Halaman

Ahad, 7 November 2021

Kalkulator Faraid

 



Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda :

“Wahai Abu Hurairah Belajarlah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia kerana kerana sesungguhnya ia separuh dari ilmu, dan yang akan dilupai (manusia) serta yang pertama akan diangkat dari umatku”

(Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah, ad-Daruqutni, al-Hakim, al-Baihaqi, at-Tabrani)

Ibnu Mas’ud r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda (berpesan) kepadaku :

“Ibnu Mas’ud r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda (berpesan) kepadaku : “ Tuntutlah ilmu dan ajarkanlah kepada manusia, serta belajarlah ilmu Faraidh dan ajarkanlah kepada manusia, juga belajarlah al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia kerana sesungguhnya nyawaku akan dicabut (oleh Allah S.W.T), dan sesungguhnya ilmu ini juga akan ditarik (dari dada manusia oleh Allah S.W.T), dan akan berlaku fitnah, sehinggakan terdapat dua orang manusia bertelingkah mengenai harta pusaka, tetapi mereka tidak temui sesiapa yang dapat menyelesaikan pertelingkahan mereka”

(Hadis ini diriwayatkan oleh ad-Darimi, al-Baihaqi serta al-Hakim dengan versi lafaz yang berbeza.)

Daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda :

“Ilmu itu ada tiga jenis selain dari tiga perkara tadi maka ianya adalah kelebihan (penambahbaikan): Ayat-ayat al-Quran yang jelas (hukumnya) atau sunnah yang didirikan (sebagai hukum), atau pembahagian faraid (pusaka) yang adil,”

(Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Majah, al-Baihaqi, al-Hakim dan ad-Daruqutni dan Abu Daud.)

Cara pengiraan :https://pewarisan.com/kalkulator-faraid/



Cara mengira Pecahan Bahagian Tanah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan