PELAKSANAAN PENGURUSAN PERMOHONAN BANTUAN MENGURUS JENAZAH (BMJ) SECARA ATAS TALIAN
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.
2. Sebagai salah satu usaha untuk mengesan kematian Veteran ATM dan waris dengan lebih awal, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM akan melaksanakan pengurusan permohonan BMJ secara atas talian di pautan http://bmj.jhev.gov.my/ berkuat kuasa mulai 2 Februari 2021, Selasa.
3. Melalui kemudahan yang disediakan ini, pemohon yang terdiri daripada Veteran ATM berpencen dan tidak berpencen serta waris-waris mereka boleh melengkapkan borang permohonan secara atas talian di portal BMJ.
4. Selain itu, portal BMJ tersebut membolehkan pemohon untuk menyemak status permohonan dari semasa ke semasa sehingga diluluskan hanya di hujung jari dan di mana-mana mereka berada. Melalui portal ini, permohonan BMJ bagi Veteran ATM dan waris dapat diurus dan diproses oleh JHEV ATM dengan lebih cepat dan sistematik.
5. Kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID 19"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
BPM JHEV ATM
salam singgah dan follow :)
BalasPadam