Halaman

Selasa, 28 November 2023

Benih Sawit Yangambi ML161

 




Sampai 28 Nov 2023

CIRI-CIRI YANGAMBI ML161:
 
Mula mengeluarkan jambak 12 bulan selepas ditanam
Boleh tuai - 25 bulan selepas tanam
Purata bilangan tandan (thn ke5) -18
Berat tandan purata- 17.4kg
Hasil potensi tahun ke 5 - 35 t/ha
Hasil minyak 8.89 tan/ha
OER potensi - 26. 3%

Tahukah anda?

Yangambi ML161 adalah bahan tanaman DxP komersial yang dikeluarkan oleh FGV Agri Services. Nama 'Yangambi' merujuk kepada pohon induk Pisifera yang digunakan dalam proses kacukan silang dan pendebungaan terkawal. Ianya berasal dari suatu tempat di Wilayah Tengah Zaire, Afrika (kini lebih dikenali sebagai Congo) yang dinamakan Yangambi. ML161 pula adalah kod pohon induk elit pisifera digunakan sebagai rujukan dalam penyelidikan.
Induk asal Pisifera Yangambi ini diperkenalkan oleh FGVAS ke Malaysia melalui program biak baka yang telah terbukti dan diuji sejak tahun 1970. Ahli biakbaka telah menemui induk Elit ML161 ini pada 1980an di Ladang Penyelidikan FGV Agri Services Sdn. Bhd. Induk Pisifera ML161 mempunyai kelebihan dari segi 'general combining ability' (GCA) yang sangat baik dengan mana-mana induk Dura terpilih berbanding baka pisifera lain. Pada masa kini, terdapat sebanyak 130 pohon induk pisifera dari generasi ML161 telah dibangunkan bagi tujuan komersil.
Gambar adalah induk Pisifera Yangambi ML161 berusia 48 tahun yang telah di 'rendahkan' melalui teknik slanting supaya dapat diselenggara dengan baik dan terus dikekalkan untuk tujuan R&D serta pengeluaran biji cambah sawit FGV.

Benih dicipta

Biji benih Yangambi ML161 dicipta melalui program pembiakbakaan dan penyelidikan sawit di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak milik FGV yang terletak di Jengka, Pahang, merupakan salah sebuah pusat penyelidikan kelapa sawit terbesar di Asia Tenggara.

Ia telah menerima anugerah berturut-turut Best Brand Oil Palm Germinated Seed oleh The BrandLaureate Awards dari 2012 hingga 2016 serta Brand Influencer Award untuk tahun 2018-2019. Ia merupakan pengiktirafan terhadap kejayaan program pembiakbakaan sawit FGV.

Selain Yangambi ML161, FGV juga menawarkan jenis biji benih Yangambi 3-Way, yang tumbuh menjadi pokok kelapa sawit dengan tetulang pelepah yang lebih pendek, ketinggian sederhana dan memberikan hasil minyak lebih tinggi berbanding dengan pokok kelapa sawit komersial lain.

Bahan tanaman ini menguntungkan industri dengan kepadatan penanaman yang lebih tinggi di tanah yang sedikit, dengan ciri-ciri seperti jumlah tandan yang tinggi sambil mengekalkan saiz tandan yang sederhana.

Pengeluaran biji benih tahunan FGV adalah berjumlah sebanyak 20 juta dan sejak dilancarkan dan dikomersialkan pada tahun 2002, FGV telah menjual sebanyak 400 juta biji benih, bersamaan dengan sekitar 2 juta hektar tanah yang ditanam.

Katanya, semua bahan tanaman kelapa sawit FGV juga telah menerima kelulusan piawaian Malaysian Standard MS157: 2017.


siap semai 30 Nov 2023


Selasa, 21 November 2023

Penanaman Sayur NFT (Nutrien Film Technique)

 


Rabu
12  Tengahari 22 Nov 2023
di Pahang FM

Pelbagai kaedah penanaman secara hidroponik telah ditambah baik melibatkan pengubahsuaian sistem mengikut keperluan semasa. Antara contoh perubahan sistem ini seperti NFT, DFT, Aeroponic dan sebagainya.

NFT (Nutrien Film Technique) merupakan antara kaedah penanaman yang terbaik. Antara kelebihan kaedah ini ialah mampu memperceparkan kadar pertumbuhan suatu tanaman makanan berbanding kaedah tanaman konvensional.

Bagaimanakah kaedah penyediaan sistem NFT untuk tanaman?. Bersama kami esok di Radio Pahang Fm.



Rabu, 15 November 2023

Trichoderma Harzianum



Organik Trichoderma Harzianum / Racun Kulat Organik Fungicide
Tricho Care Trichoderma / 500G/1000G

APA ITU Tricho Care?

Kawalan biologi semula jadi, selamat, 100% organik yang melindungi sistem akar daripada penyakit yang disebabkan oleh patogen dalam tanah. Ia terdiri daripada pelbagai mikrob berfaedah yang wujud secara semula jadi.

APAKAH SASARAN PENCEGAHAN DAN RAWATAN PENYAKIT?

Penyakit kulat: Phytophtora spp., Aspergillus spp., Pythium spp., Botrytis Cinera, Sclerotium Rolfsii, Sclerotinia spp., Ustilogo spp., dsb

Fungal diseases: Phytophthora spp., Aspergillus spp., Pythium spp., Botrytis Cinera, Sclerotium Rolfsii, Sclerotinia spp., Ustilogo spp., etc

DI MANA BOLEH MENGGUNAKAN Tricho Care?

Semua jenis tumbuhan: Sayur-sayuran berbuah (cili, tomato, terung, jagung, timum, tembikai dll), sayur-sayuran, tumbuhan hiasan, tumbuhan berbunga; tumbuhan pasu, fertigasi, tumbuhan di atas tanah dll

KENAPA SAYA HARUS MENGGUNAKAN Tricho Care?

Kawalan biologi pencegahan terutamanya untuk penyakit yang disebabkan oleh patogen dalam tanah

Berkesan terhadap kulat berbahaya seperti Phytophtora, Aspergillus, Pythium, Botrytis cinera, Sclerotium rolfsii, Sclerotinia, Ustilogo, dsb. yang menyebabkan layu secara tiba-tiba, reput akar, reput anak benih dan lain-lain.

Membantu mengurai bahan organik dalam tanah dan menjadikan tanah kaya dengan nutrien dan bahan organik

Membantu proses penceraian kompos/pembelaan cacing 100% organik Selamat, tidak toksik dan tidak membahayakan kanak-kanak, haiwan peliharaan atau serangga bermanfaat

Nota:

Ia lebih baik digunakan sebagai pencegahan dan penyelenggaraan sebelum serangan. Jika digunakan dengan kerap, ia menghalang patogen daripada sampai ke akar

KANDUNGAN

Trichoderma viride: 2.5x10^8 cfu/gram

Trichoderma harzianum: 2.5x10^8 cfu/gram

CARA GUNA

Tricho Care berfaedah bagi membentuk kulat. Terdapat jumlah besar kulat dapat dicari pada semua tanah dan persekitaran lain seperti kayu yang mereput. Dlm tindak balas pengantara lektin, Tricho Care akan tumbuh secara aktif ke arah hifa kulat yg berbeza dan memusnahkan dinding sel kulat sasaran. Proces ini (mycoparasitism) mengehadkan pertumbuhan dan aktiviti kulat patogen tumbuhan.

Rawatan Benih :Campurkan 20g Tricho Care dlm 500ml air&salutkan benih.

Fertigasi Foliar :Campurkan 1kg Tricho Care dlm 1000 liter air&siarkan ke 1 ekar.

Aplikasi Tanah :Campurkan 1kg Tricho Care dlm 1000 liter air&siarkan ke 1 ekar.

2-3 aplikasi dalam sayur-sayuran

4-5 aplikasi dalam tanaman buah-buahan dicadangkan.

Aplikasi semasa peringkat awal pokok tumbuh, ia dapat melindungi pokok pada peringkat kritikal pertumbuhannya.

Boleh digunakan melalui muncung penyiraman tekanan rendah seperti muncung kipas atau sistem penyiraman lain (sistem titisan) selepas penapisan dengan penapis

Catatan:

Terbaik pada hari yang cerah dari 6 pagi hingga 9 pagi / 6 petang hingga 8 malam

Gunakan semua selepas dicairkan

Simpan di tempat yang sejuk dan kering

Jangan dicampur dengan racun kulat/racun perosak kimia


Organik Trichoderma Harzianum / Racun Kulat Organik Fungicide
Tricho Care Trichoderma / 500G/1000G




Selasa, 7 November 2023

Kejohanan Catur Lipis



*KEJOHANAN CATUR 1000 LIGA DAERAH LIPIS 2023

*ANJURAN: PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH LIPIS DENGAN KERJASAMA IPGKTAA, PPD LIPIS & SK CHAT*

*TARIKH: 25/11/2023*
*HARI: SABTU*
*MASA: 8.00AM-6.30PM*
*TEMPAT: DEWAN DARUL MAKMUR, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS, PAHANG*

FORMAT: 6@7 PUSINGAN SWISS
KAWALAN MASA: 20 MIN/PEMAIN

*3 KATEGORI :*
*TERBUKA*
*BAWAH 17 TAHUN*
*BAWAH 12 TAHUN*

*YURAN PENYERTAAN RM15.00*

*LINK PENDAFTARAN:*
https://forms.gle/FqCLypaVCu7f78Jp7

LINK TELEGRAM GROUP:
https://t.me/+YvPLC3zv2lc4YTBl

*TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 23/11/2023 JAM 8.00 PM*

💰💰💰💰💰💰💰💰💰
*JOHAN RM150 + TROPI + SIJIL*
*N.JOHAN RM100 + TROPI + SIJIL*
*KE 3 RM80 + TROPI + SIJIL*
*KE 4 - 5 RM50 + MEDAL + SIJIL*
*KE 6 - 8 RM40 + MEDAL + SIJIL*
*KE 9-10 RM30 + MEDAL + SIJIL*
💰💰💰💰💰💰💰💰💰

3 TERBAIK
KATEGORI TERBUKA
(MEDAL + SIJIL):
3 TERBAIK PEREMPUAN TERBUKA
3 TERBAIK LELAKI IPG
3 TERBAIK PEREMPUAN IPG


TERBAIK KATEGORI BAWAH 17 THN
(MEDAL + SIJIL):
3 TERBAIK PEREMPUAN 17 THN
3 TERBAIK LELAKI 15 THN
3 TERBAIK PEREMPUAN 15 THN


TERBAIK KATEGORI BAWAH 12 THN
(MEDAL + SIJIL):
5 TERBAIK PEREMPUAN 12 THN
3 TERBAIK LELAKI 9 THN
3 TERBAIK PEREMPUAN 9 THN

 ✨✨✨✨✨✨✨✨✨
*SEMUA PESERTA AKAN MENERIMA E-SIJIL PENYERTAAN*
✨✨✨✨✨✨✨✨✨

SEBARANG PERTANYAAN BLH HUBUNGI:
NA RHOZISHAM
013-7238898
EN RADZEY ZAIDI
012-9665916
TN HJ FAIRUZ
012-2891545