Kerja Bina Di R&R LTU Mula Mac, Siap Sepenuhnya Ogos 2025
Kerja-kerja membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di jajaran Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Seksyen 4A: Kampung Relong ke Ladang Jerkoh, Kuala Lipis dijangka bermula Mac dan siap pada Ogos 2025.
Itu kata Timbalan Menteri Kerja, Raya Datuk Seri Ahmad Maslan ketika menjawab usul dikemukakan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mengenai jumlah hentian R&R yang akan dibina di Pahang dan Kelantan.
"Bagi Kelantan, ini merupakan tambahan kepada R&R yang sedia ada di Gua Musang Utara dan Gua Musang Selatan.
“Kedua-dua hentian R&R itu akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti kawasan rehat, tandas, surau, gerai jualan, kawasan permainan kanak-kanak, rumah sampah dan tempat parkir yang mampu meningkatkan tahap keselesaan serta keselamatan pengguna jalan raya.
Kajian awal mendapati pembinaan dua hentian R&R baharu di sepanjang jajaran itu mencukupi untuk menampung keperluan pengguna jalan raya dengan mengambil kira jumlah trafik, pola perjalanan pengguna terutama ketika musim perayaan dan jarak antara kemudahan sedia ada.,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulasan