Alhamdulillah, hari ini Lipis berbesar hati menerima kunjungan Lawatan Kerja oleh YB Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia.
Bermula jam 9 pagi, YB Menteri Kewangan bersama rombongan melawat Tapak Perumahan Projek Generasi Belia FELDA di Sg Koyan 2 bagi meneruskan projek perumahan di sini.
Seterusnya mendengar taklimat mengenai Projek Pembangunan Kolej Komuniti Jelai di Tanjung Gahai yang sedang melalui proses bagi mendapatkan kelulusan projek di bawah RMK-12.
YB Menteri Kewangan juga sempat melawat dan membuat tinjauan di Riverfront Sg Jelai bagi sesi walkabout, yang mana kawasan ini akan dibangunkan sebagai salah satu lokasi pelancongan baharu di Lipis serta menjadi kan Lipis sebagai salah satu Bandar Warisan.
Setibanya di Pejabat Tanah Daerah Lipis, satu sesi taklimat diadakan membincangkan mengenai strategi Projek Berimpak Tinggi di Pahang Barat (berkait dengan agromakanan, pelancongan dan kepentingan rangkaian CSR).
Terima kasih diucapkan kepada YB Menteri Kewangan, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Timbalan Menteri Kewangan, YB Shahar Abdullah dan semua pihak serta agensi yang terlibat dalam usaha membangunkan Daerah Lipis sekaligus dapat memberi nilai tambah dan mampu menjana sumber pendapatan kepada Masyarakat Lipis sendiri.
Semoga usaha ini dipermudahkan dan mampu dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih
Kredit FB : Dato' Seri Abdul Rahman Mohamad
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan