Halaman

Ahad, 23 Oktober 2022

Mentafsir Statistik Daftar Pemilih PRU15


SPR telahpun mengeluarkan bilangan pengundi mengikut kategori umur seperti yang dilampirkan. Bagaimana untuk kita 'membaca' dan menganalisa data ini dari sudut statistik dan digunakan bagi merencanakan kempen PRU15.

Dalam PRU15 bilangan daftar pengundi yang layak dan dikemaskini terbaru ialah 21,173,637 orang.
Bagi peringkat Negeri, Parlimen dan DUN juga harus memperhalusi data yang disediakan oleh SPR. Dijangka ia lebih lengkap kerana dalam setiap DUN juga ada Pusat Daerah Mengundi (PDM)  masing-masing yang lebih dekat dengan pengundi.

Data SPR peringkat Nasional mengkategorikan seperti berikut:

Umur 18 - 29 tahun: 6,007,978 orang, 28.37 peratus
Umur 30 - 39 tahun: 4,681,348 orang, 22.11peratus
Umur 40 - 49 tahun: 3,645,248 orang, 17.22 peratus
Umur 50 - 59 tahun: 3,027,498 orang, 14.30 peratus
Umur 60 - 69 tahun: 2,277,070 orang, 10.75 peratus
Umur 70 - 79 tahun: 1,093,951 orang, 5.17 peratus
Umur 80 - 89 tahun: 353,631 orang, 1.67 peratus
Umur 90 - ke atas: 86,914 orang, 0.41 peratus

Bagi umur 18 - 29 tahun adalah golongan majoriti melebihi suku daripada daftar pemilih iaitu 28.37peratus  Jika dibuat prorata bilangan yang pertama kali mengundi ialah 2,730,899 orang atau mewakili 45% dari kategori ini.

  
Daripada bilangan ini dianggarkan mereka yang baru keluar SPM dallm 2-3 tahun dan baru terdedah dengan politik dan selalu istilahkan sebagai UNDI 18 ialah sekitar 1,638,539 orang.

Jika dibahagikan kepada 222 kawasan parlimen secara prorata, bilangan mereka ialah sekitar 7380 orang sahaja.  Paling tinggi ialah 10,000 orang dan paling rendah 5,000 orang sahaja.
Kalau dlm satu kawasan parlimen yang terdapat 3 DUN, maka pertambahan UNDI 18 hanyalah sekitar 2,500 - 3,000 orang sahaja.

Kalau terdapat 75 peratus kadar keluar mengundi maka pertambahan dalam peti undi ialah sekitar 2,000 undi. Dikatakan pertandingan 3 penjuru pula, setiap parti mungkin akn bertambah sekitar 650 orang bagi SATU DUN.

Berdasarkan angka statistik dan matematik yang saya lakukan terhadap PRK Cameron Highland, PRK Tanjung Piai dan PRN Melaka dan Johor berasaskan model matematik dan statistik, perkiraan saya tidak jauh dari keputusan sebenar SPR.
 
Oleh itu ramai yang bertanya bagaimana arah pengundian atau pola pengundian UNDI 18, bagi saya ia bukanlah satu angka yang signifikan. Malah ia lebih terarah kepada corak pengundian ibu-bapa. Mereka masih belum mempunyai arah yang jelas.

Bagi kategori umur 18 - 29 tahun ini kita harus memberikan penekanan kepada mereka yang pernah mengundi SEKALI di PRU14 dahulu.

Mereka inilah golongan yang ketika itu baru mula berkerja atau baru keluar dari institusi pengajian tinggi. Tiba-tiba mereka dikejutkan dgn janji PTPTN tak perlu bayar balik. Peluang sejuta pekerjaan disediakan. Anak-anak dari bandar balik ke kampung memberitahu kepada ibu-bapa bahawa hutang Felda dihapuskan 50 peratus..

Jadi golongan ini mempunyai persepsi yang berbagai. Melihat realiti janji populis tetapi tidak ditunaikan. Ia akan dibandingkan dalam kempen PRU15 nanti.

Jika mana-mana parti politik dapat menguasai minda dan memberikan arahan yang betul kepada golongan ini, pasti undi yang besar akan diperolehi. Bagi kategori umur 30 - 39, 40 - 49 dan 50 - 59 adalah 'core people' yang menentukan kemenangan bagi seseorang calon sama ada DUN atau parlimen.

Segmen kategori ini adalah mereka yang telah melalui beberapa kali PRU dan hidup dalam beberapa bentuk kerajaan. Dapat menilai buruk-baik sesebuah parti politik. Bagi kategori 60 - 69 adalah pelengkap undi dan mereka adalah warga emas yang prihatin. Jadi undi mereka adalah emas jika keputusan sangat kritikal.

Kategori umur 70 ke atas dari segi bilangan tidaklah signifikan. Namun kita jangan lupa terdapat seorang calon dan pengundi yang berumur 97 tahun. Beliau adalah salah seorang daripada kategori umur 90 ke atas yang berjumlah 86,914 itu.


Kredit FB Megat Hisemudin Megat Kasim

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan