Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 akan dimasukkan (dikreditkan) terus ke dalam akaun bank penerima sedia ada atau membuat tuntutan tunai di cawangan BSN bagi penerima yang tiada akaun bank setelah Permohonan baru, Kemaskini Maklumat atau Permohonan Rayuan masing-masing telah disahkan berjaya.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Menggantikan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan skim bantuan bersasar yang menggantikan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).STR dilaksanakan dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik bermula Januari 2023. Sama seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebelumnya, pembayaran Duit STR 2023 turut akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai jumlah kadar keseluruhan berdasarkan kategori pendapatan bulanan Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Fokus Jadual Tarikh Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023
Kementerian Kewangan Malaysia menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan mengeluarkan Jadual Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2023 sebagai rujukan penerima.
Maklumat Pemohon Baru Dan Penerima Sedia Akan Melalui Proses Semakan
Maklumat permohonan STR 2023 yang baharu, mahupun kemaskini maklumat penerima sedia ada akan melalui proses verifikasi yang dilakukan secara menyeluruh dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mengenal pasti pendapatan bulanan terkini pemohon baru dan penerima sedia ada.
Jumlah Bayaran Keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Yang Akan Diterima
Berikut adalah perincian Jumlah Bayaran keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah yang akan diterima mengikut Kategori, Pendapatan dan Bilangan Anak penerima.
Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Penerima kategori Isi Rumah (Miskin Tegar) juga akan menerima bantuan tambahan STR 2023 iaitu sebanyak RM600 keseluruhan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk pembelian barangan makanan asas. Pembayaran akan dibuat mengikut fasa. RM100 bagi setiap fasa bayaran dalam tempoh 6 bulan. Miskin Tegar bermaksud isi rumah yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih (ICU JPM).
Cara Dan Kaedah Pembayaran Kepada Penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Pembayaran STR 2023 akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing. Bagi penerima baharu STR 2023 yang masih tidak mempunyai akaun bank ataupun tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan, perlu membuat tuntutan pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Agensi Terlibat Dengan Semakan Data Antara agensi-agensi yang terlibat dengan semakan data Sumbangan Tunai Rahmah adalah seperti berikut.
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP)
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Objektif Proses Verifikasi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Proses semakan maklumat terkini permohonan baru dan penerima sedia ada yang dijalankan oleh LHDN ini adalah bertujuan bagi memastikan Skim Sumbangan Tunai Rahmah disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak menerima.
Semakan Status Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2023
Status pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak menerusi Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di pautan dalam ruangan di bawah.
https://bantuantunai.hasil.gov.my
Maklumat lanjut cara membuat semakan status pembayaran STR dan panduan pengguna turut dinyatakan di dalam portal berkenaan ataupun klik pada judul pautan (link) lampiran yang disertakan di bawah.
Pautan [Link] Lampiran PDF
Panduan Pengguna Semakan Status Bayaran STR
Maklumat Lengkap Mengenai Pembayaran STR
Jadual Tarikh Dapat Duit STR 2023 Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah Berikut adalah Jadual Tarikh Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 serta maklumat nilai jumlah bantuan kewangan yang akan diterima oleh pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan dan kemaskini maklumat mereka disahkan berjaya.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat mengikut kumpulan penerima terutamanya B40 bermula pada tarikh bayaran sepertimana yang dinyatakan serta tertakluk kepada prosedur bank masing-masing merangkumi masa dan hari yang diambil bagi tujuan proses pengkreditan amaun ke dalam akaun bank penerima.
Jadual Tarikh Pembayaran STR Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah
Jadual Tarikh Pembayaran STR Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 Hingga RM5,000
Jadual Tarikh Pembayaran STR Kategori Individu Bujang Berumur 21 Tahun – 59 Tahun Serta OKU Bujang Berumur 19 Tahun – 59 Tahun Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan