Sama-sama kita ambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa ini..walaupun kita sadang menghadapi musim PKP kisah seram ini terjadi di Melaka..ada seaorang pemuda berasal dari Raub, Pahang bekerja sebagai jurujual/salesman kereta, bercinta dengan saorang anak gadis YB Bukit Rambai..malangnya, percintaan ini ditolak oleh keluarga si gadis kerana mamat ni berjawatan salesman kereta..
Suatu malam, mereka merancang untuk lari dari rumah..selepas berjaya melarikan diri, YB ini sedar akan kehilangan anak gadis kesayangannya..lalu membuat laporan polis & viral ke media sosial menyatakan keluarga gadis ini akan menerima teman lelakinya itu jika dia kembali ke pangkuan keluarga..bila mendengar berita itu, gadis tersebut balik ke rumahnya di Bukit Rambai lalu keluarga gadis itu pun menerima pemuda ini dengan seadanya..
Enam bulan kemudian, mereka merancang mengadakan majlis perkahwinan..maka persiapan majis perkahwinan itu berjalan dengan rapi..
Nak dijadikan cerita, semasa mereka ini pergi membeli keperluan perkahwinan di Nilai 3..berlaku kemalangan dimana pemuda itu dilanggar kereta lalu mati dipangkuan gadis tersebut & keesokan harinya pemuda itu pun dikebumikan..kejadian ini amatlah menyedihkan gadis tersebut kerana tinggal tidak beberapa hari sahaja lagi gadis itu akan diijab kabulkan dgn lelaki kesayangannya..pada satu malam, Ibu gadis ini bermimpi, seorang Nenek Tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang buruk akan berlaku..tetapi Ibu ini tidak mengindahkannya, malam berikutnya Ayah nya pula bermimpi yang sama iaitu seorang Nenek Tua minta membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang buruk akan berlaku..akan tetapi, Ayah perempuan tersebut jugak tidak megindahkannya..malam ke tiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti Ayah & Ibu nya lalu diceritakan mimpi tersebut kepada kedua Ibu & Ayah nya..dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju dengan sekuat hati namun darah tetap ada..malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa..seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih-bersih dan jika tidak, malang akan menantinya..bila bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap ada..keesokan harinya, perempuan itu terkejut apabila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu-talu dan munculah nenek tua tersebut maka perempuan itu pengsan..setelah terjaga dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru..perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini..?"
Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit pada kotoran dan tuang bakinya ke dalam cucian dan ia akan hilang..err..yang ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat pasaraya.
saya macam nak terajang je siapa yang reka cerita ni.. punya lah serius baca..aduhhhh.. kawan-kawan jangan marah saya tau..mesti tekun kan kawan-kawan baca nya…?
Maaf Kan Daku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan