Halaman

Sabtu, 28 Ogos 2021

Pusara Daerah Lipis

 

Batu Nisan No 1



Hari ini (Jumaat) bertarikh 27.8.2021. Pusara Daerah Lipis menerima penghuninya yang pertama. Batu nisannya bernombor 1. Arwah Wak Boimi Taman Pertama yang berasal dari Johor. 

Pusara Tempoyang sudah tidak menerima jenazah yang bukan anak Tempoyang kerana kawasan yang sangat terhad.  Pusara Daerah ini terletak di tanah Majlis Agama Islam di jalan Padang Tembak.
 
"Kita semua yang masih hidup pasti akan menyusul..."
 
"Semasa hidup banyakkan amal soleh sebagai bekalan untuk hari kemudian..."
 
Pejabat Agama Islam Daerah Lipis mengalukan sumbangan orang ramai bagi membiayai kos pengurusan dan membeli alatan bagi melancarkan operasi Pusara Daerah.
 
Boleh berhubung dengan Pegawai Masjid Daerah Sultan Mahmud Lipis dan Masjid Saidina Ali bin Abi Talib Kampung Tempoyang.
 
Akaun Bank Masjid Sultan Mahmud

Bank Rakyat : 111341000287

CIMB : 8005452791



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan