Program SEMARAK di Sik
Program Semarak telah dilancarkan pada era Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1987. Semarak bermaksud 'Setia Bersama Rakyat'. Semarak digerakkan oleh Dato' Mohamed Rahmat selaku Menteri Penerangan dan Setiausaha Agung UMNO. Tun Dr Mahathir Mohamad pusing keliling Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan semangat cintakan negara. Antara lain , Dr Firdaus Abdullah dan Fuzi Hadi akan membacakan sajak-sajak tentang patriotisme dan perjuangan Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak.
Masalah politik ketika itu ialah Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 yang 'mewajibkan' Yang di-Pertuan Agong menandatangani apa-apa keputusan Dewan Rakyat. Ia ada kaitan dengan politik UMNO dan pemecatan Tun Salleh Abas.
Beliau menjadi Setiausaha Agung UMNO dari tahun 1988 hingga 1996. Dr. Mahathir Mohamad melantik beliau selepas UMNO diharamkan pada 1988. Ketika ini Dato Mohamed telah memulihkan semula nama UMNO Baru dan kepimpinan Dr Mahathir melalui program Setia.
Program ini dilancarkan selepas kejayaan program Semarak yang lalu. Setiap rakyat mestilah setia kepada kerajaan dan pemerintahan negara. Secara tidak langsung setia kepada Barisan Nasional dan UMNO. Program ini telah dilancarkan di Angkasapuri,Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan