Halaman

Rabu, 6 April 2022

Pengeluaran Khas KWSP Dikredit Mulai 20 April Ini

 


Sejak 1 April lalu, ahli yang mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk membuat pengeluaran khas, sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri sebelum ini.

Pengeluaran melalui portal khas KWSP itu boleh dibuat sehingga 30 April depan, dimana ahli bawah umur 55 tahun yang memohon akan menerima bayaran secara one-off bermula 20 April.

Pembayaran akan dikredit ke dalam akaun bank simpanan atau semasa dengan ahli perlu memastikan akaun bank mereka masih aktif dan di bawah nama sendiri.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan pengeluaran khas KWSP pada 13 Mac lalu, bertujuan membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik bagi memenuhi keperluan mendesak ketika ini.

KWSP juga mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa hadapan dan hanya membuat pengeluaran ini jika benar-benar perlu.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan