Halaman

Ahad, 15 Februari 2009

Peneroka jual tanah hidup melarat

"jika peneroka tidak mahu berubah beginilah keadaannya"


MARAN: Sebuah keluarga peneroka Felda, di sini terpaksa hidup menumpang di perkampungan Orang Asli selepas menjual semua tanah untuk mendapat wang tunai segera, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak.

Beliau berkata, selepas kehabisan wang peneroka terbabit kini terpaksa mengambil upah bekerja di ladang kelapa sawit orang lain.

Katanya, masalah itu terbongkar apabila anak peneroka terbabit menemuinya dan memohon kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan semula tanah milik bapanya. Utusan Malaysia.


KOMEN
Saya difahamkan jual tanah itu bermaksud mengadai atau memajak tanah seluas yang ada kepada individu tertentu selama mana mengikut perjanjian yang dibuat dengan individu yang hendak  emberi pinjaman wang kepada peneroka. Contoh 30,000.00 selama 4 tahun dengan tanah seluas 10 ekar tanaman sawit. Dengan duit 30,000.00 itu habis digunakan selama 2 tahun dengan itu baki dua tahun lagi peneroka tersebut terpaksa mencari pendapat lain seperti yang diceritakan di atas. Kes seumpama ini memang berlaku di felda.

Saya melihat di felda ada segelintir peneroka yang tidak ambil berat berkenaan dengan ladang, sesetengahnya tidak tahu dimana ladang mereka. Berusaha kepada harta yang telah dikurnia oleh kerajaan kepda mereka kadang-kadang tidak ada. Sesetengahnya ada daripada peneroka mula masuk rancang tidak pernah penebas atau mengambil buah sawit semuanya diupah, semasa mudanya bukan tidak berdaya tetapi sifat malas yang ada dalam diri peneroka itu sendiri. Peneroka bernasib baik kerana ada buruh dari Indonesia yang boleh diupah jika buruh ini tidak ada saya ingat buah sawit tidak dituai.

Saya mencerita ini bukan semua peneroka bersifat sebegitu ada yang rajin hingga ladang seluas yang dikurniakan oleh felda dirumput hingga tidak ada seurat rumput pun. Dibaja ladang mereka mengikut yang dijadual yang telah ditetapkan. Itu sebab kita dapati ramai peneroka telah berjaya, berjaya menunaikan fardu haji, berjaya membina rumah besar dan berjaya menjadi masyarakat yang bersatupadu.

Jika kita tidak mengikut norma-norma yang telah digariskan pergi kemana pun kita tidak berjaya malah akan menyusahkan orang lain pula.

"Siapa yang patut disalahkan"

1 ulasan:

  1. Biasalah bila mata tu nampak "RM" jee...pas tu ni lah hasilnya...sekarang sape yang susah???

    BalasPadam

Ulasan