Daerah Kuantan khususnya, saya amat berharap agar penularan wabak di daerah ini dapat diturunkan secepat mungkin. Kurangkan aktiviti dan acara yang melibatkan orang awam, elakkan sebarang perjalanan keluar masuk dari kawasan Kuantan, patuhi SOP yang telah ditetapkan dan sentiasa menjaga jarak antara satu sama lain. 

10.  Jumlah pengunjung di bazar Ramadan & Aidilfitri juga perlu dikecilkan daripada kapasiti sebelum ini, bagi memastikan kaedah penjarakan sosial dapat dilaksanakan dengan efektif. 

11.  Saya merayu kepada semua anak-anak Pahang agar dapat mematuhi SOP yang telah ditetapkan sekaligus dapat menurunkan kadar jangkitan di negeri ini.

#kitajagakita

Kredit FB Wan Rosdy bin Wan Ismail

1 ulasan:

  1. Do you need personal loan?
    Loan for your home improvements,
    Mortgage loan,
    Debt consolidation loan,
    Commercial loan,
    Education loan,
    Car loan,
    Loan for assets.
    financialserviceoffer876@gmail.com Whatsapp +918929509036

    BalasPadam

Ulasan