Halaman

Isnin, 29 Mei 2023

Mengapa Kucing Mencakar Perabot dan Sofa



Bayangkan anda baru sahaja memasang perabot dan sofa baru,  tiba-tiba pada keesokan paginya, ia sudah penuh dengan tanda cakaran si comel ini! Anda rasa nak marah, tapi kena sabar! Tengok mata si comel memandang anda, tak sampai hati nak membebel pula. Jangan bimbang, jika anda tidak mahu perkara ini berulang kembali, Oyen kongsikan beberapa tips elak kucing cakar sofa dan perabot di rumah.

Jom kita bermula..!

Kenapa kucing mencakar?
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapakah si comel ini begitu gemar untuk mencakar perabot dan sofa yang baru? Jom kita lihat beberapa sebab mengapa kucing sebenarnya mencakar:

Melakukan regangan otot. Dengan mencakar, kucing boleh membuat regangan pada otot mereka
Menanda kawasan mereka. Di tapak kaki kucing, ada kelenjar bau tersendiri yang meninggalkan bau mereka pada kawasan tersebut. Jadi, jangan terkejut jika semua benda baru yang anda beli akan menjadi mangsa cakaran mereka.

Mengekalkan kesihatan kuku. Dengan mencakar, ia akan menanggalkan lapisan kuku lama mereka
Menghilangkan stress. Mencakar juga merupakan salah satu cara kucing melepaskan perasaan dan tekanan mereka.

Tips elak kucing cakar sofa dan perabot
Ayuh kita lihat beberapa tips dan cara yang boleh dicuba untuk elakkan kucing ini mencakar perabot kesayangan anda lagi:

Sediakan tempat mencakar khas buat mereka
Jika anda tidak mahu sofa dan perabot anda menjadi mangsa, sediakan tempat mencakar khas buat mereka. Bagi cara ini, anda boleh membeli scratching post (tiang mencakar) atau scratching toys bagi kucing anda.

Tips membeli tempat mencakar kucing (scratching post)
Pastikan tempat mencakar kucing cukup tinggi untuk kucing meregangkan otot dan badan mereka (sekurang-kurangnya 31 inci)

Pastikan tempat mencakar ini kukuh dan tidak bergoyang dengan mudah. Jika tiang mencakar yang dibeli ini mudah jatuh, ia boleh jatuh menghempap kucing anda pula

Pilih tempat mencakar dengan jenis kain sisal atau sisal fabric. Ia lebih tahan lama  dan selesa bagi kucing mencakar

Sediakan tempat mencakar dalam bentuk melintang atau menegak. Ia memberikan lebih banyak pilihan bagi kucing untuk 

Tips Oyen: 

Jika anda masih belum mempunyai bajet untuk membeli tempat mencakar khas, gunakan tiang rumah yang berdekatan dengan ruang tamu sahaja. Anda boleh DIY dengan hanya membalut tiang rumah ini  dengan sisal rope dan anda sudah ada tempat mencakar untuk si kucing.

Letak tempat mencakar kucing di tempat yang betul
Seterusnya, apabila anda telah memilih tempat mencakar kucing yang sesuai, jangan  lupa untuk meletakkannya di tempat yang sesuai. Jika tidak kena lokasi yang diletakkan, tidak mustahil kejadian perabot dan sofa dicakar akan berulang kembali.

Berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh cuba bagi memilih lokasi yang sesuai:

Letakkan di lokasi mereka sering bermain dan berehat seperti di ruang tamu dan juga berdekatan dengan tingkap

Kucing suka mencakar selepas bangun daripada tidur, jadi anda boleh letakkan satu tempat mencakar kucing di tempat mereka sering tidur

Kenalpasti sofa dan perabot mana yang menjadi mangsa cakaran mereka. Sediakan satu tempat mencakar berdekatan dengan kawasan ini.

Galakkan kucing untuk menggunakan  tempat mencakar yang disediakan
Pada mulanya, mungkin agak sukar untuk melatih dan menggalakkan kucing anda menggunakan tempat mencakar ini. Namun, ada beberapa tips yang anda boleh cuba:

Bermain bersama mereka berdekatan dengan tempat mencakar 
Letakkan catnip untuk menggalakkan mereka bermain dan tertarik kepada tempat mencakar tersebut
Setiap kali kucing anda berjaya menggunakan tempat mencakar ini, berikan mereka ganjaran snek dan pujian. Ini akan menggalakkan mereka membiasakan diri dengan tempat mencakar kucing ini.

Pada peringkat awal, anda mungkin perlu bereksperimen dengan pelbagai rekaan tempat mencakar untuk mengetahui mana satu yang menjadi pilihan kucing kesayangan ini.

Jadikan sofa dan perabot sukar untuk dicakar oleh kucing
Pasti anda tertanya-tanya bagaimana untuk menjadikan tempat ini sukar dicakar oleh kucing.Jika dahulu sofa dan perabot ini selesa untuk dicakar, kali ini gunakan cara yang sedikit kreatif tetapi masih tidak berbahaya.

Balut kain yang tebal pada sofa atau kawasan perabot yang sering menjadi sasaran cakaran kucing
Balut sofa atau perabot dengan menggunakan aluminium foil atau pelekat double sided
Semburkan pewangi yang berunsurkan sitrus seperti lemon dan oren. Kucing dikatakan tidak gemar akan bau ini dan boleh menghalau mereka

Sentiasa jaga kesihatan dan potong kuku kucing anda
Selain itu, anda juga perlu menjaga kesihatan dan memotong kuku kucing secara berkala. Bukan sahaja akan mengurangkan kesan  ‘kemusnahan’ akibat dicakar, kuku kucing yang dipotong secara berkala boleh mengelakkan jangkitan akibat kuku yang terlalu panjang.

Selain itu, memotong kucing secara berkala juga akan mengurangkan tragedi di mana kuku kucing ini boleh terlekat dan tercabut apabila mencakar. Pastinya sebagai pemilik kucing, anda pernah mengalami situasi di mana kucing anda mengiau meminta tolong kerana kukunya terlekat di sofa atau perabot.

Gunakan vinyl guard atau furniture protector pada perabot dan sofa
Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh menggunakan vinyl guard atau furniture protector pada kucing anda. Ia boleh memastikan sofa dan perabot berada dalam keadaan baik sementara menunggu kucing anda membiasakan diri dengan tempat mencakar mereka.

Antara contoh produk bagi perabot dan sofa yang boleh digunakan:

Cuba hilangkan bau di kawasan yang sering dicakar
Apabila kucing mencakar di sesuatu kawasan, mereka akan kembali mencakar kerana bau yang ditinggalkan oleh mereka untuk menanda kawasan. 

Bagi cara ini, anda boleh cuba untuk menghilangkan bau mereka pada tempat yang sering dicakar dengan cuba membersihkan perabot atau sofa yang sering menjadi mangsa cakaran.

Bawa jumpa ke veterinar sekiranya perkara sama berulang
Katakan anda telah mencuba pelbagai cara yang Oyen cadangkan, namun masih tidak berjaya. Jika perkara ini masih berulang dengan semua langkah yang dilakukan ada baiknya anda bawa kucing untuk berjumpa dengan pihak veterinar.

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, mencakar merupakan salah satu cara untuk kucing melepaskan tekanan mereka, dan tidak mustahil kucing mencakar sekiranya mereka berada dalam keadaan sakit, tertekan atau mempunyai masalah kesihatan.

Dalam keadaan ini, bawa kucing anda ke pihak veterinar untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut.

Mengapa rakyat Malaysia memilih Oyen? di sini.

Kesimpulan
Bukan sahaja perabot atau sofa yang perlu dilindungi, namun kesihatan kucing sebenarnya merupakan perkara yang paling penting untuk dilindungi!

Dengan mendapatkan Oyen Pet Insurance, ia akan melindungi segala kos rawatan, surgeri dan segala cedera kemalangan sehingga RM8,000. 

Anda sudah tidak perlu lagi bimbang memikirkan kos rawatan yang perlu dihabiskan bagi si comel ini. Semak kelayakan di sini.




 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulasan